Wednesday, May 24, 2017

Pulut pagi cuba jaya

Pulut pagi kat sebelah pantai timur ada dua jenis. Tu setahu aku lah. Satu yv warna putih makan dgn ikan masin. Satu lagi pulut manis, bukan wajik, warna pun lebih kecoklatan sedikit, dimakan dgn kelapa parut.

🔆🔆🔆 Dari semalam lagi nak buat. Hari ni baru terlaksana. Moga2 menjadilah pulut pagi utk kali pertamanya ni.

Bahan2 n cara, aku combinekab dari gb n mak akunyer cara.

Mak share kan camana nak buat pukut putih tu guna kukusan. Then aku google, nampak ada org tu juk camana nak buat pulut pagi. So, apa2 pun have to try dulu. Sblm2 ni wat pulut kosong tanak macam biasa, agak lembik.

Ni bahan utk pulut pagi.

Bahan2
2 cawan beras pulut direndam 2 atau lebih jam ( aku tak sukat, taram je)
1 biji nisan/gula melaka + 2 sudu gula ( yg ni pun tak sukat)
3/4 cawan air ( sama mcm statement kat atas)
kelapa parut di gaul dgn sedikit garam
1 sudu beras pulut disangrai /digoreng tanpa minyak

cara
setelah direndam , beras pulut di kukus dlm 30 minit
angkat keluarkan dr bekas kukusan (mcm nak buat pulut kuning)
sblm tu masak nisan/gulamelaka tadi yang ditambah dgn 2 sudu gula dgn setengah gelas air sampai nisan tu hancur dan tapis
gaul beras pulut tadi dgn nisan yang telah cair tadi sebati kukus sekejap dlm 10 minit ..siap
boleh tabur ngan kelapa yang digaul garam dan tabur beras pulut yang digoreng tanpa minyak

Note:
Akunyer sukatan memang yak ikut spt yg dicdangkan. Sebab aku mkan dgn anak aku je. Sikit sgt. Tapi selera tu bosar 😁.

Ok lah. Harap menjadi ye. Ni masih menunggu hasilnya. Taraaa

Thursday, May 18, 2017

Mood lps balik kampung

Salam rabu. Empat hari ada dekat kampung, terasa jugak nak duduk lama lagi. Biasalah kan. Dah nama kampung sendiri. Harap mak abah sihat selalu amiin.

Dah balik sini, rutin harianlah. Ada peneman kat rumah, intan payung mama ni, oklah. Habiskan masa dengan hannah. Sekarang kena ada je aktiviti dgn hannah. Setakat layan tv, tak boleh. Boooooooriiinggggg. So mama nya kena langkah panjang sikitlah, google, pinterest, fb.. instagram je tak layan. Tweeter setakat info news je lah. Whatever it is, cari je la yg senang n cepat utk dibuat.

K lah.. stop dulu hannah dah tunjuk isyarat, "mama jgn main phone" hahha. Wokies taaaataaa