Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts

Tuesday, September 27, 2011

Khutbah jumaat ..khutbah raya...

Untuk ingatan kita semua..
Senario1:

Hari ini hari jumaat. Jadi para muslimin wajib laa pi solat jumaat kat masjid..Si A ni salah sorang darinya la. Hmmm Si A ni suker noo pi lambat2. Katanya panas laa, nanti sampai, terus solat jer laa....Sesampainya si A di masjid, imam dah start khutbah- mungkin dah nak ending da pun. Amacam ngan solat jumaat si A?
Khutbah adalah rukun kepada solat jumaat. Dinamakan sah solat jumaatnya bila dia kena tiba di masjid sebelum khatib start khutbahnya. Selalu gak aku nampak para lelaki inih pi mai pi mai wat lewa2 time jumaat. Ramai yg aku rasa tak tau khutbah tu adalah rukun atau pun teeeeeeeettt, malas nak amik kisah part2 penting nih. Rukun kalau takdak, pikir2kan laa yer.. kompem2 tak sah...

Senario2:

Saat jerr.. dah menjelang syawal kan. Di pagi raya Si B rasa kembang kuncup kembang kuncup.. berbaju raya. Dengan lagak yg ensem gitu. hehe... Dah berpakaian cantik2 tu, si B ni pulun laa duk makan (dah tak poser kan..huhuhu). Memang si B ni dah niat nak pi masjid, tapi dier nak tunggu satt. Dah nak khutbah baru dier pi..hohohoho.. mamat ni merapu kerr? Per2 pun tiba masanya dier pi laa.. tup2 memang betoi cam target, dier sampai jer masjid, baru laa nak start khutbah.. Pekejadahnyaaa dak ni? Tau tak khutbah raya tu optional..Lau tak dengar pun takper. Lau dengar lagik laa ok. Solat raya? Sunat...hmm yg tu mamat ni terlepas..haduii yaaaiii...

Ingat tau!!!
Khutbah solat jumaat, sebelum solat..
Khutbah solat raya, selepas solat..


adiosss..

Sunday, February 13, 2011

Renung sejenak...

Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan.

Tetapi sering kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan untuk kita.

Sunday, January 30, 2011

Suka bertangguh

Penah tak kita mintak daripada Allah, doa nakkan keputusan exam dpt yg terbaik, dpt 5A dlm UPSR nya, dpt flying colors utk periksa semester. Nak dpt award pekerja cemerlang, dapat bonus, or apa2 laa yg doa yg memang nak semua yang baik dlm kehidupan. Tapi pernah tak kita tunaikan apa yg Allah suruh kita semua buat? Ada tak korang pernah tangguhkan ganti puasa. "Hmm lambat lagik nak puasa, dah nak ramadhan nanti aku ganti laa.." Lambat-lambatkan solat.. " Sat lagik la, aku banyak keje lagik ni nak kena abiskan".

Tu contoh yg mudah dlm hidup kita seharian.Tak malu ker kita? Malu tau.. Nak sorok muker tang maner pun tak tau. Mintak ngan Allah macam-macam, tapi suruhan Allah kita lewat2kan, n mungkin juga ada antara kita semua tak buat pun. Bayangkan, sekang Allah bagi jer apa yang kita nak. Suatu masa nanti, zaaaaaaas Allah tarik balik semua tu. Menyesal? Hmmm.. Baru nak menyesalkan. Kalau dengan orang, biasanya memang takkan dilayan laaa sampai bebila. Allah tu maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Mendengar.. Setiap doa baik, jahat, dia akan makbulkan. Untuk aper? Sebenarnya, untuk menyedarkan manusia ni & itulah ujian untuk hamba-hamba NYA. Macammana manusia ni,  bersyukur ke tak?


Note:
  •  INGAT! Sekarang ni banyak jer Allah bagi cash terus. Baru jer buat sesuatu yang jahat, dan dan pastu, terus dpt balasannnya.. Beringat-ingatlah untuk diri aku sendiri & semua yang di luar sana.
  • Sentiasa menjadi manusia yang suka bersyukur...



