Wednesday, April 21, 2010

Fly ke Langkawi

Trip tak dirancang, di tengah bulan. Semuanya dlm sekelip mata. Dengan satu kol mak ayah aku buat kat aku, then aku tempah flight, to te to te.. zupp dah ada kat klia, menunggu flight ke langkawi. Kali ni, pilihan aku n hubby naik MAS aircraft. Harap semua on time, n berjalan lancar.

Menuggu flight ke langkawi

Yeahh! Peace . masa utk terbang..weeehuuu

Landing di langkawi around jam 6.40 camtu. Adik aku dah terpacak kat airport sana dok nunggu. Huuuh merempit ngan moto dari pekan kuah, sebab dek salah baca msg yg aku. Alhamdulillah perjalanan ke langkawi baik2 saja.

Sblm aku storykan apa yg aku dpt kat langkawi, meh layan sikit gambar selingan ..
 Ceria tak? Daaalaam haati.. hehehe "duuup daap duuup daap"
Cayalaaahh!!! u can do it my bebeh..

Cool tuu.. Taaabikk springg!!!


alhamdulillah...udah landingg

Ni la teratak adik aku, dlm kawasan Kedawang kot nama tempat neh, lupa plak nama kampungnya. Dlm kawasan kebun2 org. So, ceria laa la ayah aku. Ada tanah utk dikerjakan..
Teratak tempat mencari rezeki 

Hari esoknya, kami dah start menyelongkar setiap sudut rumah ni. Kira aktiviti bebas, mencangkul, menebas. Abah dah start buat deco kat parking kete adik aku. Penat tol aku tengok kederat abah neh. Tak duk diam..Aku laks penat. Bettolll! Sampai ke hari ni aku masih lagik rasa penat tu tak ilang. campur2 ngan sakit pala, berterusan dlm 3-4 hari ni.. Pagi tadi aku mengalah, telan gaks aku ubat.

Mai sambung laagikkk..yeehuuu..!!

Wokiess..Trip kami yg pertama, Air terjun telaga tujuh. 
Air terjun Telaga Tujuh

Hmmm.. Telaga tujuh .. nuuuuun jauh lagik atas bukit. Tak larat laa nak menapak, semata2 nak tengok 7 lopak air dlm batu. Nak mendaki ke air terjun tu pun aku dah semput.

Kat parking, aku tengok mcm takder bnyk sgt keretanya. Mengikut tourist guide kami [adik aku lorrr, saper lagik],
"kalau mcm ni dah ramai dah kat sini. Lau takder org tu, mungkin sebuah 2 buah kete jer".
Aku: "Yer keee?"
Dalam hati, "hmmm.. mcm takder sgt pengunjung yg nak dtg sini, berbeza time aku dtg dolu2."

Aku pernah mai sini, rasa ada kot 3-4 years back. Tapi time tu, tak berkesempatan nak layan mandi2 kat sini, disebabkan membe2 pompuan aku yg agak sengal dok menjerit. Pantang betul part neh. Org ckp simpan plastik bag, any plastik bag sebab kera2 kat sini hyperactive. Pantang nampak plastik, akan disambar sesegera mungkin. Membe dok layan buah jambu asam, sedap sgt kot. Tetibaaa... zaaaaaaaaasss... Sama kuat jeritan membe aku, ngan sore si kera dok galak dah dapat habuan mkn lunch ari tu.  Isssy.. pastu nak tau aper jadik? Tinggal aku sorang jer la, yg masih semangat nak naik atas sana. Hmmm.. nyampah toll aku, lau dah jejak tapi tak gi. Udahnyer, kami balik. Dah laaa parking berbayooorrrr.... Tak gemar tolll cenggini.

Ok lah abis dah flashback den tu yooo. Layankan aksi kanak2 ribena, dpt air.. Hep hep hooreeeyy..!!

