Thursday, March 24, 2011

One Day Adventure Trekking

Salam.. Masuk minggu ke3 aku di Menara Maybank (uppsss hehehe ni la tempat kerja baru aku). So far? Hmm don't want to comment anything lagi. Aku kasik lagi sebulan utk aku tengok apa yg Maybank leh tawarkan aku sebagai seorang pekerja. Harap dapat sangkalkan or buangkan apa yg dah makin menerawang dalam kepala aku ni. Last week keje aku dah settle, so setakat hari ini, no more panggilan pulau utk aku join other project. So, kita citer2 lagik pasal tour aku last month, boleh? Hehehehhe.. Harap aku dapat mengingatinya dgn baik...Alkisah bermulalah...
One Day Adventure Trekking
----------------------------
Kali ni perjalanan aku menghala ke south of chiang mai. Seperti biasa, bila tour yg jauh macam ni, seawal pagi lah kami akan gerak. Selepas ambil kesemua pelancong, area jam 8 pagi kami dah gerak. Ada 3 couple yg sertai trip kali ini. Satu couple from Itali, One couple from Slovokia, n satu lagi, kami lah, from malaysia.

Tour guide kami tak berapa ramah sangat, takdak sesi berkenalan. So pepandailah kami nak introduce diri sendiri. Perjalanan ambil masa dlm 1 jam setengah. Sepanjang perjalanan aku nampak pokok longan yg memang lebat buahnya. Huuiiyooo. Mcm best jer. Seme berat2 jer aku tengok hujung julai pokok tu. Berbeza dgn bhgn utara chiang mai, kering sangat2. Di sebelah selatan chiang mai, agak hijau mata memandang. Tanaman agak menghijau, berbuah dgn lebat.


Elephant ride
---------------

Tempat teritorry gajah
1st stop kami, tempat gajah. Macam lah kat malaysia takdak gajah nak aku tunggang kan? Ahaha.. So kat sini, aktiviti kami ialah elephant ride. Wooo... Sblm ni aku tengok gajah dlm kandang dier jer, or kawasan yg berpagar jer. Kali ni.. taraaaaaaa... Aku berada di kawasan betul2 yg takdak pagar, aku dlm territory gajah. Dlm hati doa banyak2, jgn lah gajah ni ngamuk. Huhuhu. Teringat kisah2 menyayat hati dedulu- kena pijak dgn gajah lah, kena sodok dgn gading gajah laa..Huuu.. mintak simpang lah semua yg tak elok tu.

Masa utk membeli piiisaaaang!!! Utk siapa? Lama woo ride dgn gajah tuu, lebih kurang sejam la. Kot lapar ker, leh la nyuap2. Hahaha. Tak laaa.. this is for gajah laaa. Dah jalan jauh kena la ada habuan utk dier, even kita dah bayar utk bertenggek atas dier, kira dlm erti kata bermesra2 dgn gajah la. Ahaaaaks.

Dah beli, satu ikat pisang, dengan rega 20Baht. Yg hijau ada, yg kuning ada, yg dah leh buat cucu'q pun ada. Pilih saja yg berkenan dek hati.
Slumber jer tourist guide yg tarik gajah ni

Ni la 2 lagik couple yg join sekali

Yeaah tiba masanya utk menungggaaanggg GAJAHHH.. ullaaalaa... Risau aku pijak atas tengkuk gajah tu. Sebenarnya ada jeti (jeti ker? semcam pondok kecik yg tinggi yg takdak pintu laa), tempat utk start n stop. Ada semacam bangku yg ada frame tepi- tak kasik org yg naik jatuh @ tempat berpegang semasa terhuyung hayang semasa riding nanti. Lepas dah jejak betul2 atas tengkuk dier, uuuu timbul rasa kesian lak gajah ni, aku pijak tengkuk @ hampir dgn pala dier. Sooo sssooorrryyy! Risau dia pi libas belalai dier, mau aku terpelanting cam nangka penyek kat dlm semak hujung tu. Uhhh selamat, lepas aku naik, hubby naik. Semacam rilek jer hubby, heheh aku yg gubra. Dah duduk, woo ooo, tiba masa berjalan.. Ada sorang pemandu gajah- tapi berjalan kaki. Rileks jer mamat tu, kasik arahan kat gajah, chow! Gajah blkg aku disambung dgn tali jer. Besar & tinggi gajah kat tengah tuu. Kira yg aku naik ni, gajah yg bersaiz medium. Gajah yg no 3, ada pengembala dia sendiri, bersaiz kecik. Orang tu betul2 duduk atas kepala gajah tu, tak rasa ceracak ke ntah kat buntut dier. Kan ke bulu gajah tu kasar & tajaaamm.
Gajah makan jajan pisang

