Wednesday, December 28, 2011

DIA ketahui apa yg terbaik utk kita

Aku tau, setiap apa jua yg datang memang daripadaNYA. Kita boleh berusaha, tapi yg menentukannya hanya Allah. Aku sebagai makhluk yg memang lemah, kadang2 tak sekuat yang disangka. Diluar kulit durian, dlm isi timun..

Redha..cuba menerimanya dengan sepenuh hati...

'Depressed' itukah perkataan yang boleh aku lambangkannya sekarang? Mungkin, mungkin juga tidak. Bukan minta simpati, tapi mungkin memerlukan kata2 semangat utk diri ini supaya tidak terus tercari2...

Kadang2 ingin berkongsi rasa dgn orang yg mungkin 'berpengalaman' dlm hal2 yang sedemikian...Tapi mungkin tanpa disedari, dengan satu ayat sahaja telah melemahkan semangat yg ada ini. Apabila diri sendiri ingin bangkit, cuba utk kuatkan semangat yg masih bersisa. taaaapiiii... hampa..

ya Allah kuatkan semangat aku ya Allah...
Kuatkan semangat aku ya Allah......

Sunday, December 25, 2011

Pahit manis 2011

Salam...
Musim cuti sekolah dah nak berakhir. Musim kenduri kendara masih rancak berjalan. Kepada semua yang dah selamat mendirikan rumah tangga, tahniah...Wish u all berbahagia hingga ke akhir hayat, insyaAllah. Kepada yang dah menambah keluarga (dapat orang baru dalam family), tahniah jugak. Jaga mereka dengan sebaik mungkin. Kepada yang menerima musibah, tak kira kecik, besar or yg se 'gang' dengannya, tabah, redha. Kuatkan semangat. InsyaAllah, Allah sayang kat hamba-hambaNYA. Allah akan bagi yang terbaik utk hamba-hambaNYA. InsyaAllah.

Diam tak diam, dalam beberapa bulan sehingga hujung tahun ni, memang banyak kenangan manis, kenangan pahit. Yer la kan, setahun. Pejam celik pejam celik. Sibuk dengan kerja, dengan life masing2, tup tup dah sampai hujung tahun. Senang susah kehidupan, semuanya atas doa usaha tawakkal. Apa-apa pun terpulang pada yang Maha Esa.

Aku doa moga apa yang dah aku alami, aku jadikan pengalaman dalam hidup aku. Redha dengan apa yang berlaku. Senyum ubatnya, doa juga ubatnya. Sentiasa kuat semangat. Terima kasih Allah. Syukur dengan nikmat yang telah Engkau kurniakan kepada aku and suami..juga keluargaku.