Showing posts with label abahmak. Show all posts
Showing posts with label abahmak. Show all posts

Monday, October 11, 2010

Alhamdulillah...

Aku dah balik ke KL. Abah? Mmmmm.. so far, hari ahad aritu, dah boleh berjalan, dah boleh ke toilet sendiri, & yg best, dha boleh tengok abah solat (solat cara duduk). Tengahari hari ahad tu pun, abah dah turun ke dapur sendiri. Huuuu. Aku plak yg risau, tengok semangat nak bergerak secara normal abah tu.Sedar2 lepas solat, aku dengar, abah dah makan dah. WHAAAAT!!! Abah turun? "Tak sakit ke bah? Dok turun naik tangga tu?" Isaunyer laaa. Sebab jahitan di pangkal peha masih belum betul2 sembuh. Bag bladder yg kat luar tu masih perlu diusung ke sana ke mari (Hmmm abah aku wat DIY sket part nehh.. tapi ok laaa)

Syukur ke hadrat Ilahi, abah ada selera nak makan. Sebab hari sebelum tu, hanya jamah 4 keping roti gardenia. 2 keping time breakfast, 2 keping time dinner. Time lelain tu, mak, kami adik beradik campur ngan menantu2 neh, perlu buat something utk abah makan. Penyuntik semangat, aleeyah & ateerah, cucu2 abah n mak.Tengok cucu makan, abah pun makan. Nugget, cucur, buah2an, seme taruk kat depan- easy access maaa. Senang lau abah berselera nak makan, abah just amik jer kat tempat abah berehat tu.Air pun dah macam hari raya nyer air. Yup, fokus sekarang, doa n harapan utk abah cepat sembuh. InsyaAllah, berkat doa semua. Thnks to everyone yg banyak doakan kesihatan abah.

Berbalik cerita di hospital hari tu. Abah dah berada kat spital KMC, tepat jam 8.00 pagi [Time tu, aku baru naik bus dari KL]. Sebenarnyer, tersilap laa pulak baca appointment tu, sebenarnya pukul 11 pagi. Takper laah, dah datang awal. Tapi dari jam tu, abah dah start berpuasa. Memang takder kekosongan bilik. [Huuhh!! macam hotel plak, takderk bilik kosong!! Even dah tau membe tu akan di warded hari tu.Pe citer neh?]. Tapi menurut kakngah aku, abah direhatkan di satu bilik, sebab tengok keadaan, tak berdaya nak duduk lelama.

So, memang sampai sudah, tak masuk ke bilik. Lepas pemeriksaan doktor sekali lagi, lebih kurang jam 2 lebih sket tu, abah dah disorongkan masuk ke OT [Aku memang tak sempat jumpa abah time ni, sesampai jer, memang abah baru jer masuk kat bilik bedah, rasa soomtin gaks time neh, tapi aper2 pun hati mesti kena kuat, sedekahkan bacaan ayat alquran kat abah, moga abah tenang, tak stress, tak takut hadapi mender dlm tu..] Yg amik aku, kakngah ngan a.ngah aku. Then sblm pi spital, kami pi amik 2 anak sedara aku tu.. seme tercengang tengok aku depan pintu pagar taska.. HOhohoho.. apo laa cam nampak alien!.

So, sesampai kat spital, tunggu jer la. Mak dah ada kat spital. Muker mak? mmmm, tak reti nak describe, tak reti nak baca. Tawakkaltu a'lallah jer time tu. Doa dlm hati tak putus2. Pas dah solat tu, tunggu lagik. Perasaan nak gi memaner tak rasa nak gi memaner, even pihak spital dah inform, pembedahan mungkin akan memakan masa selama 3-4 hours. Detik by detik berlalu, perut semacam mintak diisi. So, kami decide pi makan dululah. Sat jer kuar makan, then terus bergegas balik ke spital.

Solat asar, tunggu lagik. Hmmm kalau ikut 3-4 hours, jam 6 ptg camtu dah selesai. Tepat jam 6, semacam takder lagi aper2 berita. Ada sorang assistant Dr Aziz tu beritahu, mungkin amik dlm masa 30 minit lagi, utk proses perkemasan. Ok...Tunggu lagik, dlm hati "lamanya abah kat dalam.. moga seme berjalan dgn lancar.. amin.."

