Wednesday, April 28, 2010

Yeehuuu!! Kakngah pregnant lagikk

SuperrrbbB!!!! Kakngah pandai rancang kelahiran anak2 dia. every 3 years..
Aleeya dah 5 thn nak masuk 6, ateerah dah 3 thn...

Smlm aleeya kol aku. Gumbira tak terkata. Mama jumpa doctor tadi. Doctor cakap, ada baby dlm perut mama..Epi dengar suara. dah masuk minggu ke6.

Alhamdulillah...Ujung tahun ni dpt lagi aku anak sedara... weehuuuu..

Tuesday, April 27, 2010

Amalan - Doa Nabi Zakaria

[Rujukan: Doa zikir harian- by Ustz Zahazan Mohamed]

Doa untuk mendapat zuriat yang baik

Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.


Secara positif nya berbaik sangkalah dgn Allah s.w.t. Pasangan yg inginkan zuriat, boleh mengamalkan ayat ini. Mudah-mudahan dikurniakan rezeki anak, insyaAllah. Di samping itu juga, amalan2 sunat yg lain baik juga jika dapat diamalkan selalu, memperbanyakkan sedekah, berpuasa sunat, dan qiyamullail. Semuanya kita letakkan pada yg Maha Esa, kita cuma boleh berusaha, yg menentukannya Allah yg Maha Esa.

Monday, April 26, 2010

SAM card -udah rosak satu....awwww tak kuasa laa nyaaahhh

SAM? BUkan tokey kedai beskal hubby aku yg selalu pergi tu. Ni SAM-Security Authentication Module card or SAM card is a smart card in a reduced form factor similar to a Sim card. SAM cards are usually used to hold cryptographic keys inside point of sale terminal units [terkeluar language english laks..ahakss; copy n paste laa. faham tak faham, faham2 kan jer laaa k. malas aku nak translate..]

Keje aku yg dah ter 'drag' sampai hari ni. Biasa part kad ngan SAM takder bnyk mslh, as long as kita ikut formula yg diberi, n ikut step by step procedure nya laa.

Kali ni, beri aku tekanan betul part SAM n card neh. Apa punca masalah pun aku tak tau. No idea. Blur. Blank!!

Start from today, aku ev to translate codes from VB to C [Setelah aku dah mentranslate 2 kali dah sblm neh]. Nampak mcm mudah. Tapi agak sedikit fobia utk procede this job. Sebab Apa yg aku dah rosakkan tu dlm limited quantity [mungkin ada lagi satu kot]. Fuuuh! Masak lau aku guna n rosakkan lagi. Mau kena piat piat tinger oden neh.. uwaaa!!!..

So berkerojer la kita hingga kita penat berkorejer yerrrk... Yeaah I, me, myself --- peace....

Psttt..rasa nak pi layan duk kat air terjun yg laju tu, duk bawah air terjun tinggi tuu... tolong aku jerit kuat2. Layan surah al-fath ah. Lagi bagus kan. Moga terbuka pintu2 hati, pintu2 idea aku utk aku berkoreje dgn tekun..

Aku yg makin legam

[entri lepas tak habis karang lagik.. tapi aku tetap nak masuk entri baru..nanti laa aku sambung entri tu, panjan gmak limah sgt..]

Belek2 muka kat cermin tolet opis..
"Huuh makin legam, makin itaaam" Kes gara2 menjadik mat salleh ar.. huwaaaaa.

Beraksi as mat salleh kat langkawi ngan berjemur sket lagik [wat tambah perwarna itam] time Selangor MTB challenge 25 april ritu.

Best blogger.. tahniah yer.. kita nak upload gambar awak gaks..
awak bukan best blogger jer, taaaaaaaaaaapi serba serbi best. Tak dpt tempat no 1 kat tournament pun, teeeeeeeeeeetap no 1 dlm hati wife abg nehh.


Wednesday, April 21, 2010

Fly ke Langkawi

Trip tak dirancang, di tengah bulan. Semuanya dlm sekelip mata. Dengan satu kol mak ayah aku buat kat aku, then aku tempah flight, to te to te.. zupp dah ada kat klia, menunggu flight ke langkawi. Kali ni, pilihan aku n hubby naik MAS aircraft. Harap semua on time, n berjalan lancar.