Thursday, December 9, 2010

Setiap yang hidup pasti mati

KEMATIAN
Itulah hakikat sebenar yang setiap manusia akan tempuhi. Benar yang sangat-sangt benar. Baru tadi aku dapat berita cousin hubby, telah meninggal dunia. Kalau tak silap aku penyakit kanser tahap 4 (kalau silap nanti aku perbetulkan). Even aku tak pernah jumpa arwah, tapi melalui penceritaan suami aku, arwah seorang ustaz yg memang ramai anak muridnya. Kiranya, baru dlm bulan lepas or last 2 months suami aku ada menjenguk arwah di PPUM. Tapi kalau tengok sendiri keadaan arwah, memang tahap yg membimbangkan. Kalau atok sedara aku pernah cakap, bila saat-saat macam ni, jangan ditinggalkan berseorangan. Nak tau kenapa? Sebab setidak-tidaknya, semasa arwah nak menghembuskan nafas yg terakhir ada seseorang yang dapat mengajarnya mengucap.
Sebak hubby & family, tengok anak-anak kecil arwah memanggil manggil ayah nya. Kejutkan ayahnya, suruh bangun. Ramai yang datang menziarah. Tak syak kan, seorang mua'lim yang dihormati, disegani oleh anak-anak muridnya- alhamdulillah ramai yang mengingatinya, ramai yang menziarahinya, sekurang-kurangnya di sedekahkan al fatihah kepada arwah. Moga arwah tenang bersama golongan mereka mereka yang diredhai Allah, dan di tempatkan bersama golongan-golongna yang beriman. Amiiinn..
Innalillahiwainnailaihirajiu'n. Setiap yang hidup pasti mati. Itu ketetapan yang setiap manusia akan lalui. Cukupkah bekalan amalan kita? Tepuk dada tanya...??..IMAN.....

Monday, August 16, 2010

Rukun & wajib, sama ke?

Selingan dari tazkirah ramadhan di surau..

Rukun & wajib. Bila sebut kedua2nya, semacam sama. Sama ke?


Apa yg dimaksudkan dengan rukun? 

Rukun = Perkara yg jika salah satu item di dalamnya tidak dibuat, bermakna, batallah keseluruhan proses tersebut. (have to do)

Contoh rukun:
Puasa ada dua rukun
1) Niat
2) Menahan diri dari makan, minum n perkara2 yg membatalkan puasa
Jika tidak dibuat salah satu semasa berpuasa, maka batallah puasa tersebut.

Apa yg dimaksudkan dengan wajib?

Wajib = Jika ditinggalkan secara sengaja mahupun tidak sengaja, maka perlu digantikannya. (Must do)

Contoh, dam semasa haji. Solat 5 waktu, jika ditinggal, perlu diqadha' (diganti), begitu juga puasa, jika ditinggal, maka mesti diganti.

Jadi dah nampak ke ,ketaksamaan antara perkara rukun dan perkara wajib?

Solat - Ada 13 rukun di dalamnya (berdiri betul (qiyam), niat, takbiratul ihram, membaca alfatihah, rukuk dgn thoma'ninah, i'ktidal dgn thoma'ninah, sujud 2 kali dgn thoma'ninah, duduk antara 2 sujud, duduk tahyat akhir, baca tahyat akhir, membaca selawat ke atas Nabi Muhammad (S.A.W), memberi salam, tertib)
 
Tahu tak kita rukun Islam?
Yg  1 - mengucap 2 kalimah syahadah
Yg ke-2 - Sembahyang lima waktu - solat adalah wajib kpd seluruh umat Islam merupakan salah satu rukun Islam.
Yg ke 3 - Mengeluarkan zakat - zakt juga wajib atas tiap umat islam
Yg ke 4 -Puasa di bulan Ramadhan - begitu juga puasa, wajib ke atas umat islam
Yg ke 5 - Menunaikan haji di Mekah bagi yg mampu

It's gud kalau dah boleh bezakan antara perkara rukun & perkara wajib.Ok lah. Syiook share share info neh. ada yg leh review , rewind balik apa yg dah belajar dolu2 ...Wokies tu jer.


