Thursday, February 24, 2011

Lodging di chiang mai

Hari Jumaat penghulu hari. Kami suami isteri decided no to go anywhere on this day. Since hari ni,kami nak  move to new budget hotel, yg mana ia lebih dekat dengan masjid, n tempat makan muslim. Setahu aku, sepanjang jalan di tepi lorong masjid tu, kesemuanya adalah kedai orang Islam. & that area adalah kawasan minoriti Chinese Muslim. Alhamdulillah, nilah hasil daripada jalan2 kami malam semalam, (selepas habis sesi home industry semalam).

Sesudah makan pagi kat vanilla place, dengan lagak backpacker nyer, aku n hubby jalan kaki ke hotel - night bazaar place. Less than 10 minutes jalan kaki ke situ. Pelik jer org lalu lalang tengok kami. Tapi buat slumber jer la. Kita tak kacau org kan. Jumpa org, just say sawadee kaap. Tu memang cara yg biasa to say hello kat sini....Sawadee kaap utk perempuan.. or sawadee krap utk lelaki.

Details pasal lodging :

Lodging: Vanilla Place Guest House
Harga per night: 900 Baht per night

Keadaan bilik:
Bersih, katil queen size-standard room, attached dgn bathroom- hot shower, aircond, tv, fan.
Facilities: Free: internet, air mineral. Breakfast included.
**If stay more than 2 days: free pickup dari airport or sapa2 stay sampai balik pengangkutan ke airport adalah free.

Comment:
Rasa mcm berada di rumah. Tapi tempat tinggal  saper yg tak suka panjat tangga, tak sesuai la dok sini. Memang bertangga2. Even ada 3 tingkat. Yg pasti, utk ke room yg paling bawah, adalah di tingkat 2. hehehehe... Owner nya memang ramah yg amat, n cukup2 membantu. n cukup2 hormatkan tetamu, even they're looking for the budget place. Siap leh recommend, where to go, dgn budget yg agak minimum.

Dah check in, terus amik 3 night straight.  So details pasal Night Bazaar Place:


Lodging: Night Bazaar Place Hotel [http://nightbazaarplace.com/]

Harga per night: 700 Baht per night

Keadaan bilik:
Bersih, katil king size-standard room, attached dgn bathroom with hot shower, aircond, tv, fridge besar, almari.

Facilities:
Free: internet, air mineral. Breakfast included. Nak minum air panas, leh mintak ngan  counter. Dia akan kasik satu flask air panas.

Comment:
Hadapannya adalah The Plaza, Depan kaki lima adalah night bazaar - yg memang terkenal dgn jualan utk pelancong. 2 minit ke masjid, n lorong makan muslim. Easy access. Hotel ni berada di tengah2. Dekat dengan Kalare night bazaar, Dekat dgn anusan market, 10 minit berjalan to warorot market/ flower market/ fruit market. 20minit berjalan ke tha pae gate.


Sebenarnya, masih ada lagi hotel2 atau guest houst yg berdekatan yang agak murah. Tapi priority aku n suami adalah pasal makanan, n solat terjaga dengan baik. So recommended adalah di Night Bazaar Place.. Bilik pun besar. Harga pun masih dlm lingkungan budget hotel. Tempat laluan tut tut or red car (tut tut besar, aku tak ingat depa panggil apa kete panjang ni- muat at least 6 org kat belakang). Even kat counter tak seramah owner yg dekat hotel sblm ni yang aku duduk, tapi orang yang jaga kaunter tu masih dlm kategori boleh membantu, jika kita perlukan.

