Showing posts with label Travelogue. Show all posts
Showing posts with label Travelogue. Show all posts

Monday, May 16, 2011

Layan Down hill 3 hours tuuu - Doi suthep

Hai hai hai... Assalamualaikum. Lama aku menyepi. Biasalah, dengan kerja baru yang banyak limitationnya. "Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak". Tak gitu? Follow the flow ajer lah.

Citer last episode aku, sebenarnya masih berbaki 1 lagi siri. Kira acara penutup la sebelum aku menjejaki kaki di bumi malaysia. Yiiiippiii! Turun gunung dengan menaiki mountain bike selama 3 jam. Hohohohohoho. Dekat sini pun aku tak pernah buat kijer giler ni. Tapi, safe laa. Even track agak mencabar. Laluannya pun boleh tahan la, menyesak minda nak mencari path yg betul supaya tidak tergolek dengan lagak artist bolywood guling2.

Pagi tu, kami terus ke chiang mai old city, terus kek kedai yg pernah aku dan hubby sewa mountain bike - Chiang Mai mountain bike. So pagi tu, kami gamble la register. A'haa. kami agak bertuah, dekat situ, boleh terus join lepas dah buat pembayarannya. Berapa rega dier erk? Hehehhe, agak lama dah aku ke sana kan. Luper la beb. Nanti kalau aku dapat (n ada masa utk tambah apa2 yg penting yg mungkin boleh menjadi rujukan orang lain, akan aku buat). InsyaAllah....

Dalam kepala- dok tgh mikio kan cano la haku nak melayan down hill neehhh
Perjalanan kami bermula selepas satu sesi briefing oleh owner kedai neh. Kesemua basikal diletakkan di atas parkir bumbung kenderaaan tunggangan kami. Banyak level utk aktiviti berbasikal ni. Beginner, yg hard core lagik, yg jauh, yg berbukit2, yg lalu ikut laluan jalan (semacam tour), macam2 lagik la. Tengok kita mampu atau tidak jer la. Aku ? ahahhaha. Korang rasa2 apa yg jadik pilihan hati aku. No choice beb. Aku memang tak pernah layan bukit bukau gunung ganang. So BEGINNER la menjadi pilihan hati. Harap2 laluannya agak mudah.
Inilah ruper trak yg aku ngan suami naik
Hampir sejam lebey utk sampai di tempat bermula. Ada 4 trak kesemuanya yg membawa peserta n juga basikal. Kesemua laluan bermula di tempat sama, dan kemudiannya berpecah mengikut level kesusahan masing2. Sebelum bermula, ada sesi 'training saaaat' dtempat perkumpulan kami tu. Depa nak tengok cara kami kendalikan basikal masing2. Macammana nak lalu ikut laluan berbatu2, atau berakar2. Macammana nak handle gear,  brake. Semua tu depa tunjuk la sikit2. Tu pun kalau kita bertanya. So tak rugi kan bertanya.. kan kan....it's gud for u maaaaa.

Are u ready? Yeahhh!
Sebahagian peserta...Kami jer yg malaysia nyerrrr
Memakai padding - lutut, lengan.. gloves, helmet. Semua aspek keselamatan terjaga.

Dah to te to te tuu, kami pun gerak. Kumpulan aku, 2 orang, termasuk instructor, sorang. Jadi totalnya 3 orang la. So my team, suami aku laaaa... hahahhaha. Terpaksa laa menemani isterinya yg masih  agak terkehel2 dok kendalikan gear basikal. Memula laluan semacam denai yang bertar, laluan kecik, dan menuruni bukit. Perlu berhati2 kerana laluan ini adalah lauan antarabangsa kenderaan2 pacuan 4 roda, 2 roda. Banyak selekoh. Semacam laluan nak naik ke cameron la, cuma agak pendek2 dan selekoh yg terlamapu banyak.

Tiba di ladang kopi, lepak minum sat. Ooo yeah, nantikan cabaran yg lagik mecabar selepas ini...(sorry beb mata dah kuyu.. perlu tido, nanti sambung erk..insyaAllah)


adiosss...