Thursday, August 12, 2010

Kita lalai semacam dibuai

Sedar tak hari2 kita ada berdepan dgn masalah. Tak kiralah masalah diri, famili, kawan2, atau org sekeliling kita, hmmm masalah negara?.. Bila ada masalah, tentu ada cara penyelesaiannya kan. Nak lari dari masalah? Boleh ker nak lari2 macam tu jer? Pk balik la. 
Selagi tak settle betul2, selagi tak ada penutup bagi masalah tersebut, biarkan saja masalah tersebut takkan boleh buat diri kita tenang. Case is not closed!! Cara nak buat? Perlu berani utk hadapi masalah. Ada BERANI? mmm tangguh dulu laaa.. Tangguhkan masalah? Pada aku, it's good utk selesaikan terus daripada korang idup asyik dok berfikir jer semua2 tu.

Rasa nak hidup macam anak2 kecil. Betul ke anak2 kecil takder masalah? Hehe, renung2kan semula la.

Boleh patah balik ke? Teringat pulak tazkirah ustaz semalam. Buat ulasan satu ayat Quran neh. Yg mana, manusia2 yg kurang amalannya, merayu utk kembali semula ke dunia, semata2 utk beramal. Dalam seram sejuk, senyum jer aku kalau benar mender tu leh jadik. Korang bayangkan, kalau sedara mara kita, hatta yg terdekat dah meninggal, dah dikebumi, tetiba tup2 "tok ..tok..tok" bunyi pintu diketuk, atau keadaan modennn skeeeet "ting toooongg.. ting toongg". Tuan rumah jenguk2 kat luar. Huhuhuhu. Tak seram ke tengok mayat balik, ada yang pengsan tang tang situ gaks.


That's why Allah dah beritau kita awal2, bekerjalah engkau semacam engkau boleh hidup beribu thn(lama) lagi, beribadat la engkau, semacam engkau mati pada esok hari (kompem mcm mati tang2 situ gak). Jadi, kesimpulannya, dunia n akhirat kena seimbangkan. kejar dunia, bukanlah bermakna korang kena gi konsert, korang kena gi tempat pub ke, korang sewenang2 enjoy. Huuuh!!! Tak malu ke dgn Allah? Nikmat dah kasik, tapi syukur pun tarak!!! ZERO!!!.. Malu laaaaa.

Tuesday, August 10, 2010

Tazkirah terawikh mlm #1

Sedikit info nak dikongsi sesama [peringatan utk aku gak neh]. Ni aku dpt time gi solat terawikh malam pertama. Lupa nama penceramah tu, cuma tau dari nilai, N9.

Antara perkara2 yg ditekankan:

Solat terawikh:
Antara Imam n makmum - bacaan lazim yang terlampau panjang. Perlu lihat golongan makmum. Adakah terdiri drpd mereka2 yg tua (>50, >60), atau golongan muda, golangan tahfiz? atau golongan biasa.
Jika bacaan yg terlampau panjang, akan terjadi - makmum tidak fokus apa yg dibaca, kerana tidak faham apa maksud ayat yg dibaca imam [lebih kpd mengelamun laa time imam dok baca bacaan lazim].

Attendance solat :
Permulaan malam2 di bulan ramadhan, bolehlah dikatakan saf2 agak penuh. Kira sampai tak perlu laa imam sebut, penuhkan saf2 depan, rapat2, sebab keadaan dah tersedia penuh, memang kompem rapat antara makmum. Dah separuh ramadhan makin kurang. Di hujung ramadhan, makin la kurang, n sekali lagik tak perlu laa imam ckp ke depan, penuhkan saf [sebab saf kompem memang tak penuh, ada la 5, 6 kerat yg datang]. Perlu sedar n muzakarah diri. Mana yg perlu diubah, cubalah untuk berubah. Masjid sekarang dah banyak didirikan, tapi kebanyakannya kosong. Kesian kann [cth terdekat masjid putrajaya ngan masjid kristal, penuh ke org2 nyer? sendiri pk laa. Jgn pong pang sana sini. Apa2 pun dlm diri sendiri perlu ada kesedaran.