Menuggu flight ke langkawi

Yeahh! Peace . masa utk terbang..weeehuuu

Landing di langkawi around jam 6.40 camtu. Adik aku dah terpacak kat airport sana dok nunggu. Huuuh merempit ngan moto dari pekan kuah, sebab dek salah baca msg yg aku. Alhamdulillah perjalanan ke langkawi baik2 saja.

Sblm aku storykan apa yg aku dpt kat langkawi, meh layan sikit gambar selingan ..
 Ceria tak? Daaalaam haati.. hehehe "duuup daap duuup daap"
Cayalaaahh!!! u can do it my bebeh..

Cool tuu.. Taaabikk springg!!!


alhamdulillah...udah landingg

Ni la teratak adik aku, dlm kawasan Kedawang kot nama tempat neh, lupa plak nama kampungnya. Dlm kawasan kebun2 org. So, ceria laa la ayah aku. Ada tanah utk dikerjakan..
Teratak tempat mencari rezeki 

Hari esoknya, kami dah start menyelongkar setiap sudut rumah ni. Kira aktiviti bebas, mencangkul, menebas. Abah dah start buat deco kat parking kete adik aku. Penat tol aku tengok kederat abah neh. Tak duk diam..Aku laks penat. Bettolll! Sampai ke hari ni aku masih lagik rasa penat tu tak ilang. campur2 ngan sakit pala, berterusan dlm 3-4 hari ni.. Pagi tadi aku mengalah, telan gaks aku ubat.

Mai sambung laagikkk..yeehuuu..!!

Wokiess..Trip kami yg pertama, Air terjun telaga tujuh. 
Air terjun Telaga Tujuh

Hmmm.. Telaga tujuh .. nuuuuun jauh lagik atas bukit. Tak larat laa nak menapak, semata2 nak tengok 7 lopak air dlm batu. Nak mendaki ke air terjun tu pun aku dah semput.

Kat parking, aku tengok mcm takder bnyk sgt keretanya. Mengikut tourist guide kami [adik aku lorrr, saper lagik],
"kalau mcm ni dah ramai dah kat sini. Lau takder org tu, mungkin sebuah 2 buah kete jer".
Aku: "Yer keee?"
Dalam hati, "hmmm.. mcm takder sgt pengunjung yg nak dtg sini, berbeza time aku dtg dolu2."

Aku pernah mai sini, rasa ada kot 3-4 years back. Tapi time tu, tak berkesempatan nak layan mandi2 kat sini, disebabkan membe2 pompuan aku yg agak sengal dok menjerit. Pantang betul part neh. Org ckp simpan plastik bag, any plastik bag sebab kera2 kat sini hyperactive. Pantang nampak plastik, akan disambar sesegera mungkin. Membe dok layan buah jambu asam, sedap sgt kot. Tetibaaa... zaaaaaaaaasss... Sama kuat jeritan membe aku, ngan sore si kera dok galak dah dapat habuan mkn lunch ari tu.  Isssy.. pastu nak tau aper jadik? Tinggal aku sorang jer la, yg masih semangat nak naik atas sana. Hmmm.. nyampah toll aku, lau dah jejak tapi tak gi. Udahnyer, kami balik. Dah laaa parking berbayooorrrr.... Tak gemar tolll cenggini.

Ok lah abis dah flashback den tu yooo. Layankan aksi kanak2 ribena, dpt air.. Hep hep hooreeeyy..!!

Kanak2 Ribena dapat air

Duk leklok.. area sini la aku meluncur laju ke bawah.Tak dpt ais salji pun wat ski atas batu pun soodaapp.
Tengok ar air terjun blkg tu, cam lelehan air jer, no more air terjun. Sedih nyer laa..


