Friday, June 18, 2010

Perkembangan Bayi (Wk 1 - Wk 6)

Perkembangan Bayi Dari Bulan Pertama
Sehinggalah Bulan Yang Kesembilan
(Minggu pertama hingga minggu ke 16) 
Pada usia kehamilan kita seminggu iaitu setelah 8 hari selepas proses persenyawaan berlaku, blastocyst (kini mengandungi 200 sel) merembeskan mukus untuk memberitahu kehadirannya di dalam rahim.

Masuk minggu ke-2, blastocyst menggelembung dan sel-sel mula berkembang dan terbahagi kira-kira 2 kali sehari sehinggalah pada hari yang ke 12 jumlahnya telah bertambah dan membantu blastocyst terpaut atau disauh dengan kukuh pada endometrium.

Kemudian masuk minggu ke-3 selepas proses persenyawaan berlaku, saiz embrio terbentuk dan saiznya hanyalah sepanjang 0.08 inci/2 mm. Gen janin mula hendak membentuk dalam 3 lapisan benih(sel) daripada organ badan yang akan bergabung.

Pada minggu ke-4 berikutnya, janin kita sudah mulai membentuk struktur asas manusia dimana sel-sel mula bergabung dan pada masa itu embrio sudah mulai memanjang kira-kira 1/4 inci / 6 mm.Pada masa ini sudah kelihatan pembentukan otak dan tulang belakang serta anggota lain seperti jantung yang mengepam darah ke paru-paru dan aorta (urat besar yang membawa darah daripada jantung).

Embrio akan terus membesar sehingga pada minggu ke-5 didapati terdapat 3 lapisan iaitu ectoderm, mesoderm dan dan endoderm. Ectoderm adalah lapisan yang paling atas. Ianya akan membentuk sistem saraf pada janin tersebut yang seterusnya membentuk otak, tulang belakang, kulit serta rambut. Manakala lapisan mesoderm pula yang berada pada lapisan tengah akan membentuk organ penting yang asas iaitu jantung, buah pinggang, tulang dan organ reproduktif. 

Selain itu, kita perlu tahu bahawa dalam pembentukkan janin ini, sistem peredaran darah adalah yang pertama terbentuk dan berfungsi. Akhir sekali ialah lapisan endoderm iaitu lapisan paling dalam yang akan membentuk organ dalaman seperti usus, hati, pankreas dan pundi kencing.

Kalau kita gambarkan saiz janin 6 mm itu hanyalah sebesar biji tembikai sahaja.

Pada minggu ke-6, sekiranya pemeriksaan secara ultrasound dilakukan, kita akan dapat melihat janin sudah membentuk kepada dan badan. Biasanya getaran jantungnya juga sudah dapat dikesan.

Thursday, June 17, 2010

Sudah bermula...

Jam dah injak ke pukul 2.30 lebey, dah pagi. Terjaga.. Hubby baru balik, penat balik bekerja. Sambil hubby mkn, perut aku pun terasa mintak diisi. terus aku buat secawan horlick campur bijirin tu. Sedaaap.. Mata aku dah start cerah.

Discuss ngan hubby pasal nak gi sana. Dlm pada hubby tgh plan2 tu, mcm aku dah nampak jer, banyak mender aku dilarang sama sekali utk buat. Ni seme utk keselamatan kandungan aku. Yup aku kena faham tu. Dlm pada dilarang2 tu, ada gak aku mencelah kat hubby, "tak ley ke?"..Hubby pun cam, hmmm.. hmmm.. Kami dedua still mcm tak pasti, whether boleh join or not those activities.

Paling teruk laa, aku rasa aku bnyk menunggu laa, hubby join, aku melangut laa kat tempat nunggu tu. Uh uh uh.. aku kena terima lah. Kena dah start berkorban demi famili aku.

Ter review balik pasal mamam ayah ada ckp, jgn pergi situ, jgn pergi sini.. Lagila fikiran aku ni dok menerawang lagik, sambil dengar aper yg hubby aku ckpkan..Jgn pergi masuk utan, yg hill tribe tu, jgn pergi. pedalaman sgt. naik tangga turun tangga. Jgn pergi kat wat2 temple, white temple tu pun jgn gi laa. Laos tu boleh pergi, kena banyak jaga laa.

