Thursday, March 24, 2011

One Day Adventure Trekking

Salam.. Masuk minggu ke3 aku di Menara Maybank (uppsss hehehe ni la tempat kerja baru aku). So far? Hmm don't want to comment anything lagi. Aku kasik lagi sebulan utk aku tengok apa yg Maybank leh tawarkan aku sebagai seorang pekerja. Harap dapat sangkalkan or buangkan apa yg dah makin menerawang dalam kepala aku ni. Last week keje aku dah settle, so setakat hari ini, no more panggilan pulau utk aku join other project. So, kita citer2 lagik pasal tour aku last month, boleh? Hehehehhe.. Harap aku dapat mengingatinya dgn baik...Alkisah bermulalah...
One Day Adventure Trekking
----------------------------
Kali ni perjalanan aku menghala ke south of chiang mai. Seperti biasa, bila tour yg jauh macam ni, seawal pagi lah kami akan gerak. Selepas ambil kesemua pelancong, area jam 8 pagi kami dah gerak. Ada 3 couple yg sertai trip kali ini. Satu couple from Itali, One couple from Slovokia, n satu lagi, kami lah, from malaysia.

Tour guide kami tak berapa ramah sangat, takdak sesi berkenalan. So pepandailah kami nak introduce diri sendiri. Perjalanan ambil masa dlm 1 jam setengah. Sepanjang perjalanan aku nampak pokok longan yg memang lebat buahnya. Huuiiyooo. Mcm best jer. Seme berat2 jer aku tengok hujung julai pokok tu. Berbeza dgn bhgn utara chiang mai, kering sangat2. Di sebelah selatan chiang mai, agak hijau mata memandang. Tanaman agak menghijau, berbuah dgn lebat.


Elephant ride
---------------

Tempat teritorry gajah
1st stop kami, tempat gajah. Macam lah kat malaysia takdak gajah nak aku tunggang kan? Ahaha.. So kat sini, aktiviti kami ialah elephant ride. Wooo... Sblm ni aku tengok gajah dlm kandang dier jer, or kawasan yg berpagar jer. Kali ni.. taraaaaaaa... Aku berada di kawasan betul2 yg takdak pagar, aku dlm territory gajah. Dlm hati doa banyak2, jgn lah gajah ni ngamuk. Huhuhu. Teringat kisah2 menyayat hati dedulu- kena pijak dgn gajah lah, kena sodok dgn gading gajah laa..Huuu.. mintak simpang lah semua yg tak elok tu.

Masa utk membeli piiisaaaang!!! Utk siapa? Lama woo ride dgn gajah tuu, lebih kurang sejam la. Kot lapar ker, leh la nyuap2. Hahaha. Tak laaa.. this is for gajah laaa. Dah jalan jauh kena la ada habuan utk dier, even kita dah bayar utk bertenggek atas dier, kira dlm erti kata bermesra2 dgn gajah la. Ahaaaaks.

Dah beli, satu ikat pisang, dengan rega 20Baht. Yg hijau ada, yg kuning ada, yg dah leh buat cucu'q pun ada. Pilih saja yg berkenan dek hati.
Slumber jer tourist guide yg tarik gajah ni

Ni la 2 lagik couple yg join sekali

Yeaah tiba masanya utk menungggaaanggg GAJAHHH.. ullaaalaa... Risau aku pijak atas tengkuk gajah tu. Sebenarnya ada jeti (jeti ker? semcam pondok kecik yg tinggi yg takdak pintu laa), tempat utk start n stop. Ada semacam bangku yg ada frame tepi- tak kasik org yg naik jatuh @ tempat berpegang semasa terhuyung hayang semasa riding nanti. Lepas dah jejak betul2 atas tengkuk dier, uuuu timbul rasa kesian lak gajah ni, aku pijak tengkuk @ hampir dgn pala dier. Sooo sssooorrryyy! Risau dia pi libas belalai dier, mau aku terpelanting cam nangka penyek kat dlm semak hujung tu. Uhhh selamat, lepas aku naik, hubby naik. Semacam rilek jer hubby, heheh aku yg gubra. Dah duduk, woo ooo, tiba masa berjalan.. Ada sorang pemandu gajah- tapi berjalan kaki. Rileks jer mamat tu, kasik arahan kat gajah, chow! Gajah blkg aku disambung dgn tali jer. Besar & tinggi gajah kat tengah tuu. Kira yg aku naik ni, gajah yg bersaiz medium. Gajah yg no 3, ada pengembala dia sendiri, bersaiz kecik. Orang tu betul2 duduk atas kepala gajah tu, tak rasa ceracak ke ntah kat buntut dier. Kan ke bulu gajah tu kasar & tajaaamm.
Gajah makan jajan pisang