La la la la lala lalala... hep he hooreey. Sambil jalan, sambil makan. Terasa seram jugak la time mendaki lereng bukit, n turun bukit. Bukan seram, tapi risau, risau kot terjatuh. Kat situ takdak sit belt nya, sendiri pegang la. Ikut kekuatan sendiri. So riding camni, tak di suggest kan utk mereka yg agak berumur, n lemah tubuh badan. Or budak kecik. Budak kecik leh la, kalau mak ayah dier confident utk jaga dema 2 ni (harap yg bukan hyperactive).
Gajah benti makan sat

Gajah ni pandai. Selagi ada pisang di tangan aku / hubby, mesti dia mintak. Camana cara dier mintak? Dengan angkat belalai dier, se maximum mungkin & semburkan nafas kat kitaorg.. huhuhuhuhu.. Berseemmmbuuurrr! Sebaik sahaja habis bekalan, terus gajah ni pandai cari mknn di sekelilingnya, daun2 pokok hutan. Ada la sambil berjalan tu, gajah yg tengah (aku guess) dok berak2 kentut2. Kuat tuuuuu. ahahhahahhaaaa...

Rupanya ada lagi satu pit stop utk beli pisang. Time ni nyaris aku kena sondol ngan belalai gajah tengah tu, dek sebab pisang dah ada kat tangan aku, dan kedudukan aku ngan gajah blkg sangat2lah dekat(mcm leh gesel pipi laaa). Action yg cepat dari couple yg tgh tu, buatkan gajah tengah hilang minat kat pisang aku. Huuuu.. seb baaaaeeekkk. Berdebar beb!
Terbaik dari ladang gajah

Dah abis tu, kami disuruh utk beli gambar yg depa tangkap time dok atas gajah tu. Sib baik cantik. Melayang laa sepuluh ringgit- gambar ni sekali dengan frame. Cantik gak la.

Selepas tu, kami gerak ke next destination. Utk next destination ni, kami akan berjalan merentasi hutan (jungle walk), melawat kampung, waterfall. Laluan sebenarnya boleh dengan menaiki kenderaan, udahnya nama trip yg aku pilih kali ni, one day trekking kaaannn... layan kan ajo lah.


Visit Karen Village
-------------------

Next stop, karen village. Sama mcm nama puak yg aku pergi time melawat chiang rai dulu. Kali ni pun aku pi kampung yg dihuni oleh hilltribe karen. Cuma kali ni berbeza sket. Perkampungan depa ni, aku nampak mcm kecik sket. Berbukit. n Agak tidak selesa. Aku tak selesa dengan anjing yg terlampau jinak n babi hitam yg di ikat tuu. Adoiii. Rimas jugak la. Kalau sesapa non muslim mungkin ok2 jer gaknya. Pada aku, depa patut kurang atau elak anjing2 ni dari bekeliaran. Apa yang kreatifnya depa ni, atap rumah tu, depa amik dari daun besar tu. Ingat lagik, daun tu aku pernah jadikan as pinggan time pi kebun kat kebun mak aku dulu (Sekarang tidak lagi).

Ni la antara barang yg dihasilkan & dijual


Sediakan benang kait utk sulam tu

Puak karen kat sini, tak berleher jinjang, n tak dibelit dgn lilitan besi emas tu. Apa yang sama, skill depa ialah sulaman. Boleh dikatakan, kesemua barang pakai mereka adalah dari hasil seni tangan kaum perempuan karen.

Inilah babi hitam itu - gambar malap
Jungle trekking
-----------------

Kebun sayur

Dari kampung puak karen, kami berjalan dalam hutan, berjalan rentasi sungai, rentasi kebun soya bean, kebun sayur. So sebenarnya kami ni tengah menghayati keindahan alam semulajadi.
pokok soya bean

Lama jugaklah kami berjalan tu. Berjalan tak rilek la. Jalan laju2. Cuma tak terasa panasnya, sebab kami jalan ikut denai2 hutan.



Mae Sang waterfall
------------------

Laluan yg curam, bertangga banyak. Yup itulah laluan utk ke sini. Otw menuruni tangga tu pun terserempak dengan anjing. Adoiiii. Susah jugak erk bila asyik bertemu anjing ni. Part samak menyamak la kena ambil perhatian.

Sampai di tangga paling bawah, dah dengar deruan air. Waaauu!! Tingginya. Nampak arus agak laju. Titi utk keseberang dibuat dengan buluh. Ooohhh banyaknyer kumpulan anjing. Huuuuhhh. terus minat utk lihat waterfall terpadam. Risau jena gigit. Nak fikir pasal samak lagik.


Dah dok seberang, rasa mcm teringin la plak cecah air. hehehe.. Mesti mat saleh yg berkeadaan serba terbuka tu pelik tengok aku terus jer masuk dlm air dengan bertudungnya, dgn baju lengan panjangnya. hehehe.. Peacee... lantak laa. Serius tahap sejuk beku. Tu aku baru main2 kat tepi tuuu. Aku masuk sikit lagik, sampai leh tahap berendm. Huhuhuhu.. Seeeejuuuuukkk... terus menggigil. Sesambil tu, ada la orang lain buat lagak stunt, terjun dari tempat tinggi. Memang tinggi betul waterfall ni. Kalau dari tepi nak ke bawah terjunan air tu, memang agak sukar @ kebarangkalian utk sampai half way pun maybe tak mampu la. Arus memang laju.

