Friday, August 14, 2009

Selagi kita hidup, selagi itulah kita bekerja.

Kadang-kadang kita rasakan 24 jam masa yg Allah kasik tak cukup. Sebenarnya kita abiskan masa utk apa sampai sehari suntuk tak cukup. cuba muhasabah balik.

"tak sempat la nak siap".. or "alaaa tak dan laaa" .. or... "ngah sibuk neeeh. tak sempat, tak sempat".. macam-macam lagi rungutan yg boleh kita dengar dari diri kita sendiri, atau pun dari orang di sekeliling kita.

Betul ke tak sempat, betul ke terlampau banyak kerja, betul ke busy sangat-sangat. Hmmm... tanyalah diri sendiri..

Selepas kehilangan sesuatu dek sebab kita tak ada masa, itulah penyebab kita akan menyesal sampai bila-bila. Luaskan pandangan, cuba perhati apa yang telah kita buat setiap hari. Banyak perkara yang kita selalu ambil sambil lewa. Dalam masa yang sama, ada sesuatu yang berlaku tanpa pengetahuan kita.

Selama mana kita hidup di muka bumi ini, selama itulah kita akan membuat aktiviti-aktiviti harian kita. Fikir-fikirkanlah selalu... masa itu emas, gunalah pada tempatnya..

No comments:

Post a Comment