Showing posts with label Gang beskal. Show all posts
Showing posts with label Gang beskal. Show all posts

Monday, May 16, 2011

Layan Down hill 3 hours tuuu - Doi suthep

Hai hai hai... Assalamualaikum. Lama aku menyepi. Biasalah, dengan kerja baru yang banyak limitationnya. "Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak". Tak gitu? Follow the flow ajer lah.

Citer last episode aku, sebenarnya masih berbaki 1 lagi siri. Kira acara penutup la sebelum aku menjejaki kaki di bumi malaysia. Yiiiippiii! Turun gunung dengan menaiki mountain bike selama 3 jam. Hohohohohoho. Dekat sini pun aku tak pernah buat kijer giler ni. Tapi, safe laa. Even track agak mencabar. Laluannya pun boleh tahan la, menyesak minda nak mencari path yg betul supaya tidak tergolek dengan lagak artist bolywood guling2.

Pagi tu, kami terus ke chiang mai old city, terus kek kedai yg pernah aku dan hubby sewa mountain bike - Chiang Mai mountain bike. So pagi tu, kami gamble la register. A'haa. kami agak bertuah, dekat situ, boleh terus join lepas dah buat pembayarannya. Berapa rega dier erk? Hehehhe, agak lama dah aku ke sana kan. Luper la beb. Nanti kalau aku dapat (n ada masa utk tambah apa2 yg penting yg mungkin boleh menjadi rujukan orang lain, akan aku buat). InsyaAllah....

Dalam kepala- dok tgh mikio kan cano la haku nak melayan down hill neehhh
Perjalanan kami bermula selepas satu sesi briefing oleh owner kedai neh. Kesemua basikal diletakkan di atas parkir bumbung kenderaaan tunggangan kami. Banyak level utk aktiviti berbasikal ni. Beginner, yg hard core lagik, yg jauh, yg berbukit2, yg lalu ikut laluan jalan (semacam tour), macam2 lagik la. Tengok kita mampu atau tidak jer la. Aku ? ahahhaha. Korang rasa2 apa yg jadik pilihan hati aku. No choice beb. Aku memang tak pernah layan bukit bukau gunung ganang. So BEGINNER la menjadi pilihan hati. Harap2 laluannya agak mudah.
Inilah ruper trak yg aku ngan suami naik
Hampir sejam lebey utk sampai di tempat bermula. Ada 4 trak kesemuanya yg membawa peserta n juga basikal. Kesemua laluan bermula di tempat sama, dan kemudiannya berpecah mengikut level kesusahan masing2. Sebelum bermula, ada sesi 'training saaaat' dtempat perkumpulan kami tu. Depa nak tengok cara kami kendalikan basikal masing2. Macammana nak lalu ikut laluan berbatu2, atau berakar2. Macammana nak handle gear,  brake. Semua tu depa tunjuk la sikit2. Tu pun kalau kita bertanya. So tak rugi kan bertanya.. kan kan....it's gud for u maaaaa.

Are u ready? Yeahhh!
Sebahagian peserta...Kami jer yg malaysia nyerrrr
Memakai padding - lutut, lengan.. gloves, helmet. Semua aspek keselamatan terjaga.

Dah to te to te tuu, kami pun gerak. Kumpulan aku, 2 orang, termasuk instructor, sorang. Jadi totalnya 3 orang la. So my team, suami aku laaaa... hahahhaha. Terpaksa laa menemani isterinya yg masih  agak terkehel2 dok kendalikan gear basikal. Memula laluan semacam denai yang bertar, laluan kecik, dan menuruni bukit. Perlu berhati2 kerana laluan ini adalah lauan antarabangsa kenderaan2 pacuan 4 roda, 2 roda. Banyak selekoh. Semacam laluan nak naik ke cameron la, cuma agak pendek2 dan selekoh yg terlamapu banyak.

Tiba di ladang kopi, lepak minum sat. Ooo yeah, nantikan cabaran yg lagik mecabar selepas ini...(sorry beb mata dah kuyu.. perlu tido, nanti sambung erk..insyaAllah)


adiosss...


Sunday, September 26, 2010

Gang beskal dah muncul semula...

"Nadia Karim wants to be friends on Facebook".. ini lah pemula hari ini. Mugkin juga, dah tersurat hari ni, memang sesi aku jejak kasih ngan member2 sekolah rendah dulu2..

Yup fb, cara perghubungan yg boleh dikatakan terbaik setakat hari ini. Dari situ, aku jumpa dgn Maslinda, Engku mardziah, Munirah, Fazira, Hairul Nizam, Azlin, Murni, Azimah, Baini, Syahida Embung, hohohoho... maybe ramai lagik pasni. Ramai la antara nama2 yg disebut tu, gang2 beskal aku. Hahhahah. Kira gang2 dulu maner ader pakai gear2 kat beskali ni.. seme manual.. Hmmm sekang dok naik balik nama - basikal fixie.. erk.ye ke..?

Yeahh monday blues dah bertukar kpd mcm2 kaler rini... Thanks Nadia.. Alhamdulillah, rindu jugak la dengan gang2 dedulu terubat sket. Katanya akan buat gathering. Nantilaa, aku tunggu ko balik dari jeddah, kita reunion kat sini reramai. Dulu zaman budak2 kan. Dok pi mai pi mai, ngan basikal. La ni, aku nak cam muker sengsorang, payah laks aku rasa. Ramai yg dah berkeluarga (hampir kesemuanya laaah) . Mungkin dah lama sangat. Hampir 20 thn (hmm 18 thn camtu laa) baru jumpa balik secara fb. Huuh. Cam jejak kasih laks..

Pssstttt... : Soklan yg kena tanya, kalau add member laama " ko kenal tak aku ni, aku dulu la yg selalu main galah panjang ngan ko time rehat, ala, yg selalu balik sekolah naik beskal sama2 tu..." hehehhehe.. kenangan best ngan gang2 lama, maner leh luper kan..