Lepas dah sejuk ketar tahap naga tu, kami pun naik, tukar baju peseme n teruskan perjalanan. Trekking lagik.


Visit Hmong Village
-------------------

Tak nampak sangat org kat sini. Rumah pun banyak rumah yg baru- dibuat utk org luar yg nak tinggal di sini. Kat sini lagi nampak kampungnya lah. Rumah depa ni atas tanah, berlantaikan tanah. Ada satu port jer utk tidur, tu pun beralaskan daun jer, atas tanah. Akan ada 2 pintu utk setiap rumah. Satu utk pintu kita keluar masuk. Satu lagi utk pintu utk keluarkan mayat daripada dlm rumah. Seram la plak aku part ni. Terasa dan2 tu nak keluar dari rumah tuu..
So.. trip kami utk trekking2 ni end kat situ.

Aku nampak van yg kami naik dah sampai, from there kami pergi makan. yeahhh. Sudah lapar. Berahim punyer menu sudah kami bawak utk kami makan lunch. yeehaaa..

6 org kesemuanya


Bamboo Rafting
----------------------
Lepas perut dah kenyang, tiba masa utk kami berakit. Rakit dia panjang. Diameter buluh pun besar - besar lagi dari diameter buluh org buat lemang. Satu rakit, akan ada 3 org peserta + 1 org tukang control rakit. Org yg tukang control rakit ni berada di hadapan.

Even sungai dier tak la dalam mana, Best gak layan rakit ni. Akan ada arus laju sket, berbatu2. Sebenarnya ada part air yang dalam. Tapi aku confident la dengan tekong rakit kami tu.
Kadang2 saja jer tekong rakit ni sebut "Crocodile..crocodile!!" Saja mengusik. Memang ada pun crocodile, tapi dlm bentuk batu batan sahaja. Dema saja reka bentuk batu batu sungai yg semacam ala2 kepala buaya. Kadang2 tengok kami sunyi jer, rakit no2 dari blkg hempaskan dayung dier, kasik kami org depan basah. Si Italian blkg kami tu (kami bertiga), dok asyik sebut, "yeeahhh! No wet no fun..no wet no fun!" Samada mamat ni bosan, or memang nak havockan suasana yg sepi jer tu.
Sampai kat satu tempat tu, betul2 berbatu2 n tinggi dier, agak bahaya jugak la bagi sebuah rakit. Memula rakit depan kami pergi dulu, wooo sangkut sket jer kat batu, tapi leh gerak lagi pastu. Then our turn. Taraaaaaaaa!!! Lekat, sangkut kat batu. Rakit tu dah hampir 180 darjah dah Mau jer aku turun dari rakit tu. aisey man. Nak turun risau gak batu2 tepi tu licin, mau aku tertungging pree2 jer. So aku paut kan jer la kat tepi rakit. Yg settlekan sampai leh gerak adalah tekong rakit depan kami n tekong kami sendiri. Fuuuhhh...! pastu dah sampai daaah. Gimik betoi!
fyi, time naik rakit ni, satu aper pun barang berharga or tak berharga yg kita bawak utk this trip, tak dibenarkan utk di bawa bersama. Semuanya perlu ditinggalkan di dalam van. Jadi pada last sesi kat sini, kami diberilah gambar berframe cantik, dengan rega 100Baht=10MYR.
Wokies.. done utk episode kali ni. Kami balik awal gak la. Sempat solat zohor kat bilik. Lepas tu, kami jalan2 cari buah tangan utk di bawa pulang ke tanah air (hehehhe lain bunyiknyerrr). Neeextttt....tunggguuuuu..... aku kasik hint sket laaa...."Doi Suthep","downhill" - layaaaaaaannn...

Friday, March 18, 2011

It's SUNDAY! : Warorot market & Sunday Market

Weeehuuu..Bertemu lagik. Ngantuk sekang ni. Kijer ada, tapi masalah betoi network kat sini. Tak ley access server la..kena pakai certain ID lah. Aiyoooyoooo. Dah la no internet connection. Sudah beberapa page oracle aku belek, mencari solution yg boleh aku buat. Dah buat debugging program PROC to track apo yg bermasalah besar sgt tu. Huhu.. Ngantuk gilos. So nak tak nak, ev to do something yg boleh buat akal aku berfikir. Yeahh meneruskan siri trip aku yg lepas.

Ronda2 & sewa basikal
-------------------
Ullalaaa.. pagi ahad tu, kami decide utk rest pi tempat jejauh. Not means that kami dedua dok rilek2 dlm bilik jer. Hehe. Rugi rugi beb. Dah cuti, berjalan laaa, even berjalan in town. Susah woo nak dpt cuti lama cenggini.