La la la la lala lalala... hep he hooreey. Sambil jalan, sambil makan. Terasa seram jugak la time mendaki lereng bukit, n turun bukit. Bukan seram, tapi risau, risau kot terjatuh. Kat situ takdak sit belt nya, sendiri pegang la. Ikut kekuatan sendiri. So riding camni, tak di suggest kan utk mereka yg agak berumur, n lemah tubuh badan. Or budak kecik. Budak kecik leh la, kalau mak ayah dier confident utk jaga dema 2 ni (harap yg bukan hyperactive).
Gajah benti makan sat

Gajah ni pandai. Selagi ada pisang di tangan aku / hubby, mesti dia mintak. Camana cara dier mintak? Dengan angkat belalai dier, se maximum mungkin & semburkan nafas kat kitaorg.. huhuhuhuhu.. Berseemmmbuuurrr! Sebaik sahaja habis bekalan, terus gajah ni pandai cari mknn di sekelilingnya, daun2 pokok hutan. Ada la sambil berjalan tu, gajah yg tengah (aku guess) dok berak2 kentut2. Kuat tuuuuu. ahahhahahhaaaa...

Rupanya ada lagi satu pit stop utk beli pisang. Time ni nyaris aku kena sondol ngan belalai gajah tengah tu, dek sebab pisang dah ada kat tangan aku, dan kedudukan aku ngan gajah blkg sangat2lah dekat(mcm leh gesel pipi laaa). Action yg cepat dari couple yg tgh tu, buatkan gajah tengah hilang minat kat pisang aku. Huuuu.. seb baaaaeeekkk. Berdebar beb!
Terbaik dari ladang gajah

Dah abis tu, kami disuruh utk beli gambar yg depa tangkap time dok atas gajah tu. Sib baik cantik. Melayang laa sepuluh ringgit- gambar ni sekali dengan frame. Cantik gak la.

Selepas tu, kami gerak ke next destination. Utk next destination ni, kami akan berjalan merentasi hutan (jungle walk), melawat kampung, waterfall. Laluan sebenarnya boleh dengan menaiki kenderaan, udahnya nama trip yg aku pilih kali ni, one day trekking kaaannn... layan kan ajo lah.


Visit Karen Village
-------------------

Next stop, karen village. Sama mcm nama puak yg aku pergi time melawat chiang rai dulu. Kali ni pun aku pi kampung yg dihuni oleh hilltribe karen. Cuma kali ni berbeza sket. Perkampungan depa ni, aku nampak mcm kecik sket. Berbukit. n Agak tidak selesa. Aku tak selesa dengan anjing yg terlampau jinak n babi hitam yg di ikat tuu. Adoiii. Rimas jugak la. Kalau sesapa non muslim mungkin ok2 jer gaknya. Pada aku, depa patut kurang atau elak anjing2 ni dari bekeliaran. Apa yang kreatifnya depa ni, atap rumah tu, depa amik dari daun besar tu. Ingat lagik, daun tu aku pernah jadikan as pinggan time pi kebun kat kebun mak aku dulu (Sekarang tidak lagi).

Ni la antara barang yg dihasilkan & dijual


Sediakan benang kait utk sulam tu

Puak karen kat sini, tak berleher jinjang, n tak dibelit dgn lilitan besi emas tu. Apa yang sama, skill depa ialah sulaman. Boleh dikatakan, kesemua barang pakai mereka adalah dari hasil seni tangan kaum perempuan karen.

Inilah babi hitam itu - gambar malap
Jungle trekking
-----------------

Kebun sayur

Dari kampung puak karen, kami berjalan dalam hutan, berjalan rentasi sungai, rentasi kebun soya bean, kebun sayur. So sebenarnya kami ni tengah menghayati keindahan alam semulajadi.
pokok soya bean

Lama jugaklah kami berjalan tu. Berjalan tak rilek la. Jalan laju2. Cuma tak terasa panasnya, sebab kami jalan ikut denai2 hutan.



Mae Sang waterfall
------------------

Laluan yg curam, bertangga banyak. Yup itulah laluan utk ke sini. Otw menuruni tangga tu pun terserempak dengan anjing. Adoiiii. Susah jugak erk bila asyik bertemu anjing ni. Part samak menyamak la kena ambil perhatian.

Sampai di tangga paling bawah, dah dengar deruan air. Waaauu!! Tingginya. Nampak arus agak laju. Titi utk keseberang dibuat dengan buluh. Ooohhh banyaknyer kumpulan anjing. Huuuuhhh. terus minat utk lihat waterfall terpadam. Risau jena gigit. Nak fikir pasal samak lagik.