Puasa:
Sepatutnya mengalu2kan kedatangan bulan Ramadhan. Trend sekarang, sblm puasa, iklan raya dah bertaburan, bersepah2. Tu tak termasuk topik kuih raya, baju raya, cuti raya.. [kena batang hidung sendiri neh].

Isu boikot barang yahudi:
Api2kan jgn minum ini, jgn makan itu..Sana jangan , sini jangan. Sebab funding kpd  diaorg lagik. Kena fikir2kan dulu bab ni sblm bertindak. Kalau betul produk kita betul2 ada dipasaran, n mudah didapati, tak mustahil utk kita boikot sana boikot sini. Sehari2 hidup kita masih gunakan apa yg depa buat. Fikir2kan lah. Mana yg baik di ambil, mana yg boleh dielak, elakkanlah.

Tadarus Al-Quran:
Jgn group kan golongan pandai dgn yg pandai jer, golongan yg kurang pandai bersama golongan kurang pandai. Ini tidak membantu group yg tak pandai utk menjadi pandai. Sebaiknya, campur2kan. So kat situ, boleh ada tegur menegur. Yg tu baru dipanggail tadarus [Biasa aku dok wat adik aku amik this juzuk hingga juzuk ni. aku lak amik juzuk berikutnya sampai juzuk sekian..huuuh perlu diubah ni.. hmm ada ker  tadarus jenis jauh nihh erk?]

Khatam Al-Quran:
Jgn berkejar utk khatam Al-Quran tanpa memahami maksud ayat2 yg dibaca. Baik utk kita meneliti intipati ayat2 yg dibaca. Buatkan lebih menyerap dlm hati. Lebih bermakna apa yg dibaca [Yupp. Kena cari tafsir alQuran pas ni]. Biarlah lambat asal faham yg tersirat :)

Wokiesss..last sekali, mana yg baik, amik. Mana yg tak baik tu, tinggalkanlah.

Monday, August 2, 2010

Kerana .... kita berubah

Setiap saat kita akan diuji olehNYA. Tanda2 kita masih dalam perhatianNYA. Bersyukurlah kita, Ahamdulillah. Dalam hidup kita, akan ada perubahan. Mungkin sebab diri sendiri dan mungkin sebab org lain. Kebiasaannya disebabkan sesuatu kita akan berubah. Tidak kira perubahan tersebut dari yg baik kepada yg jahat. Atau dari yg jahat kepada yg baik. Dari yg tidak amik tahu, sekarang sudah amik port.

Contohnya dalam hidup ni Allah ciptakan manusia ini berpasang-pasangan. Dari seorang kepada berdua. Sedikit sebanyak perlu ada perubahan dlm hidup, utk jadikan pasangan kita selesa bersama2 dgn kita. Untuk buatkan kita lebih fahami pasangan kita sebaik2 nya.

Mendapat pekerjaan setelah menamatkan pengajian.Segalanya fresh. Bermula dengan ilmu yg cetek. So, dari situ kita bergerak, utk cedok sebanyak mana mungkin ilmu yg boleh menfaat bersama di kemudian hari.

Baby... membesar menjadi seorang anak kecil mengenal huruf ABC, Alif ba ta, satu dua tiga.. masuk tadika, then ke sekolah rendah, sek men, kolej or universiti..dan  seterusnya.. Semuanya memerlukan perubahan. Perubahan utk kebaikan.