Baju lawa, tapi cam x de pelanggan poong

Lepas dah penat berenang kat kolam air terjun yg agak tak sejuk tuu [maybe sebab cuaca sekang dah makin panas]. Mlm tu kami anak beranak pekena makan2 kat restauran Buluh Pantai- Bamboo Beach Restaurant [English word gak sodap didengar erkkkss]. Ni kedai ayah membe adik aku [betoi ke ayat tu? Membe adik aku nyer ayah laa...]. Kedai ni, terletak di Pekan kuah, di kg penarak. Saper belanja? adik gue.. Baik laks dak neh. Dlm kering kontang tu, leh lagik belanja. Moga Allah berkati n murahkan rezeki dier selalu. InsyaAllah.

Bamboo Restaurant - sotong celup tepung, ikan siakap 3rasa [tapi aku tengok kat bill dier, dier tulis ikan gerut..ntahlaa mana yg betoi nyer], sayur kailan, n tomyam

Sebenarnya, famili aku ni, jarang sgt mkn kat luar, kalau ada rumah anak beranak. Suka lagi masak2 kat rumah. So, kali ni, semua telah dibooked awal. Jadi, nak taknak, mak abah aku, terpaksa keluar. Suka tak suker, teeeeeeeeeetaaap akan suker.. Susah part2 neh. Ken guna cara lain utk depa menjoin kan diri.. heheheh..Well! utk suker2 dierorg gaks kaaan...

On da next day nya, kamikaze merayap-rayap ke Tg Rhu pulak. 
Ni first time la aku gi ke tempat neh. Laluan ke tg rhu ni, agak sunyi sepi. Jln heading ke sana, muat2 selisih 2 kete jer.  Tepi2 cam pokok yg tumbuh dlm air tu. Pokok bakau pun ada, tapi ada sejenis lagi tu. Aku lupa la. Ayah aku tau la namanya. Time pagi kami lalu tu, air blom pasang. 

Dok layan suasana pagi ngan pokok2 rhu tepi2 jalan, tup tup, ada hotel taraf 7 bintang tuuuu.. Ullamaak!!!. Aku tengok deco mcm biasa jer, mcm arab2 nyer rumah. Bila tengok dari tepi jalan, tak mcm hotel, tapi lebey kpd banglo2 ala2 kotak cam arabnyer rumah. Cuma di moden kan sket style rumahnya. Tn punya tempat ni, sebenarnya melayu. Then dier jual kat pak arab [dah terlepas kat pak arab..menci tolll!]. Pastu dengar2nya, nak beli kilang simen yg dah kacau pemandangan mata penunjung VVVIP kat situ [kayoo nyooo].

Boleh la dikatakan ini adalah tempat privasi bagi yg bergelar tun, toh puan, datin seri n sewaktu dgnnya laah. Lau tak silap aku, sultan brunei pun mai sini. Hmm aku rasa sultan brunei ada tempat khusus dia lau mai langkawi. Lau tak silap aku laaa, macam pernah dengar... hmmm nama pun sultan kaannn..k laah malas nak ckp isu2 org2 kaya ni. kaya tapi ati tak tenang wat haper kaan...kaan... 

Yeey yeee! Dah sampai. Ni laa ruper tg rhuu tu...



Banyak  bot2 penumpang kat sini. Sini kiranya 2nd jeti la, utk lakukan aktiviti yg dinamakan - 'MANGROVE'.



Sedikit posing2 santai dari hubby,mak, abah, adik aku, ngan haakuuuu..hoho..




Rasa cam nak sambung lagik.. Rasa cam nak lik umah dah rasanya. K laa yer, tunggu jer laa sambungan citer aku inih.. hooohaaa.. chow. Sblm tu, layan lagi lah gambar2 bawah2 ni k..chow chin chow...:)
















Wednesday, April 14, 2010

Omak den

Salam..

"berita BAIK amat :D.. duit mak baru ni dapat diselamatkan rm4500. Maklumat  lanjut sila dapatkan dari ibuku ibumu :D"

"Alhamdulillah..."

Meh flashback semula....
Ceritanya bermula begini....Hari isnin last week mak aku dpt kol dari sorang lelaki ni. Dia ckp dier dari CELCOM. Apa yg diberitahu, mak aku boleh menang rm7K.