Kami plan on monday, nak buat One day tracking. Kira aktiviti outdoor la. Jadi, hubby aku make a call kat Sassy-Sabai Tour Agent (ni memang recommended agent tour if korang pi chiang mai). SO dier dah ckp kat mana ofis dier, kami decide pi sana naik tut tut. Semacam moto 3 roda la. Kami pi sana sebab nak bayar n disscuss sket tentang lain2 aktiviti.

Location Sabai tour berdekatan dengan wat yg famous kat chiang mai ni- Wat Phra Singh. So tak susah nak cari, n golongan drebar tut tut atau pun red car tu, memang leh jumpa punyer la.
Ni la Sassy - baju hijau. (Uh aku sudah tombam)
Settle dgn Sassy (kasik discount laaagik tuuu). Alhamdulillah..Tanya Sassy, port maner baik utk kami rent mountain bike? Kebetulan la plak, dier memang ada sorang kenalan yg keje dgn mountainbiking chiang mai. Ahaaa. Dah baek nih. Terus dibawa kami tempat rental mountain bike tu. Cuuun! Basikal kali ni,betul2 depa jaga dgn baik. Sebab bisnes dema2 ni memang expert part aktiviti outdoor yg melibatkan cycle n mountain- uphill, down hill (teruja laa suami aku neeh :)..kita tengok nanti, maybe ada satu lagk xtra outdoor activity yg libatkan cycling).

Antara mountain bike yg ber 'brand' mahal
Taraa, dengan basikal masing2
Location mountain biking chiang mai, tak jauh dari ofis sabai tour. Menapak jer la, less than 5 minit sudah sampai. Thnks to Sassy. Then pastu kami rembat @ sewa la satu mountain bike, n satu lagik normal bike.hehe. Aku amik yg biasa2 jer udah ler, asal brek berfungsi, n kayuh ok, so ok jer la. Mountain bike-rm25, Normal basikal- rm15. Without deposit.

From there, aku dengan map kertas aku, hubby dgn gps garmin nyer. hehehehhe... Terus gerak keluar dari old city tu, menuju ke warorot market...Jeng jeng jeng....sesi lontar duit bermula..uhuuuuk..

Warorot market
--------------
Hari jumaat aritu, kami dah dapat jejak di mana warorot market. Org local tak panggil warorot, ada satu nama lain- kad luang tapi nak kenal pasti tempatnya, lebih senang sebut flower market. Sure org tau kat mana dier. Warorot market adalah sebuah market yg combine kan pasar basah - ikan, rempah ratus, n bahan2 dapur n makan yang lain, n pasar kering- baju2 kasut, beg, hiasan rumah n pelbagai lagi.
Fruit Market
Target aku adalah nak cari souvenir utk famili n famili mertua lor. n also diri sendirik n hubby aku. hahhahaha. Ronda punyer ronda...upss sblm tu, dek sebab risau basikal ilang, maka kami ni pi laa parkinig kat tempat berbayor, tak mahal la, lima puluh sen utk park 2 basikal. hehehe. Takper asal selamat. Reta org tu.
Bhgn dalam warorot market - wet market
ok..sambung balik.. sambung balik..Ronda punyer ronda, mata aku dah tertarik kat satu kedai auntie ni (maybe sebab curtain yg dier jual..heheheh). Discount? huuuh.. Tarakkkk. Tapi rega kat situ, lau compare dgn night bazaar market, lebey murah lah. cth, baju budak leh dpt dlm belas2 kat situ, tapi kat night bazaar, puluh2 laaa. Even design n material yg sama. Wat to say haaa? This is for local people. Aku ngan hubby jer yg memperosokkan diri gak masuk kat sini. Bila mintak discount.. auntie tu jawab.. "No charge..no charge" ..Dlm hati aku, lau no charge, aku amik mender ni free lorrr horrr? Hehehe. Banyak lak tu aku beli kat kedai dier. Sabau yoo la. Beli kat anak2 sedara aku yg dah cecah 3 org tu...Hehe, terbayang cano depa bertiga pakai. Yess.. kurasakan cooomeeeelllll giteewww (Imiginasi diri sendiri).
Ni la check point aku & suami membeli belah
Dah abis tang situ, kami turun ke bawah, nampak dari atas, hohoho banyak nyer lagi tempat nak tengok. Sempat kaaahh?  Nak cari rega yg terbaik @ murah semacam tak sempat, sebab mlm kang ada agenda lain lagik :) . (Teruknya aku kaaan... kalaulah pertanyaan sempatkah tu aku buat dlm amalan nak nambah pahal best gak dengar..isk isk isk...). Zohor dah masuk, mmm kami berpakat balik ke hotel, solat dulu. Mmmmm agak konpius plak aku part qasar n jamak ni. Sebab kami dok chiang mai dlm 6 mlm, 7 hari. Tolak hari pergi & hari  balik tinggal 5 hari. So semacam tak boleh buat qasar jamak. Tapi within 5 hari tu, kami tak dok menetap. Hari ke-3 dah pi tour sejauh 4 hours pergi, 4 hours balik, Ari esok pun sama, lebey kurang 1 hours plus (2jam stgh  rasanya), The next day sama jugak, perjalanan pergi, cano tuu? Kira istihar bermastautin ke idak? Ke still boleh gohead buat rukhsah tu? Still boleh laa kan? Dek sebab aku yg konpius part tu, aku tunaikan solat utk hari tu, secara solat normal.
Sodaaaaaaaaaaaap!
Sblm gerak balik, aku beli buah strawberi dulu. heheh. Langkah kanan, kali ni kami pergi musim buahnya adalah strawberry. Di akhir2 musim sejuk kat sana. Bessst!! Ada yang manis n besaaar.

