Tuesday, August 31, 2010

Cuti? Wooopsss!

Dah lama aku rasa nak bertanya pada HR aka bhgn finance aku tu. Tut tut.. ringan jer buntut aku nak bangun, ringan jer tapak kaki menuju ke meja dia.

aku: "Meng, tanya sket utk company ni MC dier kasik berapa?"

Meng: "Dlm 2 thn , 14 days. 3-4thn, 16days. 5thn ke atas dlm 20-22days. Range dier mcm tu laa. Nak tepat, saya kena check labor law balik."

aku: "ooo... Dah tu mc saya dah lebih sangat2 la thn ni. [dlm hati: huuu.. banyak laa gaji aku kena deduct camni"

Meng: "Yup. Dah cecah 22 hari. Tapi tu termasuk hospitalized hari tu.Setakat ni pun bos ada tanya. Tapi tak ada apa2 arahan yg diterima"

aku: "Kena potong gaji laa erk. Kalau dah banyak mcm tu? Kalau potong gaji la, management, hmm you akan kasi tau kan? ..[dalam hati.. huuh pasrahhhh]

Meng : "A'ah. Sepatutnya ikut law dier mcm tu. Tapi takder arahan lagi. Apa2 hal nanti I akan let you know laah"

aku: "ok. Hmmm pasal cuti. [huuuhh berdebosss aku, dup dap dup dap.. berapa laa minus hari  yg tinggal utk cuti aku tuu]. Cuti saya ada baki lagi ker?"

Meng: [sambil senyum]... ada lagi 5 hari..

aku: [muker heraaannnnnnnn sesangat, sambil nak bercahaya-cahaya..kalau betoi! weehuu]

Meng : eh eh.. silap tengok.. sori. tinggal setengah hari.

aku: [aiyoooo yooo!!!!] ok laa meng. thanks yer.  

uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!...SADISSSS NYERRRR


Suram..

Ngaper mcm errrr.... naper kali ni aku tak rasa nak beraya erk? Langsung tak rasa. Tak mcm dedulu, nak balik kg, laa ni mesti counting hari dah. Nak nak nyer, biler raya tu jatuh pada hari minggu hadapannya. Cuti pun tak apply lagik ni[even aku tau, aku apply ke tak apply ke, sama je, wajib cuti. Cuti laks tolak dari annual leave cam biasa]. Tak rasa nak gi memaner.. Apa makna raya pada aku thn ni erk? Makin dekat hari nak balik makin rasa tertekan laa pulakkk.. aisehmaaaannnn, masalah org tapi aku yg jadik mcm ni. tulun.. tulunnnn...

Monday, August 30, 2010

kuuuuih..kuuuuih...kuuuuuih..kuuuuuih...

Caya tak, next week dah nak raya? Aku yg sebenarnyer, cam tak cayo joo. Dok sembang maya [tau dak sembang maya neeh..ahaksss..chat lorr], sembang ngna vendor kuih raya aku. Dok berkira-kira time bila dia nak mai antar kuih raya tu. Semacam banyak jer rintangan dier nak mai antar. 1st sekali tak kena timing, aku balik kg, jadi takkan dia nak tinggal kat luar umah aku tu jer kan. Ari weekend baru ni plak, dia plak yg terlupa nak bawak, kes tertinggal. So tak leh salahkan dia pun. Sekang Allah kasik cash, ada la tu mana yg tak betoi. Jadik sabar jer la aku menungggu.

Vendor2 kuih raya lain, masih belum aku contact. Sok cuti kan, aku lak yg kena self collect kat area BTS.

Sebut pasal kuih raya, aaahaaa. Taraaaa.. Nantila aku tunjukkan hasil kuih raya homemade raya tahun ni. Resepi, seme dari internet. Tengok ramai yg komen, ramai yg dah cuba, n dah try kesedapannya. So dari situ aku amik, n buat kat rumah last weekend. Ni hasil tangan suami aku, adik ipar aku, ngan aku laaa. Depa ar bnyk tolong. Di atas budi baik tuan hamba berdua menolong, diucapkan tq sooo muccchhh!!! [ada laa balang kuih raya yg telah kosong.. hehehhe]

Pstttt: Nama kuih raya tahun ni penuh ngan bunga2 cinta...hasil daya kretip suami aku. Aper kena ntah, asyik cheeenntaaa jer dok taruk blkg nama kuih... famos chentaku laa... caramel chentaku laa.. hehe.. macam2.Yg pasti layaaann, memang bessssttttt bila ramai2 buat sesama.. pastu rasa dier pun soodappp.

