Tuesday, June 1, 2010

Apalah nasib sukarelawan2 kita...

Sebak..
Yup.. Bila aku baca2 berita terkini, n ketaktahuan status mereka2 yg ditangkap oleh israel laknatullah tu, rasa sayu jer hati. Hidup ke, cedera ke, mati ke. Tak ada statement terbaru pasal mereka yg join misi ni. Tengok you tube camaner mereka protect diri mereka, tu pun tanpa sebarang objek yg dinamakan pistol, parang, pisau. Tapi di sebelah pihak yg dilaknat Allah itu, lengkap dengan pakaian perang, n senjata pistol n sekumpulan dgnnya di tangan & di badan.

Apalah nasib mereka sekarang. Aku ingatkan cuma yg beragama Islam yg menyertai misi penghantaran makanan dan bahan2 binaan tu. Rupanyer mix. Semua agama ada. Satu dunia menyertai misi bantuan ini. Dari segi kedoktoran, dari segi bantuan mknn, bantuan pakaian, n banyak lagi.

Tak kira laa tujuan nya pada nama ke memang betul2 nak bantu. Yg penting sekarang ni, saper yg nak pergi menerobos diri, pergi tempat yg tgh berperang. Tak tau pergi akan kembali ke, atau tak kembali. Mungkin sblm2 ni, di post kan saja barang2 tu. n berita yg diterima agak hampa, tidak sampai pada rakyat palestine.
Fikir2kan lah..Semangat yg kuat jer yg mampu nak ke sana. Tinggal anak isteri, famili, mak ayah, adik beradik..

Think big and your deed will grow;
Think small and you will fall behind.
Think that you can and you will;
It’s all in the state of mind.

"Ya Allah Hentikanlah segala kezaliman, pembunuhan, permusuhan ini. Angkatlah mereka yg dizalimi itu dari segala kesusahan, bala, peperangan, n permusuhan. Jauhkanlah kami dari segala bala. Hanya Engkau Ya Allah yg mampu menghindarkannya ya Allah.."

Berita terbaru:

Rachel Corrie akan teruskan pelayaran ke Gaza - Dr. M

01/06/2010 4:14pm

KUALA LUMPUR 1 Jun - Kapal Rachel Corrie yang cuba menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza dengan enam warga Malaysia berada dalam kapal itu, akan meneruskan rancangannya walaupun sebuah kapal Turki dengan misi serupa telah diserang tentera laut Israel semalam.

Pengerusi Perdana Global Peace Organisation (PGPO), Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kapal itu tetap meneruskan pelayaran melalui perairan Gaza dan tidak akan melalui perairan Israel.

"Kapal itu tidak akan melalui perairan Iarael. Kenapa pula Israel mahu menghalang orang daripada pergi ke Gaza dan tidak melalui kawasan perairan Israel langsung. Mereka tidak berhak berbuat demikian," katanya.
Malahan, Dr Mahathir berkata dua buah kapal lagi akan belayar ke Gaza dan terdapat warga Malaysia dalam kapal berkenaan.

"Pelayaran kapal itu tertangguh kerana mengalami masalah pada enjin. Mereka berlepas dari Ireland dan perlu melalui jarak lebih jauh tetapi tetap meneruskan pelayaran ke Gaza," katanya dalam temu bual dengan stesen penyiaran Al-Jazeera hari ini. - Bernama


Selamatkanlah mereka2 yg terlibat dari segala kesusahan. Permudakanlah urusan baik mereka.

No comments:

Post a Comment