Sunday Market
-------------
Akibat dek pala berpikir2, rukhsah solat dibuat biler kita tak jumpa masjid, tak jumpa tempat solat yg elok, n tujuan pekerjaan yg kita kerjakan tu fisabilillah laa. HOhohoho..sat gi aku nak pi jengjalan ala2 shopping laa..upppsss... Dan2 tu, kami tunggu solat maghrib dulu kat hotel. hehehhehe...Apa2 pun solat tetap no one laah.

Lepas solat, makan, mmm mendobi sat (heheheh, suker pulak aku mendobi kat sini. Terus kering baju tu, tu yg den suko. Semacam kena cari pengering baju kat rumah neh. Teeettt). Amik masa kemas2 barang, check souvenier utk sapa lagi belom beli. Hohoho.. Beli barang utk suku sakat lagi banyak daripada diri sendiri. Ahaaha..Ni la namanya sekali sekala kan. Mana yg termampu, aku belikan.

Waktu Maghrib dah masuk. Slps solat, kami teruskan perjalanan - meronda Sunday Market :) .Sebenarnya, time kami lalu ptg tadi, depa dah start nak setup2 gerai masing2. Tapi ada panggilan yang wajib kami tunaikan, jadinya kami buat tunaikan dululah. Lepas setup lampu basikal (hubby aku dah persiapkan barang2 ni), kami gerak ke sunday market. Sedikit info mengenainya:

Location: 
Area Tha Pae gate. Di dataran Tha Pae gate, sehingga ke wat (dekat simpang tiga- lalu depan sabai tour).

Waktu dibuka:
Hanya dibuka pada petang hari ahad shj, start jam 4pm - 11pm.

Apa yang menarik di sini? :
  • Local things- handicraft
  • Makanan yg pelik2 - grasshoper goreng, lipas goreng, cacing goreng n etc..(iiyyyaakkkeee, geli weehhh),
  • Hasil seni tempatan - lukisan,
  • Thai massage yg murah,
  • Persembahan dari kanak2 (cute bebudak ni, tapi kesian kecik2 dah kena sara diri,
  • Persembahan org buta- ada yg kreatif gunakan peralatan utk nyanyian, or sesiapa sahaja yg memerlukan duit utk menyara hidup. 
  • Polis pun ada buat persembahan.
Harga barang:
Weehuuu! Jauh bezanya dari night bazaar. Kalau korang ada list barang or takdak, mesti beli punyer, at least satu barang. Barangan craft yg memang kretif from local banyak boleh didapati di sini.

Ok. Let's pic story u all ok :) ...


kami park basikal tepi kedai, tepi jalan utama
Dekat dataran tha pae gate
Persembahan dari org buta



Jualan crystal
Kreatippppp!
Lampu kat suis ni pun cantik
sarung bantal yg comeeey (bukan gambar blkg tu tau!!)
Yg famous - cover cushion.
Yg ni aku suker. Nak mintak mak cuba buat utk wed adik aku
mknn yg iiiyeeeeeeeeeeee... geli geleman. Captured by mr hubby lor
lagi gambar makanan yg menjadi tarikan kat sana ...adoiiiyaaiii
Lukisan2 yg dihamparkan di jalanan
Dah penat berjalan..apa lagik, pekena thai massage laaa.
Wokiess... beres utk entri kali ni. Next story... ONE DAY ADVENTURE TREKKING [elephant riding, jungle tracking, karen village, mae wang waterfall & hmong village visit]








Monday, March 14, 2011

One day trip: Chiang Rai

Chiang Rai: Hot Spring, White temple, Golden Triangle, Laos, Burma border, Long Neck Village
-------------------------------------------------------------------

Aku kat tempat kije baru neeh. Dek sebab keje aku dah settled last week. n Tak dak la plak internet tempat aku hari ni.. apa lai, dah ngantuk menyetadikan diri, mengarang laa aku..Amacam tempat keje baru? .hihihi.. ok2 sajo.. Ok lah, ni sedikit sambungan citer aku di chiang mai aritu.


Seawal pagi, kami bangun take breakfast, n tunggu di lobby hotel. Since tour guide kami belum muncul, amik peluang utk surfing sekejap. Kami pun dah tak tengok paper hari2, jadi itulah caranya utk tau keadaan n berita di malaysia. Yeaahhh..semuanya berada dihujung jari :D..