Friday, August 27, 2010

Teh tarik satooo... Siaaaaaaaap!

Ho ho ho.. Dgn kedasatan statement bos haku pagi tadik, memang aku tak jadik nak settlekan current project vending machine tu. Huuuuh!! Sket nyer kes pun nak kecohhh [sabar..sabar.. tahan nafsu marah tuuu]. Ulla laaalaa.. Nama pun bos kan. So, haku ini harus menerima kenyataan haku bukanlah bos bosar...[Sedikit konpius, apa laaaa agaknyer dak marketing tu ckp ngan boss, isk isk isk, tak patut sungguh!]
So, my part, DONE!! ALHAMDULILLAH :) . Done dgn flying colourss tuuu. Haha.. Wuuupsss.. tak baik bangga diri dek nonn oit. [Tarik balik tarik balik]

Stori mori pasal terminal neh. Bukan airport terminal, terminal epurse ni [yg macam korang dok swap2 kredit kad tu laa] .Gprs nyer model hep hep hooreeyy dah [alhamdulillah]. Rupernyer 2 hari aku menggodek2, buntu tang maner lagik nak perbaik, ghoper2nyer terminal yg problem. So tak dapek nak cakap apo2, kita tukar laa terminal problem tuuu.

Sekang tunggu my supervisor utk settlekan his part. Sket lagik jer tu. Wokeh. Adios...

Wednesday, August 25, 2010

Kisah puasa, solat, & zakat

Apa makna puasa? Menahan diri kan? Tahan diri dari? dot dot dot...Dari semua2 yg membatalkan puasa, tahan nafsu. Sah ke puasa kalau org tak solat? Hmmm... Tanya diri sendiri k. Solat tu tiang, kalau tiang goyah, semua akan tersembam jatuh, ye dok?

Time bulan Ramadhan, ramai jer pi solat kat masjid. Ngaper bulan lain tak buat mcm tu erk? Kadang2 ada yg terlampau jaga utk part terawikh, witir. Tapi solat isyak or solat2 fardhu yg lain diambil remeh gitu. Salah niiii...Satu fardhu satu tu sunat. Muhasabah balik diri kita semua.

Zakat... Sedikit selingan pasal zakat. Zakat fitrah. Yup wajib atas setiap umat islam tunaikan. Aku dah bersuami ni, jadi, suami aku yg tunaikan utk aku, n adiknya. Ada waktu2 afdhal, sunat, wajib, makruh, haram. Tu kena amik tau. Info sket, share share ilmu..

Info dipetik dari http://www.e-zakat.com.my/
Waktu:
1- wajib : Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
2- afdhal: Sebelum sembahyang Hari Raya
3- sunat: Sepanjang bulan Ramadhan
4- makruh: Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal
5- haram: Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.

Ikut pandangan ustaz semalam, dalam ceramhnya, tak elok utk tunaikan zakat di pasaraya, any pasar la.. pasar malam ke, bazar ramadhan ker.. Kalau mana yg terlepas tu, amik ni sebagai ingatan utk next year lah. It's gud utk tunaikan zakat di tempat yg bersih, rumah Allah, masjid2 surau2, tempat solat (musolla)..

Ada logik nya. So kalau thru phone? Sekang dah makin flexible, utk nak jugak suh org Islam senang n takder alasan TIDAK utk tunaikan mender fardhu.

Okies nak adios dah. Mana yg baik amik sebagai ingatan n panduan k.

Tuesday, August 24, 2010

Air + sirap = air sirap

Yeeaaahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!! HuaaargggggggggggggggghhH!!!!

Mender ni buat aku betul2 buntu. Puzzle me huuuh..


5 x 6 = 30,  betoi laa tu..
ice + cream = ice cream...hehe
pagar + cat hitam = pagar kaler hitam..apo daaa

uuhuhuhuh.. kalau la sesenang itu..

Stuck neh.. wat program. Pening pala, program udah jalan wat perangai semula.. [sempat lagi tuu ngadu kat sini..hehehe. udah stuckkk amattt!!!] adioss...