Tepat jam 7.40mlm camtu, abah dah disorongkan keluar atas strecther. Bila dipanggil, memang tak sedar, memang terlampau2 mamai. Tangan bergerak, kengkadang abah bukak mata, tapi pandang kosong. Sampai kat pintu ward, tetiba abah mengiring, muntah. Wuuuuuuuuuuuh!!! Terkejut memasing, termasuk misi2 yg join konvoi ke bilik ward 231A tu. Masing2 pegang kaki badan abah, tak bagi bergerak. Sebab risaukan jahitan terbuka. Aku rasa penangan ubat bius, n sebab tak makan dari pagi neh. Angin dah masuk. Risau gaks, sebab abah ada penyakit lain kan. Then pas dak uweeeek sket, abah baring semula. Process kat ward ok2 sahaja, even yg mengangkat abah ke katil ward adalah misi2 pompuan. Sib ado abang ipar oden tuuuu...Thnks a.ngah.

Dah selesai solat maghrib n isyak, yg perlu balik, bergerak balik. Yg tinggal aku ngan mak. Even dah kasik tau kat mak, takper aku nunggu sorang , takder masalah. Sebab abah pun lom boleh gerak memaner lagik. kena kasik minum jer laa, lau abah sedar nanti. Mak nak jaga suami dier gaks.. ok jer laah. Dijangkakan, abah mungkin sedar dlm jam 2++ pagi la.

Dlm mamai abah tu, nampak laa, asyik dok gerak pergelangan kaki, n tangan. Lenguh n sengal, kes lama dok dlm bilik bedah, n mungkin bius tu dah hilang sket demi sket. Sementara nunggu, mak n aku, urut2 jer laa part sendi2 tangan, kaki. Nak urut lelebey, risaukan abah sakit, kot urat kaki yg kena operate tu kena, mau tak sakit?

Agak tepat jugak laa jangkaan doktor part sedar bebetoi tu... Kira jam nak dekat pukul 2pagi camtu, memang abah dah leh recognize mak & aku kat situ. Alhamdulillah...Syukur sangat2.

Abah kena tahan kat ward, selama 3 hari 2 mlm. Memang tido kat spital la aku dedua malam tu. Mlm pertama jer laa berjaga lama. Tapi jam 4++ pagi tu, mata aku dah pujuk suh tido sat. Dok baca ayat manzil, munjiyat pun leh tertidao atas kusi.. Huhuhu kuunuuun leh tahan mata, ceeeeeeeeet.. Sian kat mak gak lau berjaga lama, dah la ari2 sebelum tu memang mak tak tido... aku mintak mak lelap dulu.

Jam 5pagi, nurse2 dah mula buat lawatan muhibbah kat ward. Hohoho.. Caner2 pun, kena bangun laaa [ingat dok kat rumah keee? kuikuikui..] Bangun, mandi, solat... Then pi kuar cari bekpes. Perut lapo benor rasanya. Aku agak2 lewat gak bekpes yg pihak spital ni kasik, lau abah aku nak mkn aper2 dah ada nanti. [Memang poooongggg!! Sahih lewattt]..

Ari ke2, adik aku dah panas buntut kat langkawi nu. So dier turun ke kuantan [mak ayah aku tak tau ni, yg berkomplot ngan dier, aku n hubby joo laaa- yg lelain idok lerr tau].. So ari ke-2, aku ngan aim temankan abah. Ari ke-2 takder aper sgt laa. Just jaga abah mcm biasa. Abah pun semcam takder selera sgt. Tengok mknn spital pun aku tak selera. hohohoho.. Nasi bubur laa, org baru kena operate kaaann..

Ari ke-3, lepas jumpa doktor, tukar n cuci sket part jahitan, & tempat air bisa keluar, tunggu process discharge. Amik masa lama gaks, even bayor cash. Huuuh! Katanya sejam tapi pi drag sampai 3++ jam. Reason nya, ramai yg keluar spital ari tu. [Yerrr keeeeeee?].. Driving balik pun takder masalah laa. Memang bawak mcm org baru nak belajar kete laaa.. Slow n steady.. uhuuuukkssss..

Aku syukur sangat2, seme berjalan lancar. Sekang ni, abah akan pi spital mungkin 2 hari sekali, utk proses cuci, sampai laa nanti doktor cabut bag bldr tu. Risiko yg kena terima sekarang, kulit tampalan tak diterima ditempat baru tu. Harap2 n doa banyak2 semua2nya ok. Latest news dari sana, alhamdulillah, nampak ok. Luka dah kering n ok. Ari esok, rabu 13/10 ada lagi lawatan muhibbah ke spital utk proses cuci. kakngah akan gi sana, coz a.ngah aku kena pergi yg pilihanraya kat Galas tu, SPR kan..ev to laah. Thnks banyak2 ngah [Sekang mengandung 7 bulan]. Ngah sarat pun pi mai pi mai. Maybe dlm next week, baru bukak part jahitan, n bag sementara tu...insyaAllah moga Allah permudahkan urusan, n kembalikan kesihatan abah. n moga mak abah sihat selalu, insyaAllah...aminnn


Tuesday, September 28, 2010

Moga abah sihat

Dokan utk abah aku. Moga appointment + checkup arini lancar. Harap semua urusan dipermudahkan...amiiinnn...