So.. sambung lagik... utk next entry k... saalaam.. :)

Note:
Conversion duit malaysia n thai baht time aku pergi dulu:
RM100 = 10Thai Baht
So renung2 kan.... adiosss

Sunday, February 20, 2011

Sawadee kaaap

Ullaa laa.. upss.. Alhamdulillah sekang telah mendarat di bumi chiang mai. Even banyak dugaan utk sampai ke sini [huuu lagik best kalau aku berada kat bumi Mekah kannn], sekarang aku dah tiba di sini. Selepas 2 thn perancangan sblm kahwin, tahun lepas ada ujian sedikit yg diberikanNYA, n tahun ini terlaksana apa yang dirancangkan. Yup... At least Allah bagi jugak rezeki kat kami suami isteri untuk jejak ke bumi orang. Alhamdulillah...

First day:
Jam 3.30am dah gerak dari rumah. Mintak adik ipar aku tolong hantarkan. Since hari tu adalah working day, so kami keluar awal. Kesian sebenarnya kat depa ni, terpaksa kuar awal. So, memang banyak masa lagi la aku ngan hubby dok kat lcct tu. Tengok org lain rushing jer, hehe. It's gud sampai awal. Semuanya insyaAllah terancang. 7.20am mcm tu kami fly [flight delay sedikit, akibat ada masalah teknikal kat engine kapal terbang]. Alhamdulillah tepat jam 9++ pagi kami sampai. Penerbangan amik masa dlm 2hour 45 minutes camtu.

Sesampainya kami kat airport, dah ada driver tunggu. Rasa dingin jer udara kat chiang mai, cuaca panas, tapi udara sejuk. Terus dibwa kami ke vanilla place guest house. Nice place. Rasa macam kat rumah. Aku ada bau wangi kat mana2, just dunno aper jenis bau tu. Menurut hubby aku tu bau vanilla.

Mr Kem..He's nice person. Sangat2 friendly. Berasal dari hongkong, dek sebab anak nak bukak hotel yg ala2 rumah, n customer leh feel mcm kat rumah, taraaa terhasilllah vanilla place ni. Banyak yang dia terangkan tempat2 kat area sini. Map pun banyak dier kasik. Yg paling mahal sekali, map tulisan tangan beliau. Cara orang tua buat kan, detail sangat, n cukip2 membantu. Siap suggest suh kami tukar bilik ke bilik yg murah sket, memandangkan kami tido semalam jer kat situ, n kami pilih budget2 ajer dong. Budget, tapi bersih, n tenang. Leh tido, sebab maybe kami takkan habiskan banyak masa kat bilik, sebab buat tour around there kan.

Tghari tu, kami ada ke home industry - tempat buat leather, silk, gems jewellery, woodcraft, tempat buat umbrella-bo sang. Ada lagi beberapa tempat, tapi kami pilih yang mana kami nak pergi jer, n dek sebab time close seseme factory/tempat buatan tu around 5pm. Jadi kami kena pilih tempat yg kami suka n berminat.

Leather: Banyak leather [haha.. aku isau pegang lether yg tak halal tu, tapi nampaknya, nggak ada donggg. Aku rasa yg tak halal tu banyak jadik habuan perut dier org lorrr- pepagi sup tak halal tu memang depa gemar sesangat] Jenis leather: kulit ikan pari, kulit lembu, kulit buaya, kulit kangaroo, kulit ular. Yang paling aku suka [tapi tak ley beli wooo..mahaiiii amat], kuilt ikan pari. Cantiiiikk! Hehe. Tengok jer laa.

Silk: Kat sini tunjuk pembuatan sutera tu sendiri. Geli geleman jugak laaa aku dok tengok ulat2 tu, risau cuuutttt, tercalit kat aku, vely itchyyy maa. Pekerja2 ramai yg dah berumur. Hasil nya cukup menarik. Kat sini leh ar aku rembat ngan rega budget aku. Budget2 pun still high jugak. Teringat, ini betoi2 origin silk. So...amik laa as buah tangan sket.