Sunday, August 22, 2010

Mungkin ini jalannya

Apa yg dah tersurat, yup kena terima. Senang ke nak terima mcm tu je? hehehe.. Tanya diri sendiri. Pada aku, apa yg munasabah, akan diterima dgn tanpa sebarang persoalan. If sesuatu yg suspicious dah berlaku, takkan diterima laa dek akai yg sihat. So, what next? Hmmm hambar.. No more next2 nyer.. Forever STOP!!

So, caner ngan raya nanti? Wait n see jer laa. Maybe cuti sehari sblm jer, tengok laa caner. Betul2 tawar hati.

Wokies.. sebenarnyer masih ada yg menunggu apa result, apa next episode nya. Pada aku, TAMAT. Aku malas dah nak amik pusing pasal hal tu. Si luncai dulu, lurus bendul, memang betul2 bodoh, bengap. Tapi kan kalau si luncai ni org cerdik, tapi beraksi bengap, memang terserlah laah kebengapannya kaaan...

psstt... badan rasa mau demam balik..hidung sumbat, tekak perit.. tak selesa nyer.. moga banyak dosa yg gugur

Thursday, August 19, 2010

Thumbs up utk Aleeyah!

Ateerah (Kiri), Aleeyah (Kanan)

Yeahh! Udah 9 ari budak kecik ni poser. Saper? Aleeyah laaa. Five fingers UPPP!!! Cayaaaa laah. Adik dier? Heheh...
"Ateerah puasa ke arini?", jawabnyer.. "Puasa.."
"Tadi makan tuu" , jawabnyer.."Tuu sahurrr" Cettttt....loyar bughuk sungguh...

Pssstt: Update sket, Bagus anak buah aku yg sorang ni. Kali ni aleeyah dah boleh puasa penuh. Alhamdulillah... hohoho.. Tunggu si adiknya thn depan, ikut jejak langkah aleeya tak? Yg ni pesennya lain sket. Hohohohoh.. Yg pasti selalu semacam tiada perasaann. Haku laks yg hangin.. aper2 pun.. memang sayang sangat kat dua org dak comeyyy lote neeehhh... InsyaAllah ujung thn 2010 ni, dpt lagik sorang anak sedara, hasil chaiyoo chaiyoo kakngah n abg ngah aku.. hehehhe.. yeeeeeeeeeeeeeyy!! aleeyah n ateerah akan dpt lagik sorang adik.. yaabedabeduuuuuuuuuuu!!! Alhamdulillahhh

Wednesday, August 18, 2010

Lalok

Uhukkss.. Terasa ke blur an terserlah arini. Dibawah pengaruh ubat. Kalau ikutkan aku mkn ubat batuk neh time berbuka mlm tadi. Huhuhu. Sampai sahur pun aku tak sedar. Sedar2 jer, hubby dah balik, tolong perangatkan lauk2 n goreng telur. Ni la akibat mkn ubat batuk. Mcm dok kat ruang angkasa nuuu. Semuanya slow motion. Batuk semacam jer lagik. Tak kurang pun, cuma kat tekak, dah tak pedih. Memang dlm masa yg sama, aku dok pulun minum air suam.

Uwaaah!! Terasa lomahnyer oden arini. Nak mulakan keje pun, mmmmm dlm pala masih dok berkira2, nak start tang maner la ni? Sedangkan mender tu dah ada depan mata. Aiyooo...yoooo..lampi nyer arini. Nak tekan keyboard pun mcm ada sempadan jer antara jari dan keyboard. huhuhu..Agak tidak produktif lorrrrr todaaaayy. Adios [terasa rasa jer mau lelap sekejap..]

Tuesday, August 17, 2010

Di pagi yg hening..

Pernah tak terjadi konflik dlm famili or dgn rakan2 sekeliling? Susah kan nak handle? Berat rasanya.

Yup sedang alaminya. Nak cakap fikirannyadah tak rasional, tapi seakan sedar. Tak dapat nak cerita aib itu. Hanya Allah yg dpt membantu sekarang ni..

Harap semangat aku adik beradik tetap kuat, n kami tetap bersatu nak selesaikan konflik yg tgh genting sgt2 ni.Yg akan buat aku mengalir deras, mak ayah aku. Kalau tak disebabkan mak ayah, mungkin aku akan bertindak lebih lagi dari semalam. Kesian mak, kesian abah. Aku yg kena ni pun tak boleh tido. Inikan pula mereka. Ya Allah Engkau kuatkan iman kami ya Allah. Aku mohon Engkau titipkan rasa kesedaran dlm hatinya ya Allah. Ya Allah satukan lah hati2 kami satu keluarga, satukanlah hati2 kami adik beradik. Satukanlah hati2 kami suami isteri. Aku mohon dari Mu Ya Allah. Aku mohon sangat2 Ya Allah. Amin amin ya Rabbal A'lamin...

