Tuesday, August 10, 2010

Tazkirah terawikh mlm #1

Sedikit info nak dikongsi sesama [peringatan utk aku gak neh]. Ni aku dpt time gi solat terawikh malam pertama. Lupa nama penceramah tu, cuma tau dari nilai, N9.

Antara perkara2 yg ditekankan:

Solat terawikh:
Antara Imam n makmum - bacaan lazim yang terlampau panjang. Perlu lihat golongan makmum. Adakah terdiri drpd mereka2 yg tua (>50, >60), atau golongan muda, golangan tahfiz? atau golongan biasa.
Jika bacaan yg terlampau panjang, akan terjadi - makmum tidak fokus apa yg dibaca, kerana tidak faham apa maksud ayat yg dibaca imam [lebih kpd mengelamun laa time imam dok baca bacaan lazim].

Attendance solat :
Permulaan malam2 di bulan ramadhan, bolehlah dikatakan saf2 agak penuh. Kira sampai tak perlu laa imam sebut, penuhkan saf2 depan, rapat2, sebab keadaan dah tersedia penuh, memang kompem rapat antara makmum. Dah separuh ramadhan makin kurang. Di hujung ramadhan, makin la kurang, n sekali lagik tak perlu laa imam ckp ke depan, penuhkan saf [sebab saf kompem memang tak penuh, ada la 5, 6 kerat yg datang]. Perlu sedar n muzakarah diri. Mana yg perlu diubah, cubalah untuk berubah. Masjid sekarang dah banyak didirikan, tapi kebanyakannya kosong. Kesian kann [cth terdekat masjid putrajaya ngan masjid kristal, penuh ke org2 nyer? sendiri pk laa. Jgn pong pang sana sini. Apa2 pun dlm diri sendiri perlu ada kesedaran.

Puasa:
Sepatutnya mengalu2kan kedatangan bulan Ramadhan. Trend sekarang, sblm puasa, iklan raya dah bertaburan, bersepah2. Tu tak termasuk topik kuih raya, baju raya, cuti raya.. [kena batang hidung sendiri neh].

Isu boikot barang yahudi:
Api2kan jgn minum ini, jgn makan itu..Sana jangan , sini jangan. Sebab funding kpd  diaorg lagik. Kena fikir2kan dulu bab ni sblm bertindak. Kalau betul produk kita betul2 ada dipasaran, n mudah didapati, tak mustahil utk kita boikot sana boikot sini. Sehari2 hidup kita masih gunakan apa yg depa buat. Fikir2kan lah. Mana yg baik di ambil, mana yg boleh dielak, elakkanlah.

Tadarus Al-Quran:
Jgn group kan golongan pandai dgn yg pandai jer, golongan yg kurang pandai bersama golongan kurang pandai. Ini tidak membantu group yg tak pandai utk menjadi pandai. Sebaiknya, campur2kan. So kat situ, boleh ada tegur menegur. Yg tu baru dipanggail tadarus [Biasa aku dok wat adik aku amik this juzuk hingga juzuk ni. aku lak amik juzuk berikutnya sampai juzuk sekian..huuuh perlu diubah ni.. hmm ada ker  tadarus jenis jauh nihh erk?]

Khatam Al-Quran:
Jgn berkejar utk khatam Al-Quran tanpa memahami maksud ayat2 yg dibaca. Baik utk kita meneliti intipati ayat2 yg dibaca. Buatkan lebih menyerap dlm hati. Lebih bermakna apa yg dibaca [Yupp. Kena cari tafsir alQuran pas ni]. Biarlah lambat asal faham yg tersirat :)

Wokiesss..last sekali, mana yg baik, amik. Mana yg tak baik tu, tinggalkanlah.

2 comments:

  1. oooo banyak rupernya yang di citer waktu takzirah tu.. hmm sahur tadi tanya... sket jer citer :)

    ReplyDelete
  2. Ada yg ter KROZZZZ kan diri.. huhu.. sesedar cakap sengsorang joo time sahur tadik

    ReplyDelete