Kanak2 Ribena dapat air

Duk leklok.. area sini la aku meluncur laju ke bawah.Tak dpt ais salji pun wat ski atas batu pun soodaapp.
Tengok ar air terjun blkg tu, cam lelehan air jer, no more air terjun. Sedih nyer laa..


Baju lawa, tapi cam x de pelanggan poong

Lepas dah penat berenang kat kolam air terjun yg agak tak sejuk tuu [maybe sebab cuaca sekang dah makin panas]. Mlm tu kami anak beranak pekena makan2 kat restauran Buluh Pantai- Bamboo Beach Restaurant [English word gak sodap didengar erkkkss]. Ni kedai ayah membe adik aku [betoi ke ayat tu? Membe adik aku nyer ayah laa...]. Kedai ni, terletak di Pekan kuah, di kg penarak. Saper belanja? adik gue.. Baik laks dak neh. Dlm kering kontang tu, leh lagik belanja. Moga Allah berkati n murahkan rezeki dier selalu. InsyaAllah.

Bamboo Restaurant - sotong celup tepung, ikan siakap 3rasa [tapi aku tengok kat bill dier, dier tulis ikan gerut..ntahlaa mana yg betoi nyer], sayur kailan, n tomyam

Sebenarnya, famili aku ni, jarang sgt mkn kat luar, kalau ada rumah anak beranak. Suka lagi masak2 kat rumah. So, kali ni, semua telah dibooked awal. Jadi, nak taknak, mak abah aku, terpaksa keluar. Suka tak suker, teeeeeeeeeetaaap akan suker.. Susah part2 neh. Ken guna cara lain utk depa menjoin kan diri.. heheheh..Well! utk suker2 dierorg gaks kaaan...

On da next day nya, kamikaze merayap-rayap ke Tg Rhu pulak. 
Ni first time la aku gi ke tempat neh. Laluan ke tg rhu ni, agak sunyi sepi. Jln heading ke sana, muat2 selisih 2 kete jer.  Tepi2 cam pokok yg tumbuh dlm air tu. Pokok bakau pun ada, tapi ada sejenis lagi tu. Aku lupa la. Ayah aku tau la namanya. Time pagi kami lalu tu, air blom pasang. 

Dok layan suasana pagi ngan pokok2 rhu tepi2 jalan, tup tup, ada hotel taraf 7 bintang tuuuu.. Ullamaak!!!. Aku tengok deco mcm biasa jer, mcm arab2 nyer rumah. Bila tengok dari tepi jalan, tak mcm hotel, tapi lebey kpd banglo2 ala2 kotak cam arabnyer rumah. Cuma di moden kan sket style rumahnya. Tn punya tempat ni, sebenarnya melayu. Then dier jual kat pak arab [dah terlepas kat pak arab..menci tolll!]. Pastu dengar2nya, nak beli kilang simen yg dah kacau pemandangan mata penunjung VVVIP kat situ [kayoo nyooo].

Boleh la dikatakan ini adalah tempat privasi bagi yg bergelar tun, toh puan, datin seri n sewaktu dgnnya laah. Lau tak silap aku, sultan brunei pun mai sini. Hmm aku rasa sultan brunei ada tempat khusus dia lau mai langkawi. Lau tak silap aku laaa, macam pernah dengar... hmmm nama pun sultan kaannn..k laah malas nak ckp isu2 org2 kaya ni. kaya tapi ati tak tenang wat haper kaan...kaan... 

Yeey yeee! Dah sampai. Ni laa ruper tg rhuu tu...



Banyak  bot2 penumpang kat sini. Sini kiranya 2nd jeti la, utk lakukan aktiviti yg dinamakan - 'MANGROVE'.



Sedikit posing2 santai dari hubby,mak, abah, adik aku, ngan haakuuuu..hoho..




Rasa cam nak sambung lagik.. Rasa cam nak lik umah dah rasanya. K laa yer, tunggu jer laa sambungan citer aku inih.. hooohaaa.. chow. Sblm tu, layan lagi lah gambar2 bawah2 ni k..chow chin chow...:)
















No comments:

Post a Comment