Showing posts with label it's about time. Show all posts
Showing posts with label it's about time. Show all posts

Monday, May 16, 2011

Layan Down hill 3 hours tuuu - Doi suthep

Hai hai hai... Assalamualaikum. Lama aku menyepi. Biasalah, dengan kerja baru yang banyak limitationnya. "Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak". Tak gitu? Follow the flow ajer lah.

Citer last episode aku, sebenarnya masih berbaki 1 lagi siri. Kira acara penutup la sebelum aku menjejaki kaki di bumi malaysia. Yiiiippiii! Turun gunung dengan menaiki mountain bike selama 3 jam. Hohohohohoho. Dekat sini pun aku tak pernah buat kijer giler ni. Tapi, safe laa. Even track agak mencabar. Laluannya pun boleh tahan la, menyesak minda nak mencari path yg betul supaya tidak tergolek dengan lagak artist bolywood guling2.

Pagi tu, kami terus ke chiang mai old city, terus kek kedai yg pernah aku dan hubby sewa mountain bike - Chiang Mai mountain bike. So pagi tu, kami gamble la register. A'haa. kami agak bertuah, dekat situ, boleh terus join lepas dah buat pembayarannya. Berapa rega dier erk? Hehehhe, agak lama dah aku ke sana kan. Luper la beb. Nanti kalau aku dapat (n ada masa utk tambah apa2 yg penting yg mungkin boleh menjadi rujukan orang lain, akan aku buat). InsyaAllah....

Dalam kepala- dok tgh mikio kan cano la haku nak melayan down hill neehhh
Perjalanan kami bermula selepas satu sesi briefing oleh owner kedai neh. Kesemua basikal diletakkan di atas parkir bumbung kenderaaan tunggangan kami. Banyak level utk aktiviti berbasikal ni. Beginner, yg hard core lagik, yg jauh, yg berbukit2, yg lalu ikut laluan jalan (semacam tour), macam2 lagik la. Tengok kita mampu atau tidak jer la. Aku ? ahahhaha. Korang rasa2 apa yg jadik pilihan hati aku. No choice beb. Aku memang tak pernah layan bukit bukau gunung ganang. So BEGINNER la menjadi pilihan hati. Harap2 laluannya agak mudah.
Inilah ruper trak yg aku ngan suami naik
Hampir sejam lebey utk sampai di tempat bermula. Ada 4 trak kesemuanya yg membawa peserta n juga basikal. Kesemua laluan bermula di tempat sama, dan kemudiannya berpecah mengikut level kesusahan masing2. Sebelum bermula, ada sesi 'training saaaat' dtempat perkumpulan kami tu. Depa nak tengok cara kami kendalikan basikal masing2. Macammana nak lalu ikut laluan berbatu2, atau berakar2. Macammana nak handle gear,  brake. Semua tu depa tunjuk la sikit2. Tu pun kalau kita bertanya. So tak rugi kan bertanya.. kan kan....it's gud for u maaaaa.

Are u ready? Yeahhh!
Sebahagian peserta...Kami jer yg malaysia nyerrrr
Memakai padding - lutut, lengan.. gloves, helmet. Semua aspek keselamatan terjaga.

Dah to te to te tuu, kami pun gerak. Kumpulan aku, 2 orang, termasuk instructor, sorang. Jadi totalnya 3 orang la. So my team, suami aku laaaa... hahahhaha. Terpaksa laa menemani isterinya yg masih  agak terkehel2 dok kendalikan gear basikal. Memula laluan semacam denai yang bertar, laluan kecik, dan menuruni bukit. Perlu berhati2 kerana laluan ini adalah lauan antarabangsa kenderaan2 pacuan 4 roda, 2 roda. Banyak selekoh. Semacam laluan nak naik ke cameron la, cuma agak pendek2 dan selekoh yg terlamapu banyak.

Tiba di ladang kopi, lepak minum sat. Ooo yeah, nantikan cabaran yg lagik mecabar selepas ini...(sorry beb mata dah kuyu.. perlu tido, nanti sambung erk..insyaAllah)


adiosss...


Thursday, February 10, 2011

Di akhir-akhir waktu

Sesuatu jer tajuk tu.. :D ..

Aku plus plus... minus-minus.. tinggal lagi seminggu aku berkhidmat kat kompeni ni. Handsover berjalan dengan baik. Dokumen yang tak lengkap, aku dah lengkapkan. Program dulu-dulu yang aku dok play around pun dah aku tunjuk camaner nak run n compile kan program-program tu.

Bersusah payah jugak la dalam aku nak mengingatkan balik semua program yang dah aku redah, kesemuanya bermain dengan device - POS Terminal, handheld device, yang pastinya, jenis-jenisnya adalah macam-macam.ado. Hehe. Bertuah sikit laa aku rasa, aku ni jenis yg suka nak share gak dengan org sekitar aku. Jadi, inilah petuanya, utk make it easy, bila nak move ke tempat baru.