Pssttt.. betul2 rasa nak demam semula hari ni.. Mata dah start panas. Kuatkanlah diri aku utk redah dugaan in ya Allah..

Monday, August 16, 2010

Rukun & wajib, sama ke?

Selingan dari tazkirah ramadhan di surau..

Rukun & wajib. Bila sebut kedua2nya, semacam sama. Sama ke?


Apa yg dimaksudkan dengan rukun? 

Rukun = Perkara yg jika salah satu item di dalamnya tidak dibuat, bermakna, batallah keseluruhan proses tersebut. (have to do)

Contoh rukun:
Puasa ada dua rukun
1) Niat
2) Menahan diri dari makan, minum n perkara2 yg membatalkan puasa
Jika tidak dibuat salah satu semasa berpuasa, maka batallah puasa tersebut.

Apa yg dimaksudkan dengan wajib?

Wajib = Jika ditinggalkan secara sengaja mahupun tidak sengaja, maka perlu digantikannya. (Must do)

Contoh, dam semasa haji. Solat 5 waktu, jika ditinggal, perlu diqadha' (diganti), begitu juga puasa, jika ditinggal, maka mesti diganti.

Jadi dah nampak ke ,ketaksamaan antara perkara rukun dan perkara wajib?

Solat - Ada 13 rukun di dalamnya (berdiri betul (qiyam), niat, takbiratul ihram, membaca alfatihah, rukuk dgn thoma'ninah, i'ktidal dgn thoma'ninah, sujud 2 kali dgn thoma'ninah, duduk antara 2 sujud, duduk tahyat akhir, baca tahyat akhir, membaca selawat ke atas Nabi Muhammad (S.A.W), memberi salam, tertib)
 
Tahu tak kita rukun Islam?
Yg  1 - mengucap 2 kalimah syahadah
Yg ke-2 - Sembahyang lima waktu - solat adalah wajib kpd seluruh umat Islam merupakan salah satu rukun Islam.
Yg ke 3 - Mengeluarkan zakat - zakt juga wajib atas tiap umat islam
Yg ke 4 -Puasa di bulan Ramadhan - begitu juga puasa, wajib ke atas umat islam
Yg ke 5 - Menunaikan haji di Mekah bagi yg mampu

It's gud kalau dah boleh bezakan antara perkara rukun & perkara wajib.Ok lah. Syiook share share info neh. ada yg leh review , rewind balik apa yg dah belajar dolu2 ...Wokies tu jer.


Thursday, August 12, 2010

Kita lalai semacam dibuai

Sedar tak hari2 kita ada berdepan dgn masalah. Tak kiralah masalah diri, famili, kawan2, atau org sekeliling kita, hmmm masalah negara?.. Bila ada masalah, tentu ada cara penyelesaiannya kan. Nak lari dari masalah? Boleh ker nak lari2 macam tu jer? Pk balik la. 
Selagi tak settle betul2, selagi tak ada penutup bagi masalah tersebut, biarkan saja masalah tersebut takkan boleh buat diri kita tenang. Case is not closed!! Cara nak buat? Perlu berani utk hadapi masalah. Ada BERANI? mmm tangguh dulu laaa.. Tangguhkan masalah? Pada aku, it's good utk selesaikan terus daripada korang idup asyik dok berfikir jer semua2 tu.

Rasa nak hidup macam anak2 kecil. Betul ke anak2 kecil takder masalah? Hehe, renung2kan semula la.

Boleh patah balik ke? Teringat pulak tazkirah ustaz semalam. Buat ulasan satu ayat Quran neh. Yg mana, manusia2 yg kurang amalannya, merayu utk kembali semula ke dunia, semata2 utk beramal. Dalam seram sejuk, senyum jer aku kalau benar mender tu leh jadik. Korang bayangkan, kalau sedara mara kita, hatta yg terdekat dah meninggal, dah dikebumi, tetiba tup2 "tok ..tok..tok" bunyi pintu diketuk, atau keadaan modennn skeeeet "ting toooongg.. ting toongg". Tuan rumah jenguk2 kat luar. Huhuhuhu. Tak seram ke tengok mayat balik, ada yang pengsan tang tang situ gaks.