Dah dok seberang, rasa mcm teringin la plak cecah air. hehehe.. Mesti mat saleh yg berkeadaan serba terbuka tu pelik tengok aku terus jer masuk dlm air dengan bertudungnya, dgn baju lengan panjangnya. hehehe.. Peacee... lantak laa. Serius tahap sejuk beku. Tu aku baru main2 kat tepi tuuu. Aku masuk sikit lagik, sampai leh tahap berendm. Huhuhuhu.. Seeeejuuuuukkk... terus menggigil. Sesambil tu, ada la orang lain buat lagak stunt, terjun dari tempat tinggi. Memang tinggi betul waterfall ni. Kalau dari tepi nak ke bawah terjunan air tu, memang agak sukar @ kebarangkalian utk sampai half way pun maybe tak mampu la. Arus memang laju.

Lepas dah sejuk ketar tahap naga tu, kami pun naik, tukar baju peseme n teruskan perjalanan. Trekking lagik.


Visit Hmong Village
-------------------

Tak nampak sangat org kat sini. Rumah pun banyak rumah yg baru- dibuat utk org luar yg nak tinggal di sini. Kat sini lagi nampak kampungnya lah. Rumah depa ni atas tanah, berlantaikan tanah. Ada satu port jer utk tidur, tu pun beralaskan daun jer, atas tanah. Akan ada 2 pintu utk setiap rumah. Satu utk pintu kita keluar masuk. Satu lagi utk pintu utk keluarkan mayat daripada dlm rumah. Seram la plak aku part ni. Terasa dan2 tu nak keluar dari rumah tuu..
So.. trip kami utk trekking2 ni end kat situ.

Aku nampak van yg kami naik dah sampai, from there kami pergi makan. yeahhh. Sudah lapar. Berahim punyer menu sudah kami bawak utk kami makan lunch. yeehaaa..

6 org kesemuanya


Bamboo Rafting
----------------------
Lepas perut dah kenyang, tiba masa utk kami berakit. Rakit dia panjang. Diameter buluh pun besar - besar lagi dari diameter buluh org buat lemang. Satu rakit, akan ada 3 org peserta + 1 org tukang control rakit. Org yg tukang control rakit ni berada di hadapan.

Even sungai dier tak la dalam mana, Best gak layan rakit ni. Akan ada arus laju sket, berbatu2. Sebenarnya ada part air yang dalam. Tapi aku confident la dengan tekong rakit kami tu.
Kadang2 saja jer tekong rakit ni sebut "Crocodile..crocodile!!" Saja mengusik. Memang ada pun crocodile, tapi dlm bentuk batu batan sahaja. Dema saja reka bentuk batu batu sungai yg semacam ala2 kepala buaya. Kadang2 tengok kami sunyi jer, rakit no2 dari blkg hempaskan dayung dier, kasik kami org depan basah. Si Italian blkg kami tu (kami bertiga), dok asyik sebut, "yeeahhh! No wet no fun..no wet no fun!" Samada mamat ni bosan, or memang nak havockan suasana yg sepi jer tu.
Sampai kat satu tempat tu, betul2 berbatu2 n tinggi dier, agak bahaya jugak la bagi sebuah rakit. Memula rakit depan kami pergi dulu, wooo sangkut sket jer kat batu, tapi leh gerak lagi pastu. Then our turn. Taraaaaaaaa!!! Lekat, sangkut kat batu. Rakit tu dah hampir 180 darjah dah Mau jer aku turun dari rakit tu. aisey man. Nak turun risau gak batu2 tepi tu licin, mau aku tertungging pree2 jer. So aku paut kan jer la kat tepi rakit. Yg settlekan sampai leh gerak adalah tekong rakit depan kami n tekong kami sendiri. Fuuuhhh...! pastu dah sampai daaah. Gimik betoi!
fyi, time naik rakit ni, satu aper pun barang berharga or tak berharga yg kita bawak utk this trip, tak dibenarkan utk di bawa bersama. Semuanya perlu ditinggalkan di dalam van. Jadi pada last sesi kat sini, kami diberilah gambar berframe cantik, dengan rega 100Baht=10MYR.
Wokies.. done utk episode kali ni. Kami balik awal gak la. Sempat solat zohor kat bilik. Lepas tu, kami jalan2 cari buah tangan utk di bawa pulang ke tanah air (hehehhe lain bunyiknyerrr). Neeextttt....tunggguuuuu..... aku kasik hint sket laaa...."Doi Suthep","downhill" - layaaaaaaannn...

1 comment:

  1. for sure a great ride on elephant and the beautiful waterfall.

    ReplyDelete