Berat hati? Tak rasa laa, rasa ok-ok sahaja utk move forward. Dengan iringan doa, moga-moga, aku n family dimurahkan rezeki, n sentiasa dibawah rahmat n keberkatanNYA.. amiiin.


Monday, November 8, 2010

Omelan aku

Dah lama tak tepon rumah. Lama ke? Biasa kerap tepon kg, tepon mak, tepon abah, tak pun kakngah. Kali ni senyap sket lepas last week, mmm kalau tak silap aku hari rabu lepas mak ada kol aku. Pas tu esoknyer kakngah pulak kol. Pastu sunyi sepi...

Rutin harian aku berjalan makin singkat, disebabkan aku memang terus goal lepas solat isyak [kalau tak tahan ngantuk, lepas solat maghrib dah goal]. Jadik timing tido memang dah terlebey banyak. Tak tau aper tak kena. Ubat? Maybe la.. memang aku kuat tido.. ahaksss.. ada la sket2. Tapi lepas dah tak duk membujang neh, takdak la itu pe'el nyer. Yg pasti sekang jam 9mlm itu adalah time yg paling lewat aku tido...

Amacam sakit? Sakit tempat check dah beransur pulih. Esok perlu pergi check up lagik. Check up ibu mengandung.. ??? hahahah. Tidak.. tidak.. Ramai yg sebelah famili suami aku ingat aku pi wat check up part tu. Blom ada rezeki lagik part tu. Doakanlah kami jugak yer, moga dikurniakan cahaya mata yg sihat, baik, comel, insyaAllah..[sentiasa kena bersangka baik dgn Allah]

Ok back to prev topic..Cano aku nak buat erk. hohohohoho.. antibiotik masih ada, mampuih gi juper doctor tu, kena bebel, sebab ubat antibiotik tak abis lagik. Nih gara2 masa tido aku yg memang dah terlebey ar ni. Aku ar, suker no tido sekang nih. Badan semacam tak larat sesangat. Tido ar! hahahhahahahaha- tido memang best!!!!

Sekang pun bagai nak dipam2 rasanya ketembaman haku ni. Ada gak la baju jalan2 aku, yg memang langsung tak muat [Memang kena let go kpd sesiapa yg berbadan kurus] Hohohoho..Kebesaran n kegemokan haku yg memang terserlah. Sekang aku memang kuat makan. Makan sket, tapi kerap...[lebey kerap dari hari2 yg lepas]. Risau aku tak larat heret badan jer nanti. Giloss!!!! Makan biar berpada. Ni la akibat selalu ckp kat suami sendiri [bukan cakap bukan2, bukan ckp yg teruk2.. tapi nak motivate suami bagi turun sket airbag nyer. SEeeeee.. sekang haku dah gemoooookkkk...aida dah kena TULAH..huhu.

Psssssssttt: Cano nak menten slim neh?.. Hehehehe..Se'eh (bahasa pantai timur) betoi rasa..

Monday, November 1, 2010

Dah jumper Fossilllllll..Lalalalalala

Udah jumperrr!! Gumbira rasa hati, bila dah jumpa fossill. Ulalal lalala lalalala lallaalaa..

Jeng jeng jeng.. fosil menatang gappo? Ini lah ruper fossil tuu..

ooooh my fossil- reta donia
Hahhaha.. Itulah my jam tangan. Yeaaahhh! setelah berhari2 aku mencari. Ekau muncul juo. Alhamdulillah...

Cinonoet nyer citer? Pehal sayang sangat, reta donia jer neeh [reta akhirat camaner- cukup dah???] ?

Yer laaa.Ni adiah kawen neeh. Dah laa jam yg paling mahal yg pernah aku pakai [even takdak saper pun yg tau, takper penghargaan utk diri sendiri joooo. Itu yg terbaik. Nunjuk2 tak elok dek nonn oittt]..

Harap2 jam ni dpt bertahan lama cam jam aku yg satu lagi tu [dah tak bergerak setelah lebih dari 3 thn berkhidmat- yg tu batteri dia dah yillek]

Tup tup sebut pasal fosil.. Teringat plak aku cerita antara suami aku dgn abah aku.. teng teng teng...
Cerita ni dah lama sebenarnya. Tapi tak kering gusi laa biler aku dengar suami aku dok cerita. Lebih2 lagik, biler dengar telo@slang beserah nyer masih belum menepati slang belah pantai timur.