That's why Allah dah beritau kita awal2, bekerjalah engkau semacam engkau boleh hidup beribu thn(lama) lagi, beribadat la engkau, semacam engkau mati pada esok hari (kompem mcm mati tang2 situ gak). Jadi, kesimpulannya, dunia n akhirat kena seimbangkan. kejar dunia, bukanlah bermakna korang kena gi konsert, korang kena gi tempat pub ke, korang sewenang2 enjoy. Huuuh!!! Tak malu ke dgn Allah? Nikmat dah kasik, tapi syukur pun tarak!!! ZERO!!!.. Malu laaaaa.

Wednesday, August 11, 2010

Wooopsss!!Udah taaiem

Hari ke2 berpuasa.. Teeeeeeeeeett!! Seme tak terjaga sahur. Haha. Aper cite? Sedar2 dah pukul 5.50 pagi.  Even aku dah ready kan aper2 utk dimkn sahur tu[mlm tadik la prepare siap2]. Ahaks, takder rezeki laa aku,hubby ngan adik aku nak mkn. Tapi mlm smlm tgh mlm, sempat lagi depa menjamah sardin roll buatan oden. hehehe. Nak wat lagu mana. Puasa tetap terussss!! Ubat jer laa yg aku tak mkn. So bangun solat subuh yoo laa.  Alhmadulillah rini kat opis. Sesekali jer aku wat bising ngan batuk kokol aku tu. Hehe, saja wat riuh opis aku yg macam library nehh.

Tuesday, August 10, 2010

Tazkirah terawikh mlm #1

Sedikit info nak dikongsi sesama [peringatan utk aku gak neh]. Ni aku dpt time gi solat terawikh malam pertama. Lupa nama penceramah tu, cuma tau dari nilai, N9.

Antara perkara2 yg ditekankan:

Solat terawikh:
Antara Imam n makmum - bacaan lazim yang terlampau panjang. Perlu lihat golongan makmum. Adakah terdiri drpd mereka2 yg tua (>50, >60), atau golongan muda, golangan tahfiz? atau golongan biasa.
Jika bacaan yg terlampau panjang, akan terjadi - makmum tidak fokus apa yg dibaca, kerana tidak faham apa maksud ayat yg dibaca imam [lebih kpd mengelamun laa time imam dok baca bacaan lazim].

Attendance solat :
Permulaan malam2 di bulan ramadhan, bolehlah dikatakan saf2 agak penuh. Kira sampai tak perlu laa imam sebut, penuhkan saf2 depan, rapat2, sebab keadaan dah tersedia penuh, memang kompem rapat antara makmum. Dah separuh ramadhan makin kurang. Di hujung ramadhan, makin la kurang, n sekali lagik tak perlu laa imam ckp ke depan, penuhkan saf [sebab saf kompem memang tak penuh, ada la 5, 6 kerat yg datang]. Perlu sedar n muzakarah diri. Mana yg perlu diubah, cubalah untuk berubah. Masjid sekarang dah banyak didirikan, tapi kebanyakannya kosong. Kesian kann [cth terdekat masjid putrajaya ngan masjid kristal, penuh ke org2 nyer? sendiri pk laa. Jgn pong pang sana sini. Apa2 pun dlm diri sendiri perlu ada kesedaran.

Puasa:
Sepatutnya mengalu2kan kedatangan bulan Ramadhan. Trend sekarang, sblm puasa, iklan raya dah bertaburan, bersepah2. Tu tak termasuk topik kuih raya, baju raya, cuti raya.. [kena batang hidung sendiri neh].

Isu boikot barang yahudi:
Api2kan jgn minum ini, jgn makan itu..Sana jangan , sini jangan. Sebab funding kpd  diaorg lagik. Kena fikir2kan dulu bab ni sblm bertindak. Kalau betul produk kita betul2 ada dipasaran, n mudah didapati, tak mustahil utk kita boikot sana boikot sini. Sehari2 hidup kita masih gunakan apa yg depa buat. Fikir2kan lah. Mana yg baik di ambil, mana yg boleh dielak, elakkanlah.