Gems: Hoho.. Pembuatan Emas, perak, emas putih, dgn pelbagai jenis batu.. delima, garnet, macam2 lagi laa. Aku tak hafal. Yg pasti, Cantikk. Cuma aku ni bukan jenis yang gemar bahan2 perhiasan badan ni. So, cantik dilihat, tapi tidak terasa nak memilikinya. [kat sini laa, beraper kali org yg pandai ckp ala2 indon tu -ada gak bahasa yang pompuan ni salah guna, dok sarung cincin kaler biru muda tu kat tgn aku.. hohohoho.. aku rasa lau saper jernis tak kuat iman, mau beli gaknya. kikikikiki.. Sian dier, aku hanya mau lihat, bukan utk aku beli n pakai n bukan jugak pilihan utk aku bawak balik].

Woodcraft: Cantik, berseni, sabar. Huuuh Cantik. Port aku, bukan kat patung2 yg depa buat, tapi deco2 dlm rumah, yg bertemakan pokok2 bunga2, semacam 3D tapi dlm bentuk hiasan kraft pada kayu. Sangat2 cantik

Umbrella: Yg ni pun cantik. Bukan setakat pembuatan payungnya, tapi lukisan2 nya pun cantik. Ahaaa.. aku dah mintak dier tolong lukiskan pada pouch bag aku. Cannnttikkk n menarik. Rega pun tak letak berapa2. Kira atas tulus ikhlas kita laa nak bagi berapa- so don't take advantage maaaa. Usaha org tak baik kita perlekehkan. Yer doookkk?

Wokiesss...tu jer utk kali ni. Sawadee kaaappp...bye2 dari chiang mai- Sunday, 6:07pm, Nigh Bazaar Place

Wednesday, February 16, 2011

Bos suka main pintu

hihi.. semenjak 2 menjak aku dah tender ni. & semenjak 2 menjak, sorang lagik staff sini dah tender lagik [tanpa ada komplot perancangan utk keluar secar serentak]. Bila bos masuk opis, asyik2 bunyi bukak tutup pintu. Sat buka sat tutup. Sat sat rasa nak buka, buka.. tapi banyak tutup dari terbuka. "BUSY - SILA FAHAM YERR- JGN GANGGU SAYA" .. [heheh tu luahan ayat di akal minda ku sahaja]. Biasanya, budak kecik jer kan suka main bukak tutup pintu kan.. kan ..kaaan jenet kaaaaaan...

Pas tu bila keluar.. zuuuuuup.. zaaaaaaaaap.. Dah mcm superman, kena sapu angin2 aircond kat muka aku inih. Kalutnyer laaa. Awat lagu ni? Lagu lain takdak erk? 

Sblm2 ni tak dak la pak mcm ni. Be professional la beb. Aku tak kan buat kerja2 terkutuk, nak naya kompeni, nak hantar rahsia2 kompeni kat customer. & Aku bukan jenis org yg suka tadah telinga dengar perbualan org berdiskus.

Mental betul laaa. Hari ni dapat surat balas dari bos tuut itu, tarikh aku keluar akan di confirm kan kemudian. Hihihihihhi.. Apo nak dikato. Dun worry aida, semua part engkau, ko dah settle kan. Semua apa yg nko tau, ko dah sebarkan, kat org yg bertanggungjawab memikulnya selepas nko keluar nanti. So no need to worry. Pandang depan. Decision pun dah ko amik. Just go ahead okeey... 

Sorry laa.. entri2 aku semenjak 2 menjak ni pun berkisar kisah yg sama jer. Luahan rasa.. insyaAllah semuanya ok2 sahaja. Aku cuma kena bayangkan semua yg berlaku hanyalah gimik semata2 ;), depa ni tarik perhatian dek kerna hati yang sudah tuuuuttt iteewww.. uhuuuk...

Wish me all da best, moga Allah jauhi aku daripada orang2 yg ingin membuat kejahatan ke atasku. amiiiiiinnn...

Sunday, February 13, 2011

Renung sejenak...

Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan.

Tetapi sering kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan untuk kita.