Friday, March 18, 2011

It's SUNDAY! : Warorot market & Sunday Market

Weeehuuu..Bertemu lagik. Ngantuk sekang ni. Kijer ada, tapi masalah betoi network kat sini. Tak ley access server la..kena pakai certain ID lah. Aiyoooyoooo. Dah la no internet connection. Sudah beberapa page oracle aku belek, mencari solution yg boleh aku buat. Dah buat debugging program PROC to track apo yg bermasalah besar sgt tu. Huhu.. Ngantuk gilos. So nak tak nak, ev to do something yg boleh buat akal aku berfikir. Yeahh meneruskan siri trip aku yg lepas.

Ronda2 & sewa basikal
-------------------
Ullalaaa.. pagi ahad tu, kami decide utk rest pi tempat jejauh. Not means that kami dedua dok rilek2 dlm bilik jer. Hehe. Rugi rugi beb. Dah cuti, berjalan laaa, even berjalan in town. Susah woo nak dpt cuti lama cenggini.

Kami plan on monday, nak buat One day tracking. Kira aktiviti outdoor la. Jadi, hubby aku make a call kat Sassy-Sabai Tour Agent (ni memang recommended agent tour if korang pi chiang mai). SO dier dah ckp kat mana ofis dier, kami decide pi sana naik tut tut. Semacam moto 3 roda la. Kami pi sana sebab nak bayar n disscuss sket tentang lain2 aktiviti.

Location Sabai tour berdekatan dengan wat yg famous kat chiang mai ni- Wat Phra Singh. So tak susah nak cari, n golongan drebar tut tut atau pun red car tu, memang leh jumpa punyer la.
Ni la Sassy - baju hijau. (Uh aku sudah tombam)
Settle dgn Sassy (kasik discount laaagik tuuu). Alhamdulillah..Tanya Sassy, port maner baik utk kami rent mountain bike? Kebetulan la plak, dier memang ada sorang kenalan yg keje dgn mountainbiking chiang mai. Ahaaa. Dah baek nih. Terus dibawa kami tempat rental mountain bike tu. Cuuun! Basikal kali ni,betul2 depa jaga dgn baik. Sebab bisnes dema2 ni memang expert part aktiviti outdoor yg melibatkan cycle n mountain- uphill, down hill (teruja laa suami aku neeh :)..kita tengok nanti, maybe ada satu lagk xtra outdoor activity yg libatkan cycling).

Antara mountain bike yg ber 'brand' mahal
Taraa, dengan basikal masing2
Location mountain biking chiang mai, tak jauh dari ofis sabai tour. Menapak jer la, less than 5 minit sudah sampai. Thnks to Sassy. Then pastu kami rembat @ sewa la satu mountain bike, n satu lagik normal bike.hehe. Aku amik yg biasa2 jer udah ler, asal brek berfungsi, n kayuh ok, so ok jer la. Mountain bike-rm25, Normal basikal- rm15. Without deposit.

From there, aku dengan map kertas aku, hubby dgn gps garmin nyer. hehehehhe... Terus gerak keluar dari old city tu, menuju ke warorot market...Jeng jeng jeng....sesi lontar duit bermula..uhuuuuk..