Sepatutnya perubahan demi perubahan ini, buatkan kita lebih bersyukur kepada our Pencipta, Allah yg Maha Esa.. Berkerjalah kamu seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun lagi, Beribadahlah kamu seolah-olah kamu akan mati pada hari esok.

Pssssttttt: :) banyak ke aku dah wat perubahan dlm idup aku erk?

Monday, July 26, 2010

Malam nisfu sya'ban

Nisfu.. bermakna separuh. Nisfu sya'ban, separuh bulan sya'ban. Mlm yg mana buku amalan lama kita di bawa ke langit, n kita mendapat buku baru. Amalan yg biasa diamalkan ialah sembahyang sunat, n bacaan yasin. Bacaan yasin biasanya dibuat sebanyak 3 kali. Kali pertama - doanya utk memanjangkan umur utk kerja2 kebajikan, kerja2 kebaikan. Bacaan kali ke2 didoakan utk dimurahkan rezeki. Bacaan kali ke3 didoakan utk mohon dirahmati Allah.

Sedikit rumusan doa selepas membaca surah yasin tersebut, kita sebagai hamba memohon Allah supaya kurniakan kita kebaikan. Jika sejak azali tertulis kita punya qadha' n qadar adalah tidak baik, ada bala menimpa, mohonlah supaya ditukarkan menjadi kebaikan. Jauhilah bala, jauhilah segala kecelakaan, murahkanlah rezeki kita. Memohon Allah melindungi kita setiap masa, merahmati kita setiap masa..

InsyaAllah, taatilah perintahNYA. Ya Allah permudahkan segala rusan dlm hidup aku, Murahkanlah rezeki aku n suami, keluargaku, n keluarga mertua. Mohon bahagia dunia dan akhirat.. ameeennn


Wednesday, August 26, 2009

Kisah Benar : Wasiat Buat Isteri Tersayang

Semoga cerita ini dapat kita ambil sebagai pengajaran. InsyaAllah.

Buatsemua, pada yang dah berkahwin, baru nak kawin ataupun akan kawin nanti, kisah nie biarlah tersemat di dalam jiwa.


Kira-Kira 15 hari yang lalu, seorang hamba Allah , telah pun kembali ke rahmatullah secara mengejut (kerana sakit jantung). Allahyarham adalah merupakan seorang yang amat dihormati dan disegani di kampung beliau.

Semasa jenazah Allahyarham diletakkan di ruang tamu rumahnya sementara menunggu untuk diuruskan oleh saudara mara dan sahabat handai, isteri Allahyarham tidak berhenti-henti meratapi jenazahnya sambil merungut-rungut.


Si penulis (penulis asal cerita ini) yang kebetulan anak saudara Allahyarham, ada di sebelah balu Allahyarham pada ketika itu. Beliau merasa amat hairan dengan sikap balu arwah itu. Si balu sepatutnya membaca ayat-ayat suci al-Quran untuk dihadiahkan kepada arwah. Kira-kira 10 minit kemudian, kakak ipar arwah (kakak balunya) pun sampai. Beliau turut merasa hairan dengan sikap adiknya yang meratapi dan merungut itu, lantas beliau melarang adiknya berbuat demikian sambil bertanya akan sebabnya. Penulis yang masih berada di situ merasa amat terkejut apabila mendengar jawapan yang diberikan oleh balu Allahyarham itu.

Antara jawapannya ialah: Suaminya tidak membuat surat wasiat (yang sebenarnya ada). Tanah pusaka milik suaminya tidak sempat ditukarkan ke nama beliau dan anak-anaknya. Suaminya tidak sempat memindahkan saham syarikat suaminya bersama-sama adik-adiknya kepada beliau (Allahyarham memegang saham sebanyak 50% dan 5 orang adik-adiknya memegang 10% setiap seorang).

Untuk makluman, arwah adalah seorang yang agak berjaya dalam perniagaannya. Syarikat yang diuruskan oleh arwah sangat maju dewasa ini. Di samping itu, arwah memiliki kira-kira 12 ekar tanah di pinggir Putra Jaya dan kira-kira 50 ekar di sekitar kawasan Sepang/Dengkil.