Lepas dia dah tambah rempah ratus dan wat tumis, jadik sambal tumis peseme dlm ilmu memujuk dia, mamat ni dptlah account no mak aku. Mak aku pk, takder aper yg leh diwat oleh mamat neh. No account bukan leh wat aper2 pun. Mak aku tak tau aper yg jadik pastu lagik teruk..

Pastu nak tau aper jadik? Dia suruh mak aku utk ke atm MAYBANK terdekat. Ntah aper yg dicanaikan oleh mamat ni. Mak aku yg biasa kasi warning kat kitaorg jgn pedulik aper yg org2 camtu ckp leh termakan ckp mamat neh. Part tu aku tak ley nak elobarate panjang2. Yg pasti umpan dah kena makan...

Meh aku story sket pasal ilmu internet2 yg ada pada mak aku. Bukan buka pekung di dada, tapi inilah kenyataan utk dijadikan pengajaran dan peringatan. Dipendekkan stori, mak aku ni memang tak tau langsung, duit leh dikeluarkan thru internet. Aku pun cam.."errrr....errrrr" gak laaa dlm mendengar pengakuan mak aku itu, aku pun tak tau mak aku tak tau pasal internet banking neh. Fuuuhhhh!!! masaaak..alahai omak den..

Ok, dekat mesin atm, lepas dah sampai mak aku ni kol la mamat tu, ckp dah ada kat atm, aper perlu dibuat?. Dier kasik laa arahan2 yg perlu ditekan, dimasukkan nnnn... DONE! Sebagai org tua yg tak tau sgt part2 neh, hanya tekan, tanpa baca aper2 yg tertera kat screen atm tu. [Aku tak tau aper mamat neh dah olah cakap sampai mak aku ikuuuuuuut jer telunjuk dier]

Nak tau aper yg dibuat oleh mak aku? Mak aku register as new user utk banking online @ internet banking. Dan yg paling paling teruk laa org yg pekenakan mak aku tu, mintak mak aku letakkan password yg dier kasik, default password laaa "123456"..huuuu.. kes naya betul. [Sekali lagik, kesian kat mak aku. Betul2 dier tak tau aper yg dier buat]

Nak jadikan cerita lagik, lepas jer mak aku dah selesai "kerja mamat" tu, mak kol  abg ipar aku. [Abg ipar aku neh dulunyer keje celcom]. Teeettt.... "Mak kena tipuuu tuuuu, bak mai mak punyer ic no.. nak block account mak tu".. Punyer time tu mak aku terkalut, tersilap laks kasik ic no. Fuuuhh! mcm baru tersedar. Lau aku ckp mak kena sihir kot. Mak akan nafikan, Cause, dier selalu amalkan ayat elak sihir tu.. No comment part neh..

Pastu urusan gi bank (maybank) nak block acount, block card, urusan ngan polis, utk wat report nak kasik kat pihak bank pulak peseme berjalan. Dah sampai kat maybank tu, tengok transaction memula mamat tu keluarkan RM2K. Pastu beberapa saat pastu, RM3K. FUuuhhh! satt jer... tak sempat wat aper2. Dlm pada tgh dok wat report tu, mamat tu leh kol lagik mak aku. Kebetulan tepon mak aku ada pada pegawai bertugas, sebab tgh check no yg dikatakan oleh mak aku. Then dier pickup la da phone. Lps say hello.. Nak tau sore saper..? Hmm sore indon tuuu. [Rasa nak maki jer lau dpt kat aku]. Pegawai tu apa lagi, siasat nyer siasat, memang org tu kol dari indon, n tarik duit ke sana. Aku tak pasti apa yg di to te to te kan oleh pegawai ngan mamat pencurik tuu. 

