Monday, August 2, 2010

Kerana .... kita berubah

Setiap saat kita akan diuji olehNYA. Tanda2 kita masih dalam perhatianNYA. Bersyukurlah kita, Ahamdulillah. Dalam hidup kita, akan ada perubahan. Mungkin sebab diri sendiri dan mungkin sebab org lain. Kebiasaannya disebabkan sesuatu kita akan berubah. Tidak kira perubahan tersebut dari yg baik kepada yg jahat. Atau dari yg jahat kepada yg baik. Dari yg tidak amik tahu, sekarang sudah amik port.

Contohnya dalam hidup ni Allah ciptakan manusia ini berpasang-pasangan. Dari seorang kepada berdua. Sedikit sebanyak perlu ada perubahan dlm hidup, utk jadikan pasangan kita selesa bersama2 dgn kita. Untuk buatkan kita lebih fahami pasangan kita sebaik2 nya.

Mendapat pekerjaan setelah menamatkan pengajian.Segalanya fresh. Bermula dengan ilmu yg cetek. So, dari situ kita bergerak, utk cedok sebanyak mana mungkin ilmu yg boleh menfaat bersama di kemudian hari.

Baby... membesar menjadi seorang anak kecil mengenal huruf ABC, Alif ba ta, satu dua tiga.. masuk tadika, then ke sekolah rendah, sek men, kolej or universiti..dan  seterusnya.. Semuanya memerlukan perubahan. Perubahan utk kebaikan.

Sepatutnya perubahan demi perubahan ini, buatkan kita lebih bersyukur kepada our Pencipta, Allah yg Maha Esa.. Berkerjalah kamu seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun lagi, Beribadahlah kamu seolah-olah kamu akan mati pada hari esok.

Pssssttttt: :) banyak ke aku dah wat perubahan dlm idup aku erk?

No comments:

Post a Comment