Thursday, December 9, 2010

Setiap yang hidup pasti mati

KEMATIAN
Itulah hakikat sebenar yang setiap manusia akan tempuhi. Benar yang sangat-sangt benar. Baru tadi aku dapat berita cousin hubby, telah meninggal dunia. Kalau tak silap aku penyakit kanser tahap 4 (kalau silap nanti aku perbetulkan). Even aku tak pernah jumpa arwah, tapi melalui penceritaan suami aku, arwah seorang ustaz yg memang ramai anak muridnya. Kiranya, baru dlm bulan lepas or last 2 months suami aku ada menjenguk arwah di PPUM. Tapi kalau tengok sendiri keadaan arwah, memang tahap yg membimbangkan. Kalau atok sedara aku pernah cakap, bila saat-saat macam ni, jangan ditinggalkan berseorangan. Nak tau kenapa? Sebab setidak-tidaknya, semasa arwah nak menghembuskan nafas yg terakhir ada seseorang yang dapat mengajarnya mengucap.
Sebak hubby & family, tengok anak-anak kecil arwah memanggil manggil ayah nya. Kejutkan ayahnya, suruh bangun. Ramai yang datang menziarah. Tak syak kan, seorang mua'lim yang dihormati, disegani oleh anak-anak muridnya- alhamdulillah ramai yang mengingatinya, ramai yang menziarahinya, sekurang-kurangnya di sedekahkan al fatihah kepada arwah. Moga arwah tenang bersama golongan mereka mereka yang diredhai Allah, dan di tempatkan bersama golongan-golongna yang beriman. Amiiinn..
Innalillahiwainnailaihirajiu'n. Setiap yang hidup pasti mati. Itu ketetapan yang setiap manusia akan lalui. Cukupkah bekalan amalan kita? Tepuk dada tanya...??..IMAN.....

No comments:

Post a Comment