Time wat report ngan inspector tu pulak, mak aku kena sindir ngan inspector tu plak. Tak kesian langsung kat org tua. Polis ni rasa mak aku tamak, tu yg boleh jadik camni. Mak aku balas, "Encik ni langsung tak kesian kat makcik. Dah la makcik ni org tua, tak tau aper yg dibuat tu akan jadik begini. Time macam ni, encik nak sindir2 makcik, nak tunding2 jari. Langsung encik takder rasa kesian. Makcik bukan nak sangat duit tu. Telefon makcik ni pun, bukan atas nama makcik pun, tapi atas nama suami makcik. Pastu, makcik plak yg kena. Makcik gak yg kena." [
Aku tau laa caner polis lau soal siasat, kita yg dipihak benar pun, cam dipersalahkan.. huuh tingat time kena langgar ngan kete dulu]

So, setakat tu laa cerita utk hari tu.
Hari ni, aku dpt msg dari kakak aku. Secara ringkasnya, pihak bank dapat tarik @ selamat duit mak akuduit tu dpt diselamatkan, cuma rm500 jer yg burn... wokies. Beringat-ingatlah kita k..

Tuesday, April 13, 2010

Sorok muka dlm lubang cacing pun, cacing taknak tengok..Malunyeeerr

Uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!
Maluuuuunyerrrrrrrrrrrrrrrrrr. Task yg boss kasik, aku tak dpt siapkan on time. Part ni aku cukup2 malu.
Uhhh!! taknak masuk meeting rasanya.

Tadi dlm meeting tak tau aku nak ckp aper.

Sedikit selingan, jeng jeng jeeeengg....
Boss: ok last  part, mepscash? Aida?
Me: Coding dah siap. Cumaaaaaaaaaa sangkut lagik part debit purse.
Boss: ???
Me: Sangkut part signature. Maybe signature tak kenal [aiyooo yooo! aku cam dah tak senang duk dah nehh]
Sifu: Error 9302..signature salah.
Boss: Wat dlm VB?
Me: Dah buat. Dah compare. Semua sama. Jadi tak dpt detect mana error sebenar dia.
suasana senyap jap... dunno nak ckp aper daah..
Sifu: Sebenarnya ada pertukaran sket yg aida buat dlm codig tu. Tapi tu utk kasik semua nya guna satu cara. Coding asal guna 2 cara, cam bercampur2 sket. So nak standard kan, aida choose guna string. Pendekkan lagik coding.
Sifu2: Kot2 dah guna string ada null tgh2..
Me: Dah check satu2 command set, semua takder null. Seme sama bila compare ngan VB.
Boss: [tak ckp dah ni continue lagi laa nii] 24hb k.. Boleh siap dah kan..?
Me: [senyap jaaap, sambil telan ayer liu'q.. sambil pala pikio. "Tang maner lagik aku tak sentuh neeh?? omaaaaaaaaak toolongggg!!!] insyaAllah...[menyebutnya ngah tak confidentttnyerrrr laaa]

Susahnyer nak debug dlm SAM.. huhhuhuuh..Takley tengok cam fizikal error. Pas tu guna random lagik. Aiyoooo!! Tiap kali system running kompem bertukar. So?
Elp!!.. Elp!!!...

Malu woooooooooooooooooooooooooooooooooooo!!!!!!!

Monday, April 12, 2010

veli da stuck maa

ohh nooo!! help!! help!!

grrrrrrrrrrrr!!! weeeeeeenggg.. wengggg...leeekaaaattt!!

oohh my god! Someone please help!!

Sunday, April 11, 2010

Halalkah?

Ref blog: http://rozaroslan.blogspot.com/

Sabda rasulullah lagi:

" Allah s.w.t telah melaknat arak, peminum, pemberi minum, penjual, pembeli,
pemerah, orang yang diperah untuknya, pembawa dan orang yang dibawa arak
kepadanya " (Hadis Riwayat Abu Daud )

Pernah terfikir tak korang, ni dlm kes arak.Kes2 yg bertentangan yg lain camaner la erk?.. Ya Allah mintak dijauhkan aku dari sumber rezeki yg tidak halal, amin ya Rabbal a'lamin..

Menjenguk tok di penang

Last weekend, aku, hubby n adik ipar aku wat trip balik penang. Tghari gaks kami gerak, sebab hubby aku take 5 sat, pas lik keje tu..[heheh take 5, almaklumlah org tak tido, kita layan kan ajer], yer dok?