Setelah seminggu arwah dikebumikan, peguam arwah memanggil waris-warisnya untuk dibacakan surat wasiat arwah. Penulis juga turut dipanggil tanpa mengetahui akan sebabnya. Allahyarham mempunyai 4 orang anak, yang sulong masih lagi bersekolah di tingkatan 4 manakala yang bongsunya berusia 6 tahun.

Antara kandungan surat wasiat Allahyarham ialah :

1. 30% syer perniagaannya diserahkan kepada anak saudara perempuannya yang juga ahli perniagaan, dan>20% lagi diagihkan sama rata kepada anak-anaknya dengan anak saudara perempuannya sebagai pemegang amanah.

2. Tanah pusakanya seluas 10 ekar di pinggir Putra Jaya dibahagikan sama rata kepada anak-anak perempuannya (2 orang) dan 2 ekar untuk anak saudara lelakinya yang juga pemegang amanah untuk anak-anak perempuannya. Anak-anak lelakinya yang berumur 14 dan 10 tahun, diberikan tanah 15 ekar seorang dengan saudara lelakinya sebagai pemegang amanah.


3. Saham-sahamnya diserahkan kepada anak-anaknya dan dibahagikan mengikut hukum syarak, dan diuruskan oleh saudara perempuannya yang diberi 20%.


4. Wang tunainya di bank persendirian diamanahkan kepada kakaknya untuk menampung pembiayaan anak-anaknya jika isterinya tidak berkahwin lagi. Jika isterinya berkahwin lagi, beliau meminta peguamnya meminta mahkamah memberikan hak penjagaan anak-anaknya kepada kakaknya.


5. Rumah dan tapak rumahnya diwakafkan untuk anak-anak yatim Islam dan sebuah surau, dan hendaklah diserahkan kepada Majlis Agama Islam.


6. Harta-hartanya yang lain iaitu 2 buah kereta diberikan kepada adik lelakinya yang ketiga dan kelima, manakala baki tanah 20 ekar dibahagikan sama rata kepada adik-adik dan kakaknya.

Setelah selesai wasiat tersebut dibaca, isterinya membantah keras kerana tiada satu pun harta yang diserahkan kepadanya melainkan sebuah proton saga yang tidak dimasukkan dalam wasiat tersebut (yang memang digunakan oleh isterinya).

Belum sempat isterinya terus membantah, peguam Allahyarham membacakan satu kenyataan mengenai isterinya yang terkandung dalam wasiat itu.
"Isteriku tidak akan kuberikan apa-apa kecuali pengampunan. Terlalu banyak dosanya kepadaku. Maka pengampunan adalah hadiah yang paling berharga. Tidak pernah aku merasa masakannya sejak mula berkahwin walaupun pernah aku suarakan. Tiada belas kasihan terhadap aku, baik semasa sakit apatah lagi jika aku sihat. Herdik dan tengking kepada aku dan anak-anak adalah lumrah. Keluar rumah tidak pernah meminta kebenaran daripada aku. Makan dan minum anak-anak adalah tanggungjawab bibik (pembantu rumah). Kain bajuku tidak pernah diuruskan, dan yang paling menyedihkan, tiada mahunya dia mendengar pandangan dan nasihatku untuk kesejahteraan rumahtangga. Kebahagiaan aku selama ini hanya dengan amalanku, tugas seharianku, anak-anakku dan adik-beradikku, terutama kakakku (yang sebagai pengganti ibu)."

Selepas peguam Allahyarham membacakan kenyataan itu, barulah penulis faham mengapa balu Allahyarham begitu meratap dan merungut semasa berada di sisi jenazahnya.

Marilah kita renungi bersama.. Semoga dengan apa yang terjadi di atas, akan memberikan satu pengajaran yang berguna kepada kita sebagai umat Islam.
She should be thankful...she got the forgiveness from her husband. Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w.bersabda,