Jam dah gedek gedek gedek pukul 4. Dah baring, tapi mata tetap berkelip2, takley tido. nak dekat pukul 5 tu, aku bangun lagik, rasa perut mendidih laks, lapo. Wat air susu pulak. org lain seme dah tido. Lena...

Pastu baring balik, cuba utk tido. Sedar2 pukul 6.50pagi. Bdn sgt2 penat nak bangun, tapi solat tetap kena solat. Lepas solat, aku tido balik, sedar2 dah pukul 9pagi. Uh penatnyer mcm ni.

So hari ni memang aku sampai lambat, 4minit lagi jam injak ke pukul 10, aku baru masuk opis. huhu



Positive test.. alhamdulillah

Alhamdulillah.. Syukur sangat dgn kurniaan Allah, dgn rezeki yg Allah bagi.

Ceritanya begini.. bermula pagi tadi...

Nyeri yg teramat sangat rasa tumit sebelah kaki kiriku. Memang aku nak bgn pun, dah tak leh nak pijak. Terus ckp ngan hubby, nak half day la rini. Tak ley nak pijak lantai, tumit sakit, bisa2. Pastu terus msg dihantar kpd senior opis ngan membe aku.
"Aku half day rini. Kaki bisa2, nyeri sgt. Nak gi klinik wat chekup terus"

Dah bgn mandi makan peseme, aku ngan hubby bersiap pergi klinik. Hmmm.. Klinik maner? Klinik Jameaton kat area Equine park. Klinik ni klinik sakit puan. Hmmmm... guess what...?

Pasal klinik sakit puan...Actually aku plan nak tunggu lagi beberapa hari, nak cukupkan 2 weeks part aku delay period neh. Tapi org ada sebut kan "alang2 menyeluk pekasam, biarlah sampai ke paras lengan". Rasanya ada can aku check sekali dgn status aku, hamil ke idok? Dgn takder perasaan aper2, terus jer pergi ke klinik. Konpius lak aku, nak debar ke, nak takut ke.. cam rileks jer tadik. Takder perasaan aper2. Mungkin dok fokus kat tumit kaki aku jer kot.

Slps register kat klinik tu, tunggulah hubby ngan aku, melangut kat kerusi klinik. Time tu, ada sorang dlm bilik doc & ada sorang lagi tgh dok nunggu. Maknernya aku lepas yg ada kat luar tgh nunggu tu la. Hmm nganntuukkk nyerrr... rasa nak lunjurkan kaki kat atas kusi klinik tu, sambung tido jap. DOk too tey too teyy...

"Haizatul Aida"..hmmm my turn.. ting tong... yeahh yeaaah!!..Pembantu doc dah panggil.

Pembantu doc tu pun tanya, "suami awak?"..Aku: "Hubby nak ikut masuk?"...
Hubby kuunuun2 nye wat2 khusyuk main game, gelengkan pala. huuuusssyyy... tak tau nak react la time tu. Serba salah jika test yg bakal dibuat, tak mcm yg kami hrpkan...

Then bercerita laa aku dgn doc.  Masalah utama aku, tumit kaki sakit. Hmmm. mcm org tua.. tu response dari doc. huhuhu.. wat lagu maner docc oiiittt.

Cerita pasal mslh no 2..teettt" Doc, saya dah delay period 10 hari. Tak pasti ngandung ke tidak, ada kena mengena ngna sakit tumit ni ker?"..

Doc senyum jer, "Kita wat test urin dulu lah, nak?"