Sepanjang jalan, cam tak rasa cam balik penang pun. Ntah.. rasa cam nak gi jalan2 biasa jer. Tujuan kami balik kali ni, nak jenguk tok hubby kat penang. Baru sehari sblm tu, wat operation mata. Mata kanan, buang katarak, n taruk new lense.

So far alhamdulillah. Kami sampai dah ptg sgt dah. Tea time laah. Kiranya kali ni, trip yg tak dirancang sgt la, balik tanpa beritahu kat mama ngan ayah kami nak balik. Cuma yg tau pun , maklong hubby, setelah dibocorkan sendiri oleh adik ipar aku [cettt tak sesuwaaaaii gituu]. So, mama actually dah dpt agak, hasil dari body langguage maklong, tapi sebab dier dah ckp sendiri ngan anak sulung dier [hubby den lorrr], "korang tak balik kan?", hubby jawab, "tak lik".. teng teng teng...so percaya tak percaya, memang percaya laa kami tak balik hehehehe.. ceria mama, ceria org dlm umah, makin ramai ahli keluarga balik.

Pas aktiviti menyalam2 tu, kitaorg terus melantak kat situ [huuhhu bughook toll]. Tengok mata tok masih merah. Kesan dari operation yg diwat ari sblm tu. Tok kena pakai spek mata itam.. fuuuuhhh!!! Superbbb!! Terbayang lau tok ni jenis cam mak mak datin, sureee suuuperrrrrrrbb!!! wa cakap sama luu. Cucu yg bertuah tu, dah panggil tok depa "lady gaga" [tok cenyum jerr, layankan perangai bertuah cucu2 yg memang agak sengal]

Nurse tok mlm sblm tu, maklong. nurse becaome to PA pas2 tu, acu arr. So aku nyer task takder pe laa. memeriahkan suasana jer la. Cerita2 dari sepital terus keluar. Hohohoho.. lau aku dok kat tempat tu, seram sejuk gak laaa, dah laa dok kat sepital.

Ari ahad tu, plan nak naik bukit jambul, tak terlaksana. Ada dak overdose berjaga, jadik perlu qadha' tido lagi pagi tu sampai tghari. aku pun melajakkan tido gaks pagi tu. huhuhuhuh.. Teruk sungguh. Bangun2 jer, mandi n aku turun. Wuuuuuuupsss seme dah ready!! ngan bekpes nyer, ngan lunch nyer. Huhuhuhu.. MAAAALUUUUU!!! Tak pandai cari time org umah tu lagik. Lau bgn awal, awal sgt, lau bgn cam aku bgn ritu, cam lewat sgt la plak.

Lepas zuhur tu aktiviti berjalan aku bermula ngan hubby, misi melawat rumah sewa hubby. Cantik tapi ada part kedai cina tu mencacatkan sket pemandangan. Tarikan pool yg cam lain dari yg lain. Aku tak masuk umah tu laa, umah bujang, sure malu beb alu aku masuk. Hubby jer laa pi jenguk dlm sat.
Lepas tu, pi bazar.. Yeeahh mencari baju lagik. Apehal laa, asyik2 baju jalan aku tak cukup. Baju dok umah terlebey2 plak. Sebab aku budget tak gi mana kot. Rasa cam misi balik kali ni, tumpuan nyer pada tok. So, takder niat tu rasa nak melencong [hehhehe, at last melencong gaks, sebab tengok keadaaan tok ok2 sahaja]..

Aku balik semula KL mlm tadik. samapi around 2.30am.. Ngantukkkkkkk lorr kat opissss...

Wednesday, April 7, 2010

Surprise!!!

Kejutan dlm hidup kita akan berlaku, yup! tanpa kita duga, tanpa kita rancang.
Ada surprise yg buatkan kita epi, ada jugak surprise yg buat kita sedih. Dua2 keadaan akan buatkan kita terkejut. Redha tak kita? Tanya diri sendiri. Minta doa banyak2 ngan Allah, bimbinglah kita, tunjukkan jalan untuk kita harungi apa yg sekarang dan yang mendatang. Tetapkanlah redha dlm hati kita..
amiiinnn...
[Surprise!!!!!! hehehe.. police pun kena tuuu]

Hargailah hidup sekarang ini, Alwiz sediakan diri untuk bertemu dgnNYA...