Dlm 10 minutes kemudian, 'Star' nama diberi pun muncul. Then, kami pergi amik 1 couple lain from Australia di Holiday Inn hotel. Rupanya dari situ, kami di bawa ke van yang lain. Maybe kami adalah antara tourist yg tinggal di center of chiang mai. Aku tengok isi van hampir penuh, cuma yang tinggal sit hadapan sekali, n sit belakang sekali. Heheheh, of course laa sit depan jadik pilihan aku n suami, nampak jalan, dekat dgn tourist guide. Dengar ngan jelas if ada aper2 explaination sepanjang perjalanan.

Di situlah aku n suami berkenalan dengan grandma angkat- LINDA. Panggiil linda jer la. hahha.. kalau kita kat mesia, lau panggil org lebey tua dari kita ngan nama, mau kena flying kick kan.. Ada yg dari mesia gaks, Gerek & Sam, Dari philiphine sorang, dari south korea 2 org, dari hongkong sorang. Dari Australia 2 org.

Luper nak perkenalkan tourist guide kami, Mr Oot [Pronounce it as 'ut', mcm mknn bijirin oat tuu]. Whateverlaa ejaannnya. & drebar kami yg ganas (tak ingat nama, mr gaw kot)-  F1 drebar bebbbb!!!
Mr Oot, our tourist guide
Perjalanan kami utk ke highway, dah amik masa hampir setgh jam. Then from there kami gerak to Hot Spring, Chiang Rai. Chiang Rai terletak di utara chiang mai. Perjalanan ke sana amik masa 3 hours jugak la.

Hot Spring
----------
Perjalanan dari tempat tadi amik masa 1 hour. Nasibla perut kami dah diisi. Pasal mknn, insyaAllah tak menjadi satu kerisauan bagi kami suami isteri, sebab bekalan from malaysia masih berbaki banyak lagi, since kami dah jumper PORT BAEK punyer - tepi hotel, muslim area, so bekalan mknnn from mesia di bawa time tour mcm ni laa.

Taraaaa... dah sampai kat hot spring
Di hot spring, ada pancutan air panas [nama pun hot spring kann], memang betul2 pancutan original dari bawah tanah [Dunno samaada di bawah tu ada unsur2 volcano ke idak..huhuuhu]. Tiada mesin yg buatkan air tu memancut tinggi ke atas. Huuh..Subhanallah. KuasaNYA kan...

Mari merebus telur puyuh
 Di tepi hot spring tu, ada satu kolam kecik, panas jugak. Local people make money sket la kat situ, dengan jual telur puyuh n telur ayam- utk di rebus dlm air. Satu bakul kecik tuet tu, rm2. Mahai gak laaa- dgn kuantiti yg sedikit itu..(Mahai2 pun aku amik gak, dek sebab teringat kang sesak2 kang aku leh tibai telur puyuh tu..heheheh). Just rendamkannnya selama 2 minutes. Kompem masak. Jgn cuba nak rendam tgn or kaki plak. Melecur laaa. Ada yg terpaksa lepak spital laks..

Satu lagi kalau korang kepingin nak jugak main2 air panas tu..hahhahah.. nak tau? TOILET--> Happy room laaa. memang sumbernya air panas jugak, tapi tak laa menggelegak, selamat digunakan mcm korang pakai hot water dlm bilik air korang tu laa..suam suam laa.. betoi niii...[teeeett... tested already maaa..uhukss].

Sblm masuk next topic, heheh.. inilah linda :)
White Temple
-------------
Dari hot spring ke white temple. Utk ke white temple, amik masa sejam. Apa yg menariknya kat sini? 
Senibinanya.

Thru web, nampak seni2nya. Heheh. masjid pun ada kaaannnnnnn senibinanya- dari segi art nyer. Kat sini setgh jam jugak laa dok tengok seni bina temple ni. Memang semuanya white. n memang berseni la architectnya.

Cantik ni, kalau si architect ni buat masjid ni. Bagi aku takder pe sgt la. Apa yg aku tengok lainnnya adalah dari segi seni pembuatnya laah & unsur2 syurga n neraka -translated dlm budha nyer fahaman. Itu jer la yg leh aku komen. Dlm temple tu, memang tak ley amik gambo. Menurut mr Oat, budha dlm temple tu, dah 8 bulan dah takdak. Tapi dek sebab sayang sangat, depa wat kan cam wax (mcm muzium yg banyak artist yg seakan org betul tu- lau tak silap universal studio). Jadi memang nampak la kat situ seakan2 real la org yg depa sayang tu masih hidup di muka bumi ini. Sebelah white temple tu, ada gold temple (aku tak tau aper depa panggil this temple, tapi yg pasti memang semuanya dlm gold colour).


Golden Triangle
----------------
Di jeti: Sebelum naik bot
Dari White temple, ke golden triangle, amik masa dlm 1 jam jugak. So laluan kami adalah melalui bandar chiang rai. Chiang Rai adalah bandar lama [Chiang mai adalah  bandar baru]. Aku tengok pekan chiang rai memang agak jauh sket bezanya dari chiang mai. Memang ada airportnya yg tersendiri. Nampak seperti kawasan kampung ada gak. Tak membangun seperti chiang mai.