Aku: "Boleh jer doc"..uhh.. Ya Allah kuatkan semangat aku.. Muka coool beb.. coool... ati pun kena cool.
Aku amik bekas nak letak ayor kencing ngan pembantu doc tu.
Kuar jer dari bilik doc, pandang suami aku. Aku senyum jer. Uit.. tetiba hubby ku cam..(pesal muker hubby mcm gelabah jer?) "Nak gi mana? Nk gi mana?.." Uhhh.. sapo yg dobar neeehhh.. sabar2.. uh uh aku rasa aku lak yg dup dap dup dap. Sambil berlalu ke toilet, aku balas " Nak gi amik air kencing jap".

Dah amik, kasik kat pembantu doc tu. Sat pas tu, pembantu tu kasik alat UPT tu ngan air kencing.. upss.. i seeeeee...can see the  2 lines.Yeahhh.. adaaaa..adaaa..
"ALHAMDULILLAHH" time tu, rasa gak nak nitikkan air mata. Tapi dek sebabkan sorang-sorang kat situ, leh ctrl lagik la. Keupayaan diri nak sadis-sadis den kaber-kaber lorrr.

Doc: "Tu dah ada 2 line, positif la tu"...

Aku: "Alhamdulillah.. Ya Allah syukurnya..."

Doc: "Plan kan?".. heheh akibat tengok muker aku cam blur2.. cam tak sangka sebenarnya.

Aku: "Yup plan doc, memang nak anak pun. Jap doc saya panggil suami saya jap" "Abg, jom masuk"

Lepas jer hubby duduk, aku paskan UPT tadi kat dier, n ckp "Positif"..

Doc: "Positif, dah ngandung "

Hubby: "alhamdulillah..syukurnya.."

Doc: "Dah 5minggu 5 hari. Due , maybe pada tarikh 12 February 2011."
Kalau ngandung ni, kita tak sebut bulan, kita guna minggu. Nanti dlm masa sebulan ni, dtg kita scan dulu. Nak tengok kedudukan baby tu ok ke tak. Pernah dengar kan org ngandung luar rahim? Hmm, itu yg kita nak tengok.

Hubby: "Kalau travel caner doc? Kami plan nak gi travel awal bulan 7 ni"

Doc: "Boleh nak gi travel. Nak gi maner? Kena ngan tarikh 12/7 ke?"

Hubby: "Chiang mai, kot travel ni akan jadi aper2 ke."

Aku: "Tak kena, pergi 8/7, balik 12/7"

Doc:"Lau mcm tu, kita adjust awal sket. Nak tengok kot sblm pergi n slps, result dia lain. Boleh nanti saya kasik ubat tahan muntah ngan ubat pening sekali. Kat negara org maybe susah nak dptkan bekalan ubat kan. Saya bagi awak siap2."

Hubby:"Sekang ni mcm tak kuat lagi kan..Ada aper2 yg tak boleh mkn atau..." - hubby nak mintak advice lanjut dari doc.

Doc: "Kena jaga jer la. Sebab sekang memang masih weak. Dlm 12 minggu ke atas, baru kuat sket. Senang ckp  3 bulan ke atas la. Jgn makan mender2 berangin. Sebab kita tak tau, nanti empunya diri ni, dok muntah jer ke, pening ke. Ada gak yg kena gastrik. Seme tu kena jaga. n Kena banyak minum air. Tu penting. "

Doc: "Kali ni saya tak kasik lagi acid folic, sebab adah ckp tadik dah ada kan. Lain kali saya kasik, yg 0.5mg. So, next appointment, pada 7/7 utk kita scan.."
Aku n hubby: "Thnks doc. "

Balik tu aku cam senyap jer. Hubby pun la. Hubby berckp gak la. Ntah.. aku rasa mcm mimpi. Sebenarnyer, rasa sebak pun ada. Sedih dlm gembira. Aku akan bergelar seorang emak, n hubby akan bergelar seorang ayah. Ya Allah Kau dengar luahan hati hamba Mu ya Allah.. Syukur sangat2 ya Allah.

Balik tu, pas solat jamaah sekali ngan hubby, kami solat syukur. syukur sangat2 ya Allah...Syukur atas kurniaan rezeki Mu....Alhamdulillah...

Tuesday, June 15, 2010

Bilakah harinya?