Monday, April 5, 2010

Takder keje ke?

Lepas lunch tadik, memang aku tak buat keje dah.
Bukan takder keje, ada.. Tapi Keje aku tertangguh dek sebab tester card aku tertinggal kat rumah.
So, tadi dah review balik codes yg dah diubah. Seme nampak cam cuuun jer [cuuuuun kerr??]

Tunggu result nyer esok lah. Tak tau lagi cano jadik sok. Harap leh settle this thing esok. Complete...

Penjualan rokok 14 batang akan diharamkan


Yeeeeeeeeeeeeeyyy!! Berita gembira untuk aku..
Hep hep hoooreeeeeeeeeyyy!!
Harap betul2 la dihentikan...

Oooyeaaaaaaaaaaaaah!! Adios

Sunday, April 4, 2010

Sejam knout out



Yeaah! akibat memancing punya penangan. Dapat ikan mata segar. Mata pancing gerak2 mata segar. Alih2 gerak balik rumah dah lewat.

Pening pala aku. Nak sedarkan, nak bulatkan mata lik payahnyerrrrr.. Aku tak tau laa ape yg jadik kat aku sejam tadik. Berkeruh? kuar ayer liu'q basi..? huuhuuuuhhh.. dunnno. Rasa cam saaaaaaaaaaaat sgt jam dah injak ke pukul 2ptg.

Still berpuasa? Yup, insyaAllah still berpuasa. Cuma dlm keadaan still mamai. Cam nak tido laaaaaaaaaaaaaaagiiiiiiiiiiikkkkk...

Adiooss

Thursday, April 1, 2010

Cuti-cuti

Salam jumaat..
Aku ngan hubby bersama2 dgn mak ngan abah aku, akan gerak pi langkawi next 2 weeks.Pecitee?
Dunno laa, yg pasti plan ni dah lama dah nak di langsungkan, tapi dek sebab tak boleh cari masa sesuai, sampai sekang tak jalan. Tup tup.. mak aku kol, decide nak gi sana mid april.. hohohohoh horlick  laa aku..
Baru jer abis bayau seme utang2 n wat saving..Yoooo!!! Gusi pun kering wooo..

Balik opis, terus menggodek pc. Cari the cheapest ticket. Yeahh! Mcm tak bekerja sgt smlm, mcm dok tgh nunggu lelong haper jer. Memula aku biarkan jer, pastu tgn gatal lagik menggagau ke get the deal tu.
Hoooooooooh!!! Rasa cam .. alosssssss.. dah sold out. Aiyoooooo.. lagi lama aku tunggu, lagi aku kalut.


So the result... alhamdulillah aku dpt tapi weekdays ; MAS airlines nyer ticket. Takde nyer nak kasik ari weekend dpt murah.

Dpt la tiket mak ayah aku dari Kuantan - KL - LGK - KL. Boleh laa. Total seme yg dierorg punyer, around rm470. Yg aku ngan hubby lebey kurang rm320 ticket [KL-LGK] [LGK-KL], tak beli sekali part return, kononnya nak balik ari ahad. Sekali ari ahad dah sold out, n air asia tiket mahal 1++ ttuuuuu. Total seme sekali around rm800 la, utk 4 org.

So, nak jadik citer, aku ngan hubby kena pergi gak la. Dulu sorang2, sekang caner2 pun aku akan bawak hubby pi sekali. Risau kot hubby tetiba tak nak pergi, or tak ley pergi. Alhamdulillah, Allah permudahkan part tu..

Hari ni dah apply utk cuti. 15, 16 n 19 April. Yeaaahhh! Moga urusan ini lebey diberkati, bersama2 dgn hubby kesayangan, mak cayang, n also abah cayang.. mmmmmmmmmuuuaaahhh!




Weeeeehuuuuu....insyaAllah rezeki tu ada kat maner2. See, tak rancang pun, tapi Allah dah tunjuk jalan nya kan..


kan kan kan kan.. adiooooos