Tadarus Al-Quran:
Jgn group kan golongan pandai dgn yg pandai jer, golongan yg kurang pandai bersama golongan kurang pandai. Ini tidak membantu group yg tak pandai utk menjadi pandai. Sebaiknya, campur2kan. So kat situ, boleh ada tegur menegur. Yg tu baru dipanggail tadarus [Biasa aku dok wat adik aku amik this juzuk hingga juzuk ni. aku lak amik juzuk berikutnya sampai juzuk sekian..huuuh perlu diubah ni.. hmm ada ker  tadarus jenis jauh nihh erk?]

Khatam Al-Quran:
Jgn berkejar utk khatam Al-Quran tanpa memahami maksud ayat2 yg dibaca. Baik utk kita meneliti intipati ayat2 yg dibaca. Buatkan lebih menyerap dlm hati. Lebih bermakna apa yg dibaca [Yupp. Kena cari tafsir alQuran pas ni]. Biarlah lambat asal faham yg tersirat :)

Wokiesss..last sekali, mana yg baik, amik. Mana yg tak baik tu, tinggalkanlah.

1 Ramadhan 1431

Kerja2 guna desfire + SAM + terminal dah bermula. Reference aku hanyalah coding vb sifu. Banyak gak tak sama dari segi output tu. Input? hehe, kena tengok satu satu.. hoho.. Bersenggang mata laaa oden nak tengok which part yg betoi2 ok, which part yg betoi2 KO. ulllaalaaaa.... all da bestt k. keep chaiyoo!! chaiyoo!!!

Pssstttt.. hari ni dah start berposer, hari pertama poser- 1 Ramadhan 1431H. Haha.. Perut oden dah berkeroncong. Apooo laaaaa, wat malu jooo. Baru tghari tuuu, n sahur gak tuuu. Aku rasa kalau hari biasa2 pun aku tak cenggini. husssyyy! sabau2.. Dugaan di bulan poser.

Selamat berpuasa yer kat semuo2 kat luar sano :)

Sunday, August 8, 2010

Menyonteng2 & curah cat

Ada kerja? ADAAAAAAA!!!.. Tapi pala no neng, tak ley nak focus. Cuba cari alternative lain la. Hangpa dok tala , dok focus mender yg tak boleh terima dek akai gak, memang kompem tak ley jalan ar. Lain la kalau nampak screw longgar  kat pala tu, boleh la kita pi ketatkan mana2 yg loose tu kan. Sebenarnya, ada cara la camaner nak melayan bab cenggini dlm +ve way :) .

Aku dah try ar. Aper dapat? Taraaaaaaaaaaaaaaaa..... Luahan ilham dari kepala yg bnyk bintang...

 [Gambar ori 1]

 [Gambar ori 2]

Yeehaaa! Last Result

Dgn kata lainnya, takder la hangpa ni semua yg memang takdak keje tu, dok sangap je, ngantuk mata  &&&& Takder la nampak bonar korang ni makan gaji buto.. ahakss...adios dulu.. chow!

Dia maii daahh

Dup dap dup dap. Yuup. Dia dah datang balik. Paling kerap semalam ar. Sampai kepala pun dah naik pening sampai pagi ni. Masuk opis lewat, kepala berat sesangat. Bangun pun rasa mcm berkocak aper yg dok dlm pala.

Sebab apa palpitation ni jadik? Sat sat laju, sat2 normal, sat2 rasa laju pelan tu berselang seli.Amik xtra ubat? Tak pun. Makan2 mender2 yg merepek? Hmmm Tak jugak. Ada laa, dok mkn jajan [yg aku rasa luar biasa sket mcm pulun jer, lepas gian]. Yg tu jer laa yg lainnya. Buat aktiviti lasak? Mmmm tak swimming, tak cycling, tak jogging, cuma wat berkebun sket2 laa.

Mcm biasa, bila nak tau, aku google laaa dulu. Apa masalahnya? secara tepatnya aku pun tak tau. Tapi sekadar nak tau, leh gi ke sini. Bawah ni sedikit xplaination dari website tu.

A palpitation is an abnormality of heartbeat that causes a conscious awareness of its beating, whether it is too slow, too fast, irregular, or at its normal frequency [ yuppp!! betoiiii. Mcm den kena laa ni]. The word may also refer to this sensation itself. It can be caused by (but should not be confused with) ectopic beat, which is a more specific diagnosis.

The difference between an abnormal awareness and a normal awareness is that the former interrupts other thoughts, whereas the latter is almost always caused by a concentration on the beating of one's heart.