Berbalik kpd Golden triangle. Di sini pada dahulu kalanya adalah tempat yg terkenal dgn perdagangan dadah antara 3 negara- thailand, burma, & laos. Dipisahkan oleh sungai mekong. Antara sungai terpanjang di asia. Di tgh2 sungai ni, not too tengah laa, tapi sungai tu muncul kalau air surut/ musim panas. Satu tempat yang mana di kenali sebagai no man land. Even dadah adalah illegal, di sinilah tempat mereka buat urusan bisnes haram neh. Macam2 ado.. Bak kata, sapa buat urusan kat sini tak kena tangkap la.. sebab kat no man land tu, takdak siapa punyer tanah sekangkang kera tu- kecik jer. nak bina pondok boleh lah, rumah idok lerrr...

Bot yang kami naik
thailand border



Apa yg terkenal kat sini? KASINO... hohoho..antaranya laa. Ada lagik, import export kayu, binatang, n ada lagik laa mender2 lain.

Symbol anda berada di thailand, adalah patung budha emas yg besar tu. Sebelah burma, ada kasino besar jugak; owner nya org thai jugak. Why tak bina kat thai jer? Sebab depa patuh pada ajaran budha la, ,kunuun laa, tapi leh plak bina kat negara org lain.. Tu mengikut kata tourist guide kami la. Hohoho.. depa ni main2 betoi. Sebelah laos pun ada kasino besar jugak (ghupernyer dah ala2 kubah masjid dah aku tengok). Yg ni pemiliknya org cina. Actually cina pun dah tak jauh dari golden triangle ni. Ada 2 kasino besar. Sunyi jer tengok dari luar. TAPI tidak di dalam, mcm bursa saham laaa busy nya.

LAOS
----------
Jejak kaki di bumi laos
Kat sini, kami naik bot tadi, menyusuri sungai mekong tu, then terus ke laos (border jer tau). Disambut oleh kanak2 yg memang keadaannya kita dapat agak mereka memang susah @ miskin. Apa yg aku dapat gambarkan, dgn pakaian kotor, takdak baju, meminta2 smtin dari tourist yang datang. Setengah org mesti rasa semacam bila tengok kanak2 ni. Sian gak aku tengok. Tapi tu laa.. Dalam pala aku, dema ni kompem tak sekolah la. Hari2 bergantung kepada sedekah daripada tourist. Mak ayah depa, ntah laa ke mana. Kat laos border, kami spent lebey kurang 30minit.



Kat sinilah, depa rendam cobra, kala jengking, tenggiling, belangkas dalam arak. Iiiiyeee...busukkk!!! Kat sini juga depa buat market kecik sket. Ada barang2 immitation, rokok murah ada dijual disini.

Lepas tu, kami kembali ke jeti. & teruskan perjalanan kami utk lunchy... :D .. Buffet.. heheh. OK dah tu, kami amik mknn yg kami rasa yakin utk di makan, salad segar, buah, plain rice. Kami ada bawak serunding daging, n telur puyuh yg kami rebus kat hot spring tadik. Alhamdulillah, semuanya dah cukup. Kat situ jugak kami cari port solat. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan.

BURMA BORDER
-------------
Menara kala jengking


Dari puncak

Lepas makan2, kami gerak ke burma border. Seingat aku, tourist guide kami bawak pi kat bridge burma tu. Boleh berada dekat bridge kat situ, tapi cannot pass over the bridge la, coz negara lain kan. Upsss... tourist guide kami bawak kami tak bawak kat situ, tapibawak kami ke atas bukit. Tinggi gak bukit tu- very sticky gak la. Huuuh van commuter ni, mantaaaaap!!!. Kat situ ada menara kala jengking & of course laa got temple. Kitaorg terus ke menara kala jengking. kat situ kami nampak kawasan di negara burma dengan lebey jelas, hanya dipisahkan oleh sebatang sungai yg kecik. Menurut Mr Oat, org burma ni susah. Susah sangat, memang ramai yg datang ke thailand utk ubah kehidupan yg miskin tu.