Thursday, February 10, 2011

Di akhir-akhir waktu

Sesuatu jer tajuk tu.. :D ..

Aku plus plus... minus-minus.. tinggal lagi seminggu aku berkhidmat kat kompeni ni. Handsover berjalan dengan baik. Dokumen yang tak lengkap, aku dah lengkapkan. Program dulu-dulu yang aku dok play around pun dah aku tunjuk camaner nak run n compile kan program-program tu.

Bersusah payah jugak la dalam aku nak mengingatkan balik semua program yang dah aku redah, kesemuanya bermain dengan device - POS Terminal, handheld device, yang pastinya, jenis-jenisnya adalah macam-macam.ado. Hehe. Bertuah sikit laa aku rasa, aku ni jenis yg suka nak share gak dengan org sekitar aku. Jadi, inilah petuanya, utk make it easy, bila nak move ke tempat baru.

Berat hati? Tak rasa laa, rasa ok-ok sahaja utk move forward. Dengan iringan doa, moga-moga, aku n family dimurahkan rezeki, n sentiasa dibawah rahmat n keberkatanNYA.. amiiin.


Monday, February 7, 2011

Ripley's believe it or not

Gong Xi Fa Chai kpd semua yg menyambutnya.. Moga thn ni dpt manyak ong lagi maaa..

Wokiess... Hampir seminggu coti2 mesia. Hari isnin berat je kaki melangkah ke ofis. Tengok jam, dah injak pukul 7.30am. Sat lagi laa. Injak jam 8am.. lagik2 jaaaaaap jer. Injak lagi 10..15...20..30.. 40minit... hahahah..Macam ada benda jer kat badan, bermalas-malasan utk bersiap ke ofis. Yeaaaah.. Sudah isnin woooo!!!!... It's working time!!! Ting tong ting tonggg.

Dgn gerak perlahan, tot tet too tet, amik masa 30 minit jugak nak bersiap. Hahahaha.. Sweet time maaa. Apo nak dikato, mindset ni, dah payoh bonar nak aku settting kan balik ke normal hour.

Atas jalan, traffic flow ok. Maksud aku, Lancar nyer perjalanan kereta aku hari ini. Alhamdulillah... Teeeeettt. Selalunya makan masa almost sejam or lebey utk sampai ke opis, hari ini.. ulllalllaaaaaa... 30minit, sharp, aku dah terpacul depan opis. hihi.. Besttt!

Handsover berjalan dgn baeeek sekali. [Ke manakah aku nak pegi.. aaahaaa... teeettt lagik].. Lunch time tu, decide keluar cari makan. Singgah bank jap, area cherass.. Jeng jeng jenggg.... awat traaappikkk pelaaaaan jer ni? Ada accident? Hmmmm tak nampak kete berderai, or yang sewaktu dengannya. UPPPPPPPPPPPPPSSSS!!!!! Nak tau aper? Jap ..jap.. apa yg aku pandang memula tu, ramai org dengan kamera tau... huhuh.. sungguh mengaibkan. ORANG NEGRO berbogel di jalan raya, dekat dengan traffic light. huhuhuuhuhu... POMPUAN LAKS TUUU. Addddoooooiiii.... Polis pun cam memmalu nak menarik org tu. Pakaian dier, dier pi sepah2 kan atas jalan. Sakit mental ker haper org ni. Hantar balik negeri laaa.

Adoiiiiiiiiiii malaysia sekang ni.. MACAM-MACAM ADOOOO... sengal betol negro tu.. Yg pasti memula tu, haku ingatkan lelaki.. ukukukukukuk... dek sebab tuuuu******ttt.. huhuhu.. Kesian pak plis tu, nak menteteramkan si mental. Dah laa kena speaking. Cano laaa nak pujuk. Ruper2nya org pelan sebab dier dok tgh2 jalan, n MAYBEEEE, itu adalah FREE SHOW maaaa.. huhuh...sesak mato den nengok.