Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Tuesday, September 14, 2010

Menjelang raya

Best beraya korang2 seme? Aku? Hmm.. Nak cakap beeeeeeeeesttt nyer, tak laaa. Biasa2 sahaja. Biasalah, bila Allah hadapkan kita dgn ujian internal problem kan [jangan mengeluh pulak bila diuji, maknanya tu, Allah sayang kita.. Kita sentiasa dlm perhatiannya].

So amacam? Settle ke problem aku tu? Hmmmm... what can I said..secara keseluruhan, NOP! Tapi suku2 tu ado laa. Udah kembali kepada normal pada surface nya. Inti dalam? Dunno, tu antara dia n Allah Taa'la. Wallahua'lam.

Dua hari sebelum hari raya, aku gerak balik Beserah, kampung aku la. Suasana raya? A'haaa.. teeeeeeeeeeettt.. Tarak rasa nak beraya pun kat umah aku. Alhamdulillah jugak, dgn kepulangan aku ngan suami, ada la jugak dengar suara riuh kat dapur. Dlm masing2 dok pendam apa yg berlaku, masing2 leh laa jadi pelakon terbaeeekk. Dgn kata ringkasnya, malas betul nak amik tau, sesak rasanya bila tak der ending, n berurusan dgn org besar kepala, n kepala batu n ada angin kus kus [korang tau ke aper tu angin kus kus..hehehhe]. Kalau ikutkan hati ngan perasaan ni, mau aku beraya kat KL. Teringat janji ngan mak n abah jer, kuatkan hati n semangat.

Sesampai jer kat rumah, kakngah n famili dah bersiap2 nak balik beraya kat Pekan. Alhamdulillah sempat laa ngan depa. Abah nak solat. Mak n aim tgh bertungkus lumus kat dapur, buat roti jala. Hohohoohoh.. Best! Cicah dgn ayam masak kari.Uniknya, macam2 jenis jala ada. No hal part tu, yg pasti memang sodap.Sorang lagi anak mak ituuu, malas nak citer laa kat sini..Vely2 spoil da moood maaa...

Okeh, kita story mory kisah2 best jer laa k... Buka puasa, cam biasa, cuma nampak la mak tak der selera pun nak makan [iskk isk.. masuk gak stori sedeey]. Malam tu last solat terawikh la. Kali ni solat kat surau kg darat sekolah. Mlm tu gaks abah aku jadik bilal nyer. Mak sedara aku dari kluang pun solat situ gaks, su siti, n anak beranak. Kira plan mlm tu, mak sedara nak terus ke rumah mak aku, bawak atok aku balik rumah diaorg la.

"Ida mabuk ke?" Hohohohoho.. Aper citer neh? Sebut part2 mabuk neh? Mane de. Hahahahha. Ni kes aku dok ulang alik pi tempat wudhuk ar ni. Hehehe. Ada smtin yg menusuk hati sket mlm tu. Even maaf dipinta, statement, n nada, n suara itu tak dapat aku lupakan sampai sekarang. Tu la kan, Allah dah kasik tau kita awal2. Jika buat salah dgn DIA, mohonlah ampun, pasti Allah akan ampunkan. Kalau dgn manusia? Hmmm..Susahhh woooo.... Terlajak perahu boleh diundur, Terlajak kata???? BURUK padahnya...

Esoknya, aku menerai utk tukar duit singgit kat bank. Huuuh!! Tarak. Dari mbb, allience, pbb, ambank, cimb, bsn, seme tarak. Tu laa lambat lagi tukar. Ptg tu, aku, husband, mak, abah, adik aku readykan juadah raya & berbuka- rendang, nasi himpit, kuah kacang. Lemang ado dah, oden beli kat area melawati before balik smlm. Ptg tu abah pi amik ketupat palas yg dah ditempah, kat rumah sedara aku.Tak tau ar pasni, kalau dier dah takder nak tempah dgn saper pulak. Dah tua dah, tapi masih larat amik tempahan utk raya2, or kenduri kendara.

......malas laa pulak nak sambung.................... next, nantikanlah stori part raya laks....