Hari tu, suami aku tolong abah aku perbaiki pasak (papan yg tahan bawah rumah- utk rumah kg yg dulu2 ada laa) rumah sewa atok aku. Lepas abah aku dah ajar sket sebanyak camaner nak buat, abah aku terus naik atas rumah sewa tu utk settlekan urusan atas rumah tu pulak. Suami aku masih dok di bawah, utk masukkan kayu sebagai pasak (penahan) lantai rumah tu. Dok berkira2 menahan tu, taraaaaaa... mata suami aku nampak smtin..

Hubby: Abahhh.. fosiill niiihh..
Abah: Korok mu.. tulang ikan tuuuu.. fosil ape kebenda nyaaa..
Hubby: ???? hohohohoh.. ingat foosil tadik..

Kalau org utara berckp word of "KOROK" tu mesti pelik ar bunyiknyer.. huhuhuhu.. Cth: Korok kering. Bunyi cam kasar laaa. Tapi mender ni leh guna kpd yg betul2 rapat as guarauan, atau memang betul2 time nak marah. Hahahahah.. Camaner nak beza, camana nak guna... Tak reti gak aku nak explain, how to. Memang kita dpt bezakanlah samada org tu nak marah, atau sekadar gurauan jer.. 


Sunday, October 31, 2010

Bila kanak2 ribena beraksi...

Hehehhe.. Sekian lama aku tak meng exercise kan diri, mlm smlm pi laa wat lawatan muhibbah ke swimming pool kat putrajaya, berdekatan dgn pullman.

Suami aku pun dah lama gantung beskal dier. Gara2 aku tak kasik dier cycle laa gaknyer. Bukan tak kasik, tapi mungkin tak sesuai utk waktu kerja dier yg start jam 3 balik pagi2 buto, around jam 2-3 pagi.. Hohohoh. Bila difikirkan agak bahaya time2 gitu, ini lah jadiknya. Beskal digantung tak bertali....
Trip kali ni, ajak sekali ngan adik ipar aku, si naim. Jadi kami bertiga lah.. Yeaahh!! Let's kecebo2!!.. Even tak laa dlm kategori pandai berenang, tapi aku rasa ni jer time yg aku dpt guna utk buat aktiviti yg bermanfaat & bagus utk kesihatan badan - aktiviti berhemah di ujung minggu.

Sesampai jer kat tepi jalan, dah nampak lampu pool terang benderang. Semacam tak ramai org pun. Yeeeyy!! Idok laa malu, n terasa terkacau sgt..[muehehehhe, dah laa pergi public nyer pool, ada jugak isu terkacau2 neeh.. eeeehhh...sodar diri beeeeeeb!]. Blink2 mata, senyum jer, sebab last trip sesampai2 jer, hohohoho, golap golita. Balik2 tido..Sleeping is da best, pengubat jiwa..hhohohooh

Kali ni, seme menerai baju bundle di pasaraya giant yg baru bukak kat equine tu. hohoohohoh... Nanti la lau ada kesempatan, haku upload gambar itu...Memula posing ditepi pool. hahhaha.. Macam artist la plak..:D .. Tak laaa. Artist2 kan selalunya cekci2 bila dah kat pool, dedah sana dedah sini..huhuh tak kuasa laaa mak nak layan nyahhhh oiiiii. Melayan karenah napsu ober2 ituuu huhuhuh. Mintak2 la dijauhkan dari mender2 cenggitu.
Taraaa..cantik tak?.. berbaloi baloiiii
Pool ni bukak pukul 8 - 10 mlm. Dgn bayaran dua hinggit seorang. Berbaloi la bagi sesaper yg jauh, yg datang beramai2. Size pool ni, katanya semacam size olimpik. Aku tak pernah la plak ukur, n amik kesah. Yg aku tau, kedalaman dia, memang dalam lagi compare dengan Bukit Jalil nyer pool [dah try okeeeyy.. ahakssss- action gilosssss!]. Yg pasti, best sebab dlm ayor pun terang benderang, tak mcm bukit jalil nyer pool, agak malap walaupun kat sana berbumbung. Dek sebab takdak bumbung, kamikaze ni, pi la time malam.

Kali ni, sejurus jer kaki dah sentuh ayor kolam.. huuhuh.. menggigil!!!.. Sejuknyerrrrrr.. Aper lagik, terjun tiruk, selam tiruk, berenang tiruk laaaa. Dah dok dlm pool, saper keesah. Lantak ko laa nak berenang tunggang terbalik pooong. Asalkan hang tak lemaih, tak bullllppp bullppp..bulppp... kenyang minum ayor. Sini memang ada life guard dier, jadi tak la risau mana. Aku pun dah ada life guard aku sendirik..heheehe.. saper lagik, suami aku laa.. Even kat sini strict, kena pakai baju renang, tapi aper jenis renang yg korang ada, korang leh laa present kan kat sini. No hal. Nobody cares. So layaaaaaaaaaannnn...