Warorot market
--------------
Hari jumaat aritu, kami dah dapat jejak di mana warorot market. Org local tak panggil warorot, ada satu nama lain- kad luang tapi nak kenal pasti tempatnya, lebih senang sebut flower market. Sure org tau kat mana dier. Warorot market adalah sebuah market yg combine kan pasar basah - ikan, rempah ratus, n bahan2 dapur n makan yang lain, n pasar kering- baju2 kasut, beg, hiasan rumah n pelbagai lagi.
Fruit Market
Target aku adalah nak cari souvenir utk famili n famili mertua lor. n also diri sendirik n hubby aku. hahhahaha. Ronda punyer ronda...upss sblm tu, dek sebab risau basikal ilang, maka kami ni pi laa parkinig kat tempat berbayor, tak mahal la, lima puluh sen utk park 2 basikal. hehehe. Takper asal selamat. Reta org tu.
Bhgn dalam warorot market - wet market
ok..sambung balik.. sambung balik..Ronda punyer ronda, mata aku dah tertarik kat satu kedai auntie ni (maybe sebab curtain yg dier jual..heheheh). Discount? huuuh.. Tarakkkk. Tapi rega kat situ, lau compare dgn night bazaar market, lebey murah lah. cth, baju budak leh dpt dlm belas2 kat situ, tapi kat night bazaar, puluh2 laaa. Even design n material yg sama. Wat to say haaa? This is for local people. Aku ngan hubby jer yg memperosokkan diri gak masuk kat sini. Bila mintak discount.. auntie tu jawab.. "No charge..no charge" ..Dlm hati aku, lau no charge, aku amik mender ni free lorrr horrr? Hehehe. Banyak lak tu aku beli kat kedai dier. Sabau yoo la. Beli kat anak2 sedara aku yg dah cecah 3 org tu...Hehe, terbayang cano depa bertiga pakai. Yess.. kurasakan cooomeeeelllll giteewww (Imiginasi diri sendiri).
Ni la check point aku & suami membeli belah
Dah abis tang situ, kami turun ke bawah, nampak dari atas, hohoho banyak nyer lagi tempat nak tengok. Sempat kaaahh?  Nak cari rega yg terbaik @ murah semacam tak sempat, sebab mlm kang ada agenda lain lagik :) . (Teruknya aku kaaan... kalaulah pertanyaan sempatkah tu aku buat dlm amalan nak nambah pahal best gak dengar..isk isk isk...). Zohor dah masuk, mmm kami berpakat balik ke hotel, solat dulu. Mmmmm agak konpius plak aku part qasar n jamak ni. Sebab kami dok chiang mai dlm 6 mlm, 7 hari. Tolak hari pergi & hari  balik tinggal 5 hari. So semacam tak boleh buat qasar jamak. Tapi within 5 hari tu, kami tak dok menetap. Hari ke-3 dah pi tour sejauh 4 hours pergi, 4 hours balik, Ari esok pun sama, lebey kurang 1 hours plus (2jam stgh  rasanya), The next day sama jugak, perjalanan pergi, cano tuu? Kira istihar bermastautin ke idak? Ke still boleh gohead buat rukhsah tu? Still boleh laa kan? Dek sebab aku yg konpius part tu, aku tunaikan solat utk hari tu, secara solat normal.
Sodaaaaaaaaaaaap!
Sblm gerak balik, aku beli buah strawberi dulu. heheh. Langkah kanan, kali ni kami pergi musim buahnya adalah strawberry. Di akhir2 musim sejuk kat sana. Bessst!! Ada yang manis n besaaar.

Sunday Market
-------------
Akibat dek pala berpikir2, rukhsah solat dibuat biler kita tak jumpa masjid, tak jumpa tempat solat yg elok, n tujuan pekerjaan yg kita kerjakan tu fisabilillah laa. HOhohoho..sat gi aku nak pi jengjalan ala2 shopping laa..upppsss... Dan2 tu, kami tunggu solat maghrib dulu kat hotel. hehehhehe...Apa2 pun solat tetap no one laah.

Lepas solat, makan, mmm mendobi sat (heheheh, suker pulak aku mendobi kat sini. Terus kering baju tu, tu yg den suko. Semacam kena cari pengering baju kat rumah neh. Teeettt). Amik masa kemas2 barang, check souvenier utk sapa lagi belom beli. Hohoho.. Beli barang utk suku sakat lagi banyak daripada diri sendiri. Ahaaha..Ni la namanya sekali sekala kan. Mana yg termampu, aku belikan.

Waktu Maghrib dah masuk. Slps solat, kami teruskan perjalanan - meronda Sunday Market :) .Sebenarnya, time kami lalu ptg tadi, depa dah start nak setup2 gerai masing2. Tapi ada panggilan yang wajib kami tunaikan, jadinya kami buat tunaikan dululah. Lepas setup lampu basikal (hubby aku dah persiapkan barang2 ni), kami gerak ke sunday market. Sedikit info mengenainya:

Location: 
Area Tha Pae gate. Di dataran Tha Pae gate, sehingga ke wat (dekat simpang tiga- lalu depan sabai tour).

Waktu dibuka:
Hanya dibuka pada petang hari ahad shj, start jam 4pm - 11pm.

Apa yang menarik di sini? :
  • Local things- handicraft
  • Makanan yg pelik2 - grasshoper goreng, lipas goreng, cacing goreng n etc..(iiyyyaakkkeee, geli weehhh),
  • Hasil seni tempatan - lukisan,
  • Thai massage yg murah,
  • Persembahan dari kanak2 (cute bebudak ni, tapi kesian kecik2 dah kena sara diri,
  • Persembahan org buta- ada yg kreatif gunakan peralatan utk nyanyian, or sesiapa sahaja yg memerlukan duit utk menyara hidup. 
  • Polis pun ada buat persembahan.
Harga barang:
Weehuuu! Jauh bezanya dari night bazaar. Kalau korang ada list barang or takdak, mesti beli punyer, at least satu barang. Barangan craft yg memang kretif from local banyak boleh didapati di sini.

