Yeehaaa! Dah masuk tahun 2011. Hehe, for sure ada jer yang akan tersasul menulis dd mm 2010 lagik. Yeaah bye bye 2010. Dah masuk new year kan. Umu’q? Kikiki.. Udah cecah lagik setahun laaa.
Cecah tahun 2011, aku, suami & my adik ipar dah berada kat penang, haha, coti2 mesia kat umah mertua. Last week baru jer balik beserah. Hehe. Takper laaah family punyer hal, wa talak mau kira-kira laaa. Syiok pun syiok balik tengok family kan. Apa-apa pun family no 1 laaa.
So aper cerita balik kali ni? Saja jer jenguk family mertua. Depa 2 org jer dok sana. Jadi utk meramaikan majlis, kami berpusu2 laa ke sana.. Otw back to penang, ramai la mat-mat rempit bermotosikal dengan lagak ngeri. Ada la jumpa beberapa accident ngeri. Huuh! Bertobatlah wahai mat-mat rempit lagak ngeri kat luar sana- superman, spiderman, ironmman.. peseme man laaa [terbayang lagik lagak ngeri mat motor wat aksi superman, dok celah kete aku ngan lori besar..fuuuuh seriauuuuu kot accident berlaku depan mata. Gila betul!!]
Sampai depan umah mertua, betul2 la orang dok mengaji, nak masuk subuh. Lepas dah solat tu, kamikaze menidurkan diri dulu la. Kunun2 nya nak tengok sun rise @ membunuh kuman di badan pepagi tu. Hakhakhak… sleeping is the best! Jam dah injak pukul 1 baru kami2 bersiap nak gi pantai. MIL & FIL pun mau ikuttt… witwit…i folllowwww…
Tempat target- miami beach dekat batu feringgi, penang. Fuuhhh! lama tak mandi laut. Takut sebenarnya mandi laut ni. Dengan pasir tariknya lah, dengan buaya tembaga nya lah. Dengan seksa mata dok nengok aksi2 kat pantai la. Tapi dek sebab nak bunuh kuman tuuuuuut tu, dapat gak laa kami semua bercoti2 mesia di batu feringgi. Air laut nampak tenang. Dah amik port baek punyer, apa lagi..let’s kechebo kechebo laaah. Semua masuk, kecuali mil aku. Hehe. Dah mcm lagak kanak2 ribena pun ada. Konon nak buat sun bathing, haha.. panas tarak, mendung jua sampai ke petang. Jam dah injak pukul 5.30, kami semua gerak balik. fil aku plan, esok kami dtg lagik. weeehuuuu.. betul2 main air neeh. Teringat tsunami …ujung tahun kan….?
|
Tempat port kami- blkg akar berceracak |
Mlm tu, program mengecat apartment suami aku. Kami pi bertiga jer la. Kira kali ni, sambil nyelam minum ayor la. Alang2 dah balik, kami buat apa-apa yang bolehuntuk penuhkan masa yang ada. Nak balik bukan senang kan, alang-alang dah balik, hargai masa jer laaah. Since rumah apartment tu masih belum dipenghuni oleh sesiapa, jadi senang untuk kami kerjakan rumah tu, utk look nice di mata kami n mata-mata bakal penyewa tu nanti..insyaAllah, doa-doa untuk dapat penyewa yang tau hargai ni semua.
Actually kepala dah semacam pening dier. Ala-ala mau kena serangan roket migrain. adoiiyaaaiii. Gimana siiihhh begini? Apo lai, tolan actfast laa. Rasa-rasanya mabuk laut. Sebab ombak boleh tahan kuat dier. Pala noneng. Tepat jam 12 tghmlm, lepas dah abis ngecat kamikaze pulang ke rumah mertua semula. Bersihkan badan, layan tv sat, & titon. Badan dah penat. Pala pun semacam jer [tapi time buat kerja hehehe.. tak hengat sakit tuuu]..
Esok pepagi, tak pagi laa, lepas subuh aku bantai tido lagik [penat beb, dah lama tak buat kerja-kerja cenggitu, lemau laa badan]. pukul 8 baru terjaga, dah bau wangi jer dari dapur.. hahhahahahah...alllaamaaak, kunun nak tolong mama kat dapur.. aloossss melepas lagik. jeng jeng jeng...terus cecepat paksa diri bangun. Rasa longlai, tapi kena paksa diri jugak utk bangun. Tolong apa-apa yang dah aku termiss kat dapur. Sian gak mama kan. Dah laa memang seme anak dia lelaki. Confirm mama sorang jer yg buat dari dulu sampai la aanak2 dah besar. Tu pun kena tengok laa, sebab mama dah biasa buat sorang, kalau berdua ni lain sket, so masuk sket2 laaa. Setakat ni, ok laaa. Alhamdulillah penerimaan tu so far so good...
Pukul 9pagi mcm tu kami seme gerak lagik pi pantai. Batu Feringgi laa- Miami Beach. Baek punyer port. Taraaaaa.. Kanak2 ribena beraksi lagik. Hari ni, ombak laut tu kuat semacam jer. Kuat lagik dari semalam. & tinggi lagik dari semalam. Air pun semacam naik jer kat tepat port kami semalam. Risau aku. Rasa nak cepat2 rasa panas, boleh kami2 berjemur utk treatment membunuh kuman, then balik.
Kali ni adalaaa wat tanam2 badan dlm pasir [mmm pasir sini tak halus mcm pasir pantai kat area kg aku.. mungkin sebab dah banyak laut dikorek dan ditambak]. Ada gak laa aku terkapai sat, sebab tetiba jer tempat tu jadi dalam. Huuuuh bahaya laut sini. Patut laa orang dok mandi kat tepi-tepi jer. memang curam la dlm laut tu.. Veli2 dangerous wooooo....! Tapi yg boleh di thumbs uppp.. part kebersihan. Memang bersih. Cuuuun laa part tu. Pukul 1 tu kami2 dah berkemas balik. [Nanti laa, lau ada suami aku share kan picture tu, aku paste kan kat sini].
Balik, semacam meloya jer. Pening semacam. Huuuh mabuk laut lagik laa ni. Mcm sistem barter pulak rasanya- buang kuman kat laut tu.. balik tu dpt penyakit lain. Hohohohohoho... otw back to KL, adik ipar aku dah start muntah2 dlm kete. Aiyooo yooo. Sian gak neh. Banyak kali stop kat RnR. Suami aku sian gak, yg jadik drebar. Risau gak neh, loya dah rasa, pening migraine dah rasa. Huhuuhu.. paksa tido jer. Taknak kasik mender ni jadik worst lagik. Mlm tadik suami aku pulak muntah2, demam panas. Aku? Alhamdulillah, getting better. Adik ipar aku pun dah pi klinik, arini dah ke kelas semula. Aku doa banyak2 suami aku cepat2 baik dari demam, n sembuh sepenuhnya, amiiiinnn...