Kali ni, aku tak lama dok berendam.. Dek sebab kesejuuuukan terlampau-  mau aku nyer saraf semuanya terenjat sok pagi. Ada laks yg mc. Kuuununn nak ber exercise , alih2, mintak cuti.. hohoohohohooh..aper cerita niiii? Dah nak balik tu, suami aku dok menerai letak teponnyer dlm waterproof nyer bag. Hohohoh. Jgn nyesal yooo, kalau jadik aper2 kat tepon tuu. Yer la, barang yg dijual, kena ar test dulu -kalau taknak kena pelangkung ngan customer kan.. Say cheeeeeeeeeseee... BERJAYO, tanpa ada kerosakan, tanpa ada air masuk, walau setitik. LEGAAAAAAAAAAAAA....alhamdulillah, product leh dijual dgn jayo nyo..

Nak tengok produk dier cano... ni dier... taraaaaaaaa
Aku tak tau nama sebenar dier- tapi inilaaa BEG WATERPROOF- boleh isi segala jenis mak nenek gadget, dari product list GEREK GEER..hehehhe... sekiannn..
Pstttt...: Ingat lagik entri ni.. hehehe.. slow lane, chat lane, fast lane...

Tuesday, August 31, 2010

Suram..

Ngaper mcm errrr.... naper kali ni aku tak rasa nak beraya erk? Langsung tak rasa. Tak mcm dedulu, nak balik kg, laa ni mesti counting hari dah. Nak nak nyer, biler raya tu jatuh pada hari minggu hadapannya. Cuti pun tak apply lagik ni[even aku tau, aku apply ke tak apply ke, sama je, wajib cuti. Cuti laks tolak dari annual leave cam biasa]. Tak rasa nak gi memaner.. Apa makna raya pada aku thn ni erk? Makin dekat hari nak balik makin rasa tertekan laa pulakkk.. aisehmaaaannnn, masalah org tapi aku yg jadik mcm ni. tulun.. tulunnnn...

Sunday, August 8, 2010

Menyonteng2 & curah cat

Ada kerja? ADAAAAAAA!!!.. Tapi pala no neng, tak ley nak focus. Cuba cari alternative lain la. Hangpa dok tala , dok focus mender yg tak boleh terima dek akai gak, memang kompem tak ley jalan ar. Lain la kalau nampak screw longgar  kat pala tu, boleh la kita pi ketatkan mana2 yg loose tu kan. Sebenarnya, ada cara la camaner nak melayan bab cenggini dlm +ve way :) .

Aku dah try ar. Aper dapat? Taraaaaaaaaaaaaaaaa..... Luahan ilham dari kepala yg bnyk bintang...

 [Gambar ori 1]

 [Gambar ori 2]

Yeehaaa! Last Result

Dgn kata lainnya, takder la hangpa ni semua yg memang takdak keje tu, dok sangap je, ngantuk mata  &&&& Takder la nampak bonar korang ni makan gaji buto.. ahakss...adios dulu.. chow!

Monday, August 2, 2010

Kerana .... kita berubah

Setiap saat kita akan diuji olehNYA. Tanda2 kita masih dalam perhatianNYA. Bersyukurlah kita, Ahamdulillah. Dalam hidup kita, akan ada perubahan. Mungkin sebab diri sendiri dan mungkin sebab org lain. Kebiasaannya disebabkan sesuatu kita akan berubah. Tidak kira perubahan tersebut dari yg baik kepada yg jahat. Atau dari yg jahat kepada yg baik. Dari yg tidak amik tahu, sekarang sudah amik port.

Contohnya dalam hidup ni Allah ciptakan manusia ini berpasang-pasangan. Dari seorang kepada berdua. Sedikit sebanyak perlu ada perubahan dlm hidup, utk jadikan pasangan kita selesa bersama2 dgn kita. Untuk buatkan kita lebih fahami pasangan kita sebaik2 nya.

Mendapat pekerjaan setelah menamatkan pengajian.Segalanya fresh. Bermula dengan ilmu yg cetek. So, dari situ kita bergerak, utk cedok sebanyak mana mungkin ilmu yg boleh menfaat bersama di kemudian hari.

Baby... membesar menjadi seorang anak kecil mengenal huruf ABC, Alif ba ta, satu dua tiga.. masuk tadika, then ke sekolah rendah, sek men, kolej or universiti..dan  seterusnya.. Semuanya memerlukan perubahan. Perubahan utk kebaikan.

Sepatutnya perubahan demi perubahan ini, buatkan kita lebih bersyukur kepada our Pencipta, Allah yg Maha Esa.. Berkerjalah kamu seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun lagi, Beribadahlah kamu seolah-olah kamu akan mati pada hari esok.

Pssssttttt: :) banyak ke aku dah wat perubahan dlm idup aku erk?