Ooyeaahh.. Hari ni dah masuk hari ke 9 aku lambat dtg bulan. Hmm aper perasaan. Agak cuak. Why? Tiap kali ke toilet, sure pkran mcm tak tenteram. Ader ker? Kalau ada, caner nak re act? Caner itu? Caner ini? Sambil langkah diteruskan juga ke toilet.

Sama kes kalau aku baru bangun tido. Fikiran terus terarah ke situ. Yupp! Agak cuak pk kan hal2 cenggini. Nak act normal? Dlm normal masih lom normal la. Have to kuat sket belah dlm.

So bila la nak cer try test kit tu? ohooo.. Dlm kiraan kepala aku, memang rasa hmm nanti2 lah. Lau org lain test kan boleh, bukan diri sendiri yg test. Hmm caner nak pujuk hati lau -ve. Hmmm too worried laaa. Sebab harapan still there..InsyaAllah dlm next week aku akan test if still 'clean'.


Yeaah..harapan masih ada. Sepanjang masa. Tetapkan redha dlm hati. REDHA.. REDHA....insyaAllah, Allah sentiasa bersama aku, bersama suamiku, utk kuatkan lagi semangat n iman kami.



Denyut Kasih Medic

Review pasal buku pulak..
Tajuk: Denyut Kasih Medik
Writer: Dr. Farhan Hadi
Terbitan : Telaga Biru

Aku belum habis lagi baca buku cerita ni. Lebih kepada penceritaan semasa memulakan tugas sebagai seorang doctor. Asam garam berada di hospital selayang. Dibahagian2 yg havoc, tak putus2 pesakit. Dlm masa yg sama turut menunaikan suruhan sebagai hambaNYA. Dlm masa berkerja, turut mempraktikkan cara Islam. Menegur apa yg salah tidak mengira pangkat atau darjat. Tegur jika salah.Beri nasihat sewajarnya pada mereka yg alpa, atau jahil.

Agak menarik. Berkisar pasal ilmu perubatan n kehidupan. Ada info2 islamic n juga fakta pasal kelahiran, keperempuanan, anak, basic pasal fardhu2 yg must dlm kehidupan kita seharian. Ada unsur2 motivasi, yg membolehkan kita tersenyum, bak kata pepatah dah terkena batang hidung sendiri.

InsyaAllah hari ni dapatlah aku habiskan buku cerita ni, since keje2 aku dah lama settle. Tunggu esok masa penentuannya. Ok lah, masa utk merileks kan minda jap.. choww

Sunday, June 13, 2010

lemah...

Hari ni, hari ke-2 aku kena selsema, n demam. Batuk hanya pada certain2 masa sahaja. Lemah sangat bdn. Pagi tadi time bangun tido, tak rasa akan kena demam balik, or selsema. Rasa ok2 sahaja. Dah mandi aper semua, pergh terus tangkap kepala. Dah start sok sek sok sek dah hidung neh.

Ni dok dlm aircond, aku tak tau laa banyak mana virus yg aku tengah dok sebar2 neh. Dah naik perit dah idung dok hembuskan mukus2 tu. huhuhu.. goli den...

Even dah tido banyak start dari siang semalam, aku tetap gak ngantuk. Mata dah sepet sesepet2nyer. Kompem tghari aku tak gi maner2. Bekalan roti dah aku siapkan atas meja ni. So, takder hal la kalau lapar ke aper. Leh berjimat gaks dari keluar kan, leh rest kan badan.

Aircond ni, sat rasa sejuk sgt sat rasa panas. Ke badan aku nyer tempreture yg no neng no neng? Sat ken apakai sweater sat kena tanggal. Rimas rasanya..

Harap hari ni n hari2 seterusnya den dpt bertahan..insyaAllah...

Thursday, June 10, 2010

Cerita ceritun tan tin tun

2 hari aku habiskan masa lunch aku dgn tonton movie yg dah di dload oleh member opis. Opss 3 movie ok.. hehehe. Satu lagi di dload oleh my hubby. So accumulate seseme, jadik la 3 hari lunch aku dgn movie. blurrppp... kenyang....