LONG NECK VILLAGE
------------------
From there, kami gerak ke long neck village - Karen Village. Weeehuuuu!!! badan sudah penat rasanya. Last port.. last port. Karen village. Mak ait! Offroad maaa. Along da road, rumah yg dibina semacam rumah kampung di mesia. Pada hemat aku, jalan ni dema tgh perbaiki, sebab laluan biasa utk tourist pergi ke long neck village. & kemungkinan pada masa akan datang, laluan ni akan menjadi lebey sibuk.
Antara tanaman yg kami lalu
Lupa plak aku nak citer. Along da road ke chiang rai, memang lah kawasannya agak kering. Time aku pergi ni, di chiang rai adalah musim kering- dry season. So time ni, sawah depa kering. Tapi cano2 kering pun, otak mereka ni memang bergeliga, ada lagi tanaman yg sesuai di tanam time2 camni- contohnya garlic, jagung, & TOBACO..hehehe..Opium dah tak ley tanam, tanam yg mild sket laa utk produce rokok... adooiiyaaii.. Padi huma @ padi bukit memang terkenal kat sini. Yg depa sebut sticky2 rice tu.. pulut laaa.. yg kita panggil beras siam tu. Semuanya memang ada di sini (aku makan kat kedai makcik sophia tu pun rasanya beras wangi ar tuuu).
Demi sesuap nasi: Antara barang jualan
Taraaa.. dah sampai dah kat karen village. Pemandangan cam pemandangan kat kampung mak ngan ayah aku 25 thn yg lepas.. huhuuhuuh..Mcm mengimbau kenangan yg lepas la plopp.. ahakss.. So aper aku nampak kat sini..?
Gagah nenek bllkg aku tuuuu!
Yup namanya pun long neck kan... So kat sinilah, aku jumper si leher jinjang bersama balutan besi emas di leher, n also di kakinya. Panjaaaaaaanggg!. Aku rasa lau depa tanggal besi kat leher tu, mau terkulai leher, pluuuuppp, kompem mati kot. Huuh Ngeri- imiginasi ntah aper2 aku jer ni. Once depa pakai, memang depa tak tanggal dah. Tidur pun pakai, mandi pun pakai,pergi happy room pun pakai, Dok rilek2 pun pakai. Lilitan besi tu, dari tahun ke tahun akan di tambah. Depa pakai awal jugakla, semenjak dari umur 5 thn sehinggalah meninggal dunia. Naper pakai? Ni dari kes dedulu laa ni. Depa dulu susah. n idup dlm utan. Risau kot kena baham dek rimau, so depa protect tempat yg bakal mengundang maut la, kat leher, n kat kaki. Protect tempat yg selalu rimau nak gigit laa.

sampai ke tua depa pakai
Sekecik ni sudah di lilit besi gold tu
Comey budak ni dok make up
Org karen ni, berusaha utk ubah kehidupan diri n famili dengan buat bisnes sulam menyulam. Cantik. Cam hiasan kain yg korang selalu gantung kat dinding tu, ada jual kat sini, memang original made dari sini. Macam2 jenis ada. Itu memang skill yg depa mampu milik. Sebagai perempuan n dah ada anak, pekerjaan itu la yg depa mampu buat. Yg lelaki? Hmmmm... dunnno, aku luper nak tanya plak depa buat apa. maybe cucuk tanam kot. Tak perasan plak aku org lelaki puak karen ni pakai ke idak. Sebab kesemua yg aku jumpa kat sini, adalah perempuan. No man??? Hmmmm tak mungkin sebab ada anak kecik time aku buat lawatan muhibbah tuuu.

Hari dah beransur ke malam dah. Masa utk kami balik ke chiang mai semula. Masa utk sampai lebey kurang 4 jam.. Hohohoho.. Penatnyer. Tapi mata takley tido. Nenek angkat sebelah aku ni pun aku tengok dah leleh. Tak seagresif macam perjalanan pergi tadik. Tido dgn nyenyaknyer.Hehehe.. lawak gak aku tengok Linda ni, dier memang bertenaga n larat utk ke sana ke sini. Memang tabiiik aarrr, leh naik menara kala jengking yg curam n tinggiii tuuuuuuuuu!! Dek sebab F1 n baik punyer cilok pemandu kami, dier tak tahan, terus pakai sit belt - van beb- baguih222. Mcm2 aksi laa aku tengok ekspresi muker dier, risau tengok drebar kami bawak van tu. Tapi time otw balik tu, lentok selentok2 nya.. maybe takdak aper yg boleh dilihat time malam kan, laluan plak laluan yg takdak lampu jalan , n memang penat laa.. Aku yg umur 3 series ni dah rasa longlai sket, dier lagik la kan. Travel sorang lakss tu. Bombastic  betooiii!!
destinasi otw balik ke chiang mai

Penat..
Otw tu, van ni berhenti sekejap kat satu kedai, utk isi perut kami yg dah start nyanyi lagu dondang sayang tu. Kedai ni aku tengok semacam kedai yg biasa turist datang, utk beli local food. Nenek angkat tu, heheheh... layan nasi goreng maaaa... Tak tahan lapo la tu. Org tua beb, ev to makan on time. Sian gak dier. Banyak kali offer kat kami meal dier tu, hehehe... cannot maa. Sapa yg betul2 Islam, akan tau apa makna sebenar HALAL itu :) .. Aku n suami layan roti ngan serunding yg kami bawak tu. Pas tu, van gerak balik. Tiba kat hotel around jam 9-9.30 malam. Kami terus ke sophia restaurant. Udah tutuppp. Sib Fatimah restaurant bukak lagik. Apo lai... tala nasik laaa. Lapo2..Mlm tu kompem tido tak sodar diri laahh.. wokies... next..."Ronda2 town dengan basikal lagik- go to Warorot market, Sunday Market" Adiosss...