Wednesday, August 25, 2010

Kisah puasa, solat, & zakat

Apa makna puasa? Menahan diri kan? Tahan diri dari? dot dot dot...Dari semua2 yg membatalkan puasa, tahan nafsu. Sah ke puasa kalau org tak solat? Hmmm... Tanya diri sendiri k. Solat tu tiang, kalau tiang goyah, semua akan tersembam jatuh, ye dok?

Time bulan Ramadhan, ramai jer pi solat kat masjid. Ngaper bulan lain tak buat mcm tu erk? Kadang2 ada yg terlampau jaga utk part terawikh, witir. Tapi solat isyak or solat2 fardhu yg lain diambil remeh gitu. Salah niiii...Satu fardhu satu tu sunat. Muhasabah balik diri kita semua.

Zakat... Sedikit selingan pasal zakat. Zakat fitrah. Yup wajib atas setiap umat islam tunaikan. Aku dah bersuami ni, jadi, suami aku yg tunaikan utk aku, n adiknya. Ada waktu2 afdhal, sunat, wajib, makruh, haram. Tu kena amik tau. Info sket, share share ilmu..

Info dipetik dari http://www.e-zakat.com.my/
Waktu:
1- wajib : Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
2- afdhal: Sebelum sembahyang Hari Raya
3- sunat: Sepanjang bulan Ramadhan
4- makruh: Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal
5- haram: Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.

Ikut pandangan ustaz semalam, dalam ceramhnya, tak elok utk tunaikan zakat di pasaraya, any pasar la.. pasar malam ke, bazar ramadhan ker.. Kalau mana yg terlepas tu, amik ni sebagai ingatan utk next year lah. It's gud utk tunaikan zakat di tempat yg bersih, rumah Allah, masjid2 surau2, tempat solat (musolla)..

Ada logik nya. So kalau thru phone? Sekang dah makin flexible, utk nak jugak suh org Islam senang n takder alasan TIDAK utk tunaikan mender fardhu.

Okies nak adios dah. Mana yg baik amik sebagai ingatan n panduan k.

Monday, August 16, 2010

Rukun & wajib, sama ke?

Selingan dari tazkirah ramadhan di surau..

Rukun & wajib. Bila sebut kedua2nya, semacam sama. Sama ke?


Apa yg dimaksudkan dengan rukun? 

Rukun = Perkara yg jika salah satu item di dalamnya tidak dibuat, bermakna, batallah keseluruhan proses tersebut. (have to do)

Contoh rukun:
Puasa ada dua rukun
1) Niat
2) Menahan diri dari makan, minum n perkara2 yg membatalkan puasa
Jika tidak dibuat salah satu semasa berpuasa, maka batallah puasa tersebut.

Apa yg dimaksudkan dengan wajib?

Wajib = Jika ditinggalkan secara sengaja mahupun tidak sengaja, maka perlu digantikannya. (Must do)

Contoh, dam semasa haji. Solat 5 waktu, jika ditinggal, perlu diqadha' (diganti), begitu juga puasa, jika ditinggal, maka mesti diganti.

Jadi dah nampak ke ,ketaksamaan antara perkara rukun dan perkara wajib?

Solat - Ada 13 rukun di dalamnya (berdiri betul (qiyam), niat, takbiratul ihram, membaca alfatihah, rukuk dgn thoma'ninah, i'ktidal dgn thoma'ninah, sujud 2 kali dgn thoma'ninah, duduk antara 2 sujud, duduk tahyat akhir, baca tahyat akhir, membaca selawat ke atas Nabi Muhammad (S.A.W), memberi salam, tertib)
 
Tahu tak kita rukun Islam?
Yg  1 - mengucap 2 kalimah syahadah
Yg ke-2 - Sembahyang lima waktu - solat adalah wajib kpd seluruh umat Islam merupakan salah satu rukun Islam.
Yg ke 3 - Mengeluarkan zakat - zakt juga wajib atas tiap umat islam
Yg ke 4 -Puasa di bulan Ramadhan - begitu juga puasa, wajib ke atas umat islam
Yg ke 5 - Menunaikan haji di Mekah bagi yg mampu

It's gud kalau dah boleh bezakan antara perkara rukun & perkara wajib.Ok lah. Syiook share share info neh. ada yg leh review , rewind balik apa yg dah belajar dolu2 ...Wokies tu jer.