Meh let's review so so [kelate's loghat] okeeeyy..

1- Lelaki seluar ketat @ Robin hood - all in tights - hubby dload neeh
Cerita tak yah nak pk banyak2. layan kan ajer. Cerita robin hood besama gang2 nya la. ada yg tak logik la. Unsur2 komedi, rilex n easy. Bengong2 ada laa. Starting pun da start ngan bengong2 .. ado ko swimming sejauh tu, cam non stop laks tu. hohohoho..

2 - Taken

 Citer berkenaan family kecik - 3 of them, husband, wife n daughter. anak perempuan depa dah besar. Hmm, ni kira mak ayah bercerai, anak dok ngan mak n new father la. Cerita ni berkisar pasal sindiket pelacuran. Si gadis dah travel sampai ke paris. Di paris lah bermula nya kejadian yg tak disangka2. Kelebihan ayah si gadis dlm cerita ni, dier mampu utk bunuh org camtu jer, cuma dlm situasi sblm kejadian dier memang dah insappp laa, wat keje sebagai bonzer utk artist.

Lepas dah tau anak dier kena kidnap, dier memang pi ar cari anak dier kat sana. seme lubang dier masuk. Tembak org fuhhh dasyatt. Tembak kena, tembak kena. hehehe.. takder aksi lembek2 laaa. BEst!

HUuuh... risau laks nak travel sengsorang. Jgn cepat percaya kan org2 luar k.

3- The terminal - terminal aku buat keee.. hehe no no no.. airport terminal

Mengisahkan seorang lelaki yg negaranya di landa perang. Dier pulak tak pandai ckp mat salleh. Kebetulan time dier nak tinggalkan New York, negara dier berperang. Jadi passport n everything pasal dier tak valid. So berkelana laa dier kat terminal airport, menjadi org buangan. Nak masuk new york kompem tak boleh, nak balik negara sendiri pun tak boleh. Nak tau berapa lama dier dok kat airport tu? huuhuh.. 9 monthsss!!!

Dlm masa terpaksa habiskan masa kat airport tu, bnyk mender la dier buat, sampai almost semua org kat kedai2 kat situ kenal dier. Utk dpt kan mknn hari2, nak dpt duit hari2, dier keje. Cantik pertukangan yg dier buat.

Part last tragis sket. Sorang officer tu, memang jaki kat dier. Ugut dengan membe2 buangan new york kat airport tu. Last sekali yg sorang tu, kes lari dari india ,serah diri utk kasik can kat lelaki ni buat aper yg perlu dia buat.

So, last sekali dier dpt buat aper yg perlu dia buat, n balik ke negara asal dier, yg dah abis berperang.

Biler dpt tengok citer ,lagik best laa.. hehehhehe.. Dlm takder mood nak bercerita, mcm ni laa result dier. OK laa sat lagik meeting. Huuhh, kali ni tak ley dah cam ngantuk2. chowww!

Monday, June 7, 2010

Sakit tumit kaki kiri


"Nyeri nyer rasa kat tumit kiri ni!"
Nyeri tu aper erk? Rasa perit kat bhgn tumit. Tak selesa. Bila pijak akan rasa sakit. Duduk pun terasa jugak.
Maybe website ni berguna utk aku try - http://www.hughston.com/hha/a_12_3_5.htm

Balik rumah nanti nak rendam ngan air suam dgn garam before tido.

Ok lah nampak gaya hari ni, hanya dpt berkurung dlm ofis jer la. Chow!


Thursday, June 3, 2010

Doa solat dhuha

Solat dhuha, baik diamalkan hari2. Amalan harian utk murahkan rezeki kita...insyaAllah

Doa solat dhuha :

“Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu “. ” Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. ,Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”

Wednesday, June 2, 2010

Yesss!! Udah settled

Alhamdulillah. Keje utk e-pitis, dah siap. Ni baru permulaan.Kira dah submit pada tn punyer projek utk semakan. So sekang ni waiting status la. Maner lubang2 yg nampak boleh ditampal2 lagik la. 


e-PITIS projek

Utk proj micro payment ni. dah demokan pd tn punyer projek. So, seme ok. Tinggal perbaiki sket jer lagi utk upload data. Dlm mem blog neh, aku try test, yeeehuuu dah leh upload. Yeeahhh! sikit lagi menuju ke penamat.. yeaah itu dier..berlari terkedek2. Wisel bakal dibunyikan sebentar lagi.. nantikan juara nyer.