Psstttt: Rasa sesangat nak balik laa ni jugak.....weekend ni nak lik kg leh tak rasanya?

Update! Update!!..

Tepon mak tanya camaner laa abah, dah jumpa doktor ke belum?
Mak ckp, dah, sekang tgh jumpa 2nd doctor,@ doctor pakar. Dah stgh jam jugak masuk jumpa pakar.
Pastu talian tepon cam pututs2 sebab aku dok kat basement parking kete. Naik tu jer, terus call balik mak aku,ayah aku baru amik darah. Nak check dulu darah. Hmm tunggu sejam setgh baru tau result. Wooo... Lau private lagi cepat tak? Doakan abah ok..

Psstttt: Dlm dok risau2 ni, banyakknyer aku sental rini.. .Bila dah abis makan, baru aku perasan.. dah kosong rupanya. Apa laa mak abah aku makan erk Dah laa berdua jer tuu.. Uhhh kena pujuk hubby nak balik this weekend

Update lagik..
Hari ni 30/9/2010, abah dah mau ke KMC. Jadi penemannya, mak, n abg ngah. Alhamdulillah abah makan dek pujuk. Adik aku dapat lembutkan hati abah utk ke sana.

Hari ni jugak sehari suntuk dok kat KMC. n dah buat semua. Hanya tunggu masa utk dioperate. Hari rabu depan, 6/10/2010 tarikh dipilih utk dioperate. Details pasal apa yg berlaku hari ni, masih belum diketahui. Mlm sat ni, telefon mak, or abah. Kakngah alwiz jadik msgr kepada aku n aim. Doakan yg terbaik utk abah. n moga abah betul2 cepat sembuh.

Pssttt.. Terasa mau amik cuti panjang....bolehkaaahhh?

1/10/2010: Status terkini...
 Setelah berdiskusi sket2 ngan hubby, kata putus dah diamik. Aku apply cuti utk 3 hari next week. Kalau ikutkan, abah tak kasik aku balik. Ohoooo.. panaslaa buntut aku lau aku dok tunggu tang sini jer. Sure nak tepon jer kejenyer, lau tak dok depan mata. KL -> KTN tak jauh maner. Alhamdulillah, hubby faham part neh. InsyaAllah kami bertolak ari selasa malam tu, sehabis shift suamiku itu. Kalau ada aper2, sesudah subuh kami gerak dari KL. Harap semuanya lancar.

Hari operate kompem on wednesday. Warded pagi, kul 8am. Kena puasa, then operation akan berjalan dlm jam 3ptg. Supposedly masa tu, aku dah sampai kat spital. Doktor jangkakan, lebih kurang 4 jam pembedahan akan berjalan. Yg aku tau, kakngah n abg ngah akan bercuti. Takper laah, aku as anak kan. Caner2 pun ketepikan dulu seme keje. Mak ayah lagi penting. Kos perubatan, yup private kan. ribu ribuan laah. Ape2 pun duit leh dicari. InsyaAllah mencukupi. Aku doakan semunya berjalan dengan lancar..dengan izin Allah.. amiin.

5/10/2010: Esok perjalanan aku balik ke kg. Naik bus jam 8pg. Balik sorang dulu, since aku rasa, penat kalau mintak hubby balik sekali, sebab esoknya hubby masih bekerja. Cuti aku dah diluluskan oleh my boss. Thnks boss. Actually cuti aku dah zero, tapi takper lah. Lau bos nak potong gaji aku, takper jer. Oden faham. Serasa2 aku, boss tak wat camtu laa. Tu practise yg dibuat oleh this company laa. Aku harap, aku dpt ringankan beban mak aku utk jaga abah. Hopefully can make it.

Doakan perjalanan aku pergi & balik selamat. Aku mohon juga, doakanlah kepanjangan kesihatan mak n abah aku. & semoga segala urusan perubatan & pembedahan abah aku berjalan dgn lancar. InsyaAllah....amiiiin..