Palpitations may be brought on by overexertion, adrenaline, alcohol, nicotine, caffeine, cocaine, amphetamines, and other drugs, disease (such as hyperthyroidism and pheochromocytoma) or as a symptom of panic disorder. More colloquially, it can also refer to a shaking motion. It can also happen in mitral stenosis.

Nearly everyone experiences an occasional awareness of their heart beating, but when it occurs frequently, it can indicate a problem. Palpitations may be associated with heart problems, but also with anemias and thyroid malfunction [last time dah buat check on tiroid neh, memang takder pun].

Attacks can last for a few seconds or hours, and may occur very infrequently, or more than daily. Palpitations alongside other symptoms, including sweating, faintness, chest pain or dizziness [yg ni mcm kena kat aku smlm sampai sekarang], indicate irregular or poor heart function and should be investigated.

Palpitations may also be associated with anxiety and panic attacks, in which case psychological assessment is recommended. This is a common disorder associated with many common medications such as anti-depressants.

Palpitations can also occur from blood loss, excessive pain, or lack of oxygen.

Nampak gaya arini aku bekerja dlm keadaan yg sangat2 tak produktif [bila motherboard kena serang... beginilah oden.. no neng no neng no neeenggg..........]



Thursday, August 5, 2010

Bukan susaaah pun..

Mana yg biasa korang guna, "bukan susaah puuuun" OR "senang jer". Tup tup terasa nak tanya jer part tu. Satu guna mcm negatif nyer ayat - BUKAN. Satu lagi cam yoo ooo jer.. ahaaaaaaaaksss.

K lah, sebenarnya aku nak ckp pasal ni.. guna masa tuk bersenam. Sebenarnya, hari2 pun kita leh bersenam kan. Bersenam pagi2 bagus utk tubuh badan kita utk mulakan hari dgn lebih ceria. 2 hari ni sajer jer aku train mata taknak kasik tido dah lepas subuh. Since my hubby pun keje awai pagi, jam 5 dah kena bangun, so aku amik peluang ni utk chaiyoo!! chaiyoo!! utk tak tido pas subuh. Kata org, rezeki masuk tu luas jer utk kita, lau kita betul2 manfaatkan permulaan hari kita- yup semestinya itu ialah waktu PAAAAAAAAAGIII.

So, pas aku to tey to tey kat dapur wat bekpes. & pastu my hubby gi keje. Aku solat subuh. Lepas tu, start la keje2 kemas rumah aku. Hmm rasa lebey teratur rumah kalau aku selalu praktiskan macam ni selalu. Rasa masa tu tak terkejar [even aku toootaaap pi keje seawal jam SEMBILAAAAN :D]. Aku leh basuh at least semesin kain, leh jemur baju, leh vacum2 rumah, leh bersih2kan dapur, yg pasti aku leh buat sarapan utk family aku - hubby ngna adik ipar aku. Setakat ni aku tak readykan laa utk masak tghari or dinner [Sebab time aku liik keje, memang aku shoot terus masuk dapur, readykan utk dinner plak].

Dah abis2 keje dlm rumah, hehe, inilah masanya.. Yeeahhh! This is the time. Lama gak aku tinggalkan keje2 berkebun neh. Lama tak bercakap2 ngan pokok. Lama aku tak siram2 pokok sambil baca2 ayat qursi + surah pendek sekeliling depan rumah. Moga2 dapat kuatkan lagi 'pagar' rumah aku tu kan.

Camana laa aku nak pulihkan semagat pokok lada umah aku tu. Dah alihkan dah kat tepi dinding pagar umah. Rasa situ port teduh sket. Semacam kena penyakit. Aku ingat ari esok, aku nak gi kat sg buloh tempat pokok bebanyk tu, nak cari baja sekali. Aku bawak laa mak ayah aku [yeeeyy!! depa insyaAllah sampai mlm ni- transit before flyyyy to langkawi]. Hubby..? Hmmm nanti kena adjust ngan hubby. Sebab hubby keje sok pagi. Lau pegi sana, samada pagi2 atau ptg2 sket la. Cuaca begitu tak mengizinkan, agak panas n agak terik lau keluar time2 tghari neh.Lau gi ptg, leh gi jalan tar jap kan, cari lempuk.. hehehhe Yoo oo jer aku. Lau mak aku jer, of course la aku leh bawak sana sini, ni sebab ngan ayah aku, ev to think 100 timess maaa....