[huhuhuhuh... cam sewel pun ada. minggu ni sungguh produktif!!]

Alhamdulillah.. seme berjalan ok...


Tuesday, June 1, 2010

Apalah nasib sukarelawan2 kita...

Sebak..
Yup.. Bila aku baca2 berita terkini, n ketaktahuan status mereka2 yg ditangkap oleh israel laknatullah tu, rasa sayu jer hati. Hidup ke, cedera ke, mati ke. Tak ada statement terbaru pasal mereka yg join misi ni. Tengok you tube camaner mereka protect diri mereka, tu pun tanpa sebarang objek yg dinamakan pistol, parang, pisau. Tapi di sebelah pihak yg dilaknat Allah itu, lengkap dengan pakaian perang, n senjata pistol n sekumpulan dgnnya di tangan & di badan.

Apalah nasib mereka sekarang. Aku ingatkan cuma yg beragama Islam yg menyertai misi penghantaran makanan dan bahan2 binaan tu. Rupanyer mix. Semua agama ada. Satu dunia menyertai misi bantuan ini. Dari segi kedoktoran, dari segi bantuan mknn, bantuan pakaian, n banyak lagi.

Tak kira laa tujuan nya pada nama ke memang betul2 nak bantu. Yg penting sekarang ni, saper yg nak pergi menerobos diri, pergi tempat yg tgh berperang. Tak tau pergi akan kembali ke, atau tak kembali. Mungkin sblm2 ni, di post kan saja barang2 tu. n berita yg diterima agak hampa, tidak sampai pada rakyat palestine.
Fikir2kan lah..Semangat yg kuat jer yg mampu nak ke sana. Tinggal anak isteri, famili, mak ayah, adik beradik..

Think big and your deed will grow;
Think small and you will fall behind.
Think that you can and you will;
It’s all in the state of mind.

"Ya Allah Hentikanlah segala kezaliman, pembunuhan, permusuhan ini. Angkatlah mereka yg dizalimi itu dari segala kesusahan, bala, peperangan, n permusuhan. Jauhkanlah kami dari segala bala. Hanya Engkau Ya Allah yg mampu menghindarkannya ya Allah.."

Berita terbaru:

Rachel Corrie akan teruskan pelayaran ke Gaza - Dr. M

01/06/2010 4:14pm

KUALA LUMPUR 1 Jun - Kapal Rachel Corrie yang cuba menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza dengan enam warga Malaysia berada dalam kapal itu, akan meneruskan rancangannya walaupun sebuah kapal Turki dengan misi serupa telah diserang tentera laut Israel semalam.

Pengerusi Perdana Global Peace Organisation (PGPO), Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kapal itu tetap meneruskan pelayaran melalui perairan Gaza dan tidak akan melalui perairan Israel.

"Kapal itu tidak akan melalui perairan Iarael. Kenapa pula Israel mahu menghalang orang daripada pergi ke Gaza dan tidak melalui kawasan perairan Israel langsung. Mereka tidak berhak berbuat demikian," katanya.
Malahan, Dr Mahathir berkata dua buah kapal lagi akan belayar ke Gaza dan terdapat warga Malaysia dalam kapal berkenaan.

"Pelayaran kapal itu tertangguh kerana mengalami masalah pada enjin. Mereka berlepas dari Ireland dan perlu melalui jarak lebih jauh tetapi tetap meneruskan pelayaran ke Gaza," katanya dalam temu bual dengan stesen penyiaran Al-Jazeera hari ini. - Bernama


Selamatkanlah mereka2 yg terlibat dari segala kesusahan. Permudakanlah urusan baik mereka.