Kadang2 aku selalu tak perasan tindak tanduk aku seharian. "Macammana life lepas kawen?" Itu soalan yg biasa yg diajukan pada aku. Ada lagi satu soalan familiar. Tapi yg tu aku serah pada Allah.
Life lepas kawen.. Aku rasa biasa saja. Mungkin ada yg luar biasa. Tapi so far ok2 sahaja. Tak sama pendapat, hmm tu ada. Hatta kita adik beradik, anak ayah, anak ngan mak pasti ada mender yg tak sependapat.
Kadang2 akan terasa hati dengan sikap sblm n selepas. Sblm2 ni, aku terasa jugak, disebabkan syaitan kan suka menghasut. Suka tengok dulu tak macam ni. Sekarang ngaper mcm ni. Fikiran cepat bertukar menjadi kusut.
Aku mohon dengan Yg Maha Kuasa, tetapkanlah hati aku. Aku terima suamiku yg sekarang ini seadanya. Aku tau hak milik itu hanya Engkau yg punya ya Allah. Syukur aku dapat nikmat seorang suami yg baik. Syukur dipinjamkan dia kpd aku ya Allah.
Aku tak perfect, aku banyak kekurangan. Jiwa yg sekarang ni, terlalu n terlalu sensitif. Aku tak mcm aku yg dulu. Dulu aku takder saper2 yg boleh buat tempat utk aku bermanja, utk aku luahkan sesuatu yg daripada sekecil2 mender kepada sebesar2 mender.
Selepas aku dapat nikmat yg Allah ini, dengan kasik teman (sblm jadi suami), aku dah dapat membiasakan diri utk bercerita, share aper2 yg jadi dlm idup aku. Once dah biasa, bila tak dihiraukan sekali sekala, akan buat jiwa aku ni semacam meronta2, dengan pertanyaan.Terukkan jadik manusia ni. Mainan perasaan boleh buat kita lupa siapa diri kita.
Ya Allah bimbinglah aku ya Allah. Aku harap sangat aku dapat bina n merasa hidup dalam sebuah keluarga yg bahagia hingga akhir hayat aku. Apa2 qadha' dan qadar NYA aku terima. Aku redha. Yup, aku kena redha dgn apa2 yg berlaku. Tetapkan redha dlm hati aku ya Allah.. KepadaMu aku sembah, kepadaMu juga aku bermohon Ya Allah..amiin.. amiin ya rabbala'lamin..
No comments:
Post a Comment