Ok. Let's pic story u all ok :) ...


kami park basikal tepi kedai, tepi jalan utama
Dekat dataran tha pae gate
Persembahan dari org buta



Jualan crystal
Kreatippppp!
Lampu kat suis ni pun cantik
sarung bantal yg comeeey (bukan gambar blkg tu tau!!)
Yg famous - cover cushion.
Yg ni aku suker. Nak mintak mak cuba buat utk wed adik aku
mknn yg iiiyeeeeeeeeeeee... geli geleman. Captured by mr hubby lor
lagi gambar makanan yg menjadi tarikan kat sana ...adoiiiyaaiii
Lukisan2 yg dihamparkan di jalanan
Dah penat berjalan..apa lagik, pekena thai massage laaa.
Wokiess... beres utk entri kali ni. Next story... ONE DAY ADVENTURE TREKKING [elephant riding, jungle tracking, karen village, mae wang waterfall & hmong village visit]








Tuesday, March 1, 2011

Berbasikal ronda bandar

Ahaaa..weehuu. Sudah dapat new hotel- Night BazaarPlace. Pergi laundry kat kedai mak angkat- auntie sofia. Sinilah tempat kami makan tghari, malam, n biler2 jer la. Yg pasti, before 10 or before 9. Lau tak kedai Fatimah la jadik sasaran kami. Or Maggie yg kami bawak dari mesia.Yg pasti makanan yang kami bawak dari KL, tak berapa nak jalan. Kecualilah kami pergi tour untuk one whole day.

Selesai solat jumaat (hubby aku laa), n solat zohor...kami call satu shop ni. Credit utk Mr Kem. Tolong kami part nak sewa basikal.
Hari jumaat reronda tempat local

So dah dpt basikal..Upsss sedikit info nak sewa kenderaan kat chiang mai ni:

basikal biasa - macam dlm pic 1
Harga per day: RM 5 per basikal
Deposit: RM 100
Next---> Sunday Market
Mountain bike
Harga per day: RM25 per basikal
Deposit:  - no need kalau amik terus dekat chiang mai mountain biking shop

next story.. sunday market
Basikal upgrade sket daripada pic 1 (picture above).
Harga per day: RM15 per basikal
Deposit: - no need kalau amik terus dekat chiang mai mountain biking shop

Scooter / Motosikal
Harga per day: RM20 per moto
Deposit: Tak pasti. Tapi kena ada licence moto

Jadinya, hari jumaat tu, kami reronda la bandar chiang mai (center jer tau- tu pun tak berabih). Kami explore jer ikut gps (hubby aku) & pada aku aku lebih selesa gunakan map yg disediakan di kaunter hotel. Naik basikal senang sket.Dlm bandar chiang mai, ada road yang sehala. So, if kita rasa salah jalan, or melencong banyak jer tu, leh laa againts da traffic, naik kat tempat laluan jalan kaki la. Yg best, sini ada lane utk basikal tau. Heheh, even tak ramai pun local yg pakai basikal. Foreigner? Hmmmm... ada cuma ramai yg lebeih terpikat dengan nak tunggang moto.

So hari jumaat tu, kami terjumpala, Hmong market -hill tribe nyer barang, handicraft utk puak Hmong. Dari situ jumpa chinese road (jumpa arch chinese). Ke depan sket, terus jumpa warorot market, fruit market, n flower market. Actually kami tak tau itu nama market2 itu. Tapi balik tu, ada jumpa seseorang la. Aku memang lupa namanya, tapi aku ingat muka nya la. So sedikit sebanyak info pasal chiang mai dapat kami korek dari beliau. Beliau pun tak lokek info. So, bertuahnya rasa. As tourist kan, that info memang sangat2 diperlukan.