Pas nyiram, tibalah masa utk men 'trim' rumput. Alat aper aku guna. Gunting ikea kat dapur tuu, n sarung tangan getah hubby. Macih hubby. Dah laa kita tak mintak izin awak nak pakai pun. Kita amik jer terus. Harap hubbby bie idok laa terghaserr atii. Peaaaaaaaceee!!!  [nanti den try laa upload kan gambar mini garden oden ngna hubby ituu  :) ]

Dalam pada keje2 tu dibuat, terpandang lak aku kat uncle depan nu. Rajiinnnnyerr. Aku nampak dier ngan pakaian sport nyer, mcm baru abis jogging, ngan auntie. Best.. best. Nanti aku tua pun, nak mcm tu gak laa ngan hubby. Tapi ni uncle n auntie bandar, memang camtu kan. Lau kat kg? Hmmmm ok jer, cucuk tanam sama2.. hehehe.. [eden neeeh dah tuooo, dah 30.. 10 thn lagi dah 40.. huuhuhuh.. cepatnya masa berlalu. Tapi aku tetap mcm gini... Huuuh!! Need to do smting...]

Dah penat tu, yeaah masa utk bekerja dii opissss :D. Mulakan hari anda dengan senyuman.. Yeaah leret kan lagi.. e'k a'h e'k a'h....daaaaa abis daa rapuan ari ini...adiosss...

Psssstttt: Senang jer kan nak sihat, mau ngan tidak jerrrr :) . Ul lala....[di pepagi ari neh, layankan jer laa ke 'sengal' an oden. Hasil kretip kepalo oden yg tengah serabai]

Monday, August 2, 2010

Straw pun straw laaa


 Entri kali ni, agak laa serabai sket. Tapi niatnya, totaaaaaaaap baaaaaaaaeeekkk :).

Nak citer pasal yg kaler ijo tu laaa. Pen? Bukannn Yg paling tinggi tu.. STRAW laaa..

Pernah tengok tak kat kedai, lepas makan org dok wat aper ngan straw? Moh kita stori mori skeeet.

Ada la selekeh punyer kes pernah jadik. Korang pernah floss gigi tak? Aku memang wajib laa mender tu, lau tak mau nangungg sakit gigi sepanjang hari. Ada sehari tu, makan kat luar. Uk uk... cam ado jo yg den raso kureng seleso dlm mulut neehaa. Maka dengan itu, lidah pun mula la berkirojer. Sat2 tuil dari bawah, sat2 tuil dari atas, dari tepi, mmm seme arah laa, cuba try test mana tau kot cemerlang kali ni. Kalau dpt divideokan, kalah ar iklan mata bebudak cadbury tuu.

Alih2 hubby benti sat kat gerai air tepi2 kedai tu, "Syg, nah". Kasik kat aku.. yeyyyy! STRAWW!  Kalau tengok muker den neehaa, torang benderang!! [tapi dek sebabkan dok kat ramai org den kaber2 kan laa.. :) ] Yess!! YEsss!! Yess!! Taaaaaaapiii... nak buat time2 tu, hehehe malu gak laa pulak. Mengorek2  gigi tengah2 ramai org tu, nampak gak la ketaksenonohannyaa, yer tak? So, cari la tempat tersorok sket nak wat keje selekeh tu. hehehehe. Keje selekeh, tapi hati gumbira, sebab no more pain maaaaa...

Dah mcm penguin

Ni kali kedua aku kena mcm ni. Gatallllnyerrrrrrrrr. Boleh ckp merenyaaam, campur dgn perit. Dek sebab area situ ada yg melecet, sebab garu gaknyer.

Dlm masa kurang 2 jam dok opis, dah 2 kali gak aku ulang alik cam penguin, utk 'kerja2 pembersihan'. Jalan kepit2, sebab gatai.

Keadaan toilet laakkk, maaaaaaaak aitt. Rasa mau jer aku sembur detol ngan clorox dlm toilet tu. Biler dah dlm keadaan sensitip camni, biler toilet agak kureng memuaskan, mula laa aku akan isau. Mender2 dlm toilet tu, mudah jer nak jangkit kat aku nyer tuuuuuuuttt..

Doc pun pernah ckp, fungus pun kemungkinan jugak biler kita share toilet ngan public. Ikut logik, mender tu masuk dek akai laa. Mintak2 Allah permudahkan urusan hidup aku...

Kerana .... kita berubah

Setiap