So from there, kami make a move to tha pae gate. Situ ada la buat aksi kanak2 ribena. Hohohoho... Lepak tepi tasik @ parit [Kalau tak silap aku ada 4 gate kesemuanya. Yg dekat dengan tempat aku; iaitu tempat yg akan ada sunday market, iaitu di tha pae gate, sepanjang jalan, yang memisahkan bandar lama ngan bandar baru ialah paritnya. Nak cakap ada blok batu pagar, ada tapi hanyalah di pintu pagarnya dan di bucu2 pagar.


Dah masuk maghrib, jadi kami pulang ke hotel. Mlm tu layan kat area Annusan market. Makan dekat Rummit restaurant - chinese muslim food. Pastu balik hotel tido. :) wink wink sambung lagik yer..

Thursday, February 24, 2011

Lodging di chiang mai

Hari Jumaat penghulu hari. Kami suami isteri decided no to go anywhere on this day. Since hari ni,kami nak  move to new budget hotel, yg mana ia lebih dekat dengan masjid, n tempat makan muslim. Setahu aku, sepanjang jalan di tepi lorong masjid tu, kesemuanya adalah kedai orang Islam. & that area adalah kawasan minoriti Chinese Muslim. Alhamdulillah, nilah hasil daripada jalan2 kami malam semalam, (selepas habis sesi home industry semalam).

Sesudah makan pagi kat vanilla place, dengan lagak backpacker nyer, aku n hubby jalan kaki ke hotel - night bazaar place. Less than 10 minutes jalan kaki ke situ. Pelik jer org lalu lalang tengok kami. Tapi buat slumber jer la. Kita tak kacau org kan. Jumpa org, just say sawadee kaap. Tu memang cara yg biasa to say hello kat sini....Sawadee kaap utk perempuan.. or sawadee krap utk lelaki.

Details pasal lodging :

Lodging: Vanilla Place Guest House
Harga per night: 900 Baht per night

Keadaan bilik:
Bersih, katil queen size-standard room, attached dgn bathroom- hot shower, aircond, tv, fan.
Facilities: Free: internet, air mineral. Breakfast included.
**If stay more than 2 days: free pickup dari airport or sapa2 stay sampai balik pengangkutan ke airport adalah free.

Comment:
Rasa mcm berada di rumah. Tapi tempat tinggal  saper yg tak suka panjat tangga, tak sesuai la dok sini. Memang bertangga2. Even ada 3 tingkat. Yg pasti, utk ke room yg paling bawah, adalah di tingkat 2. hehehehe... Owner nya memang ramah yg amat, n cukup2 membantu. n cukup2 hormatkan tetamu, even they're looking for the budget place. Siap leh recommend, where to go, dgn budget yg agak minimum.

Dah check in, terus amik 3 night straight.  So details pasal Night Bazaar Place:


Lodging: Night Bazaar Place Hotel [http://nightbazaarplace.com/]

Harga per night: 700 Baht per night

Keadaan bilik:
Bersih, katil king size-standard room, attached dgn bathroom with hot shower, aircond, tv, fridge besar, almari.

Facilities:
Free: internet, air mineral. Breakfast included. Nak minum air panas, leh mintak ngan  counter. Dia akan kasik satu flask air panas.

Comment:
Hadapannya adalah The Plaza, Depan kaki lima adalah night bazaar - yg memang terkenal dgn jualan utk pelancong. 2 minit ke masjid, n lorong makan muslim. Easy access. Hotel ni berada di tengah2. Dekat dengan Kalare night bazaar, Dekat dgn anusan market, 10 minit berjalan to warorot market/ flower market/ fruit market. 20minit berjalan ke tha pae gate.


Sebenarnya, masih ada lagi hotel2 atau guest houst yg berdekatan yang agak murah. Tapi priority aku n suami adalah pasal makanan, n solat terjaga dengan baik. So recommended adalah di Night Bazaar Place.. Bilik pun besar. Harga pun masih dlm lingkungan budget hotel. Tempat laluan tut tut or red car (tut tut besar, aku tak ingat depa panggil apa kete panjang ni- muat at least 6 org kat belakang). Even kat counter tak seramah owner yg dekat hotel sblm ni yang aku duduk, tapi orang yang jaga kaunter tu masih dlm kategori boleh membantu, jika kita perlukan.

So.. sambung lagik... utk next entry k... saalaam.. :)

Note:
Conversion duit malaysia n thai baht time aku pergi dulu:
RM100 = 10Thai Baht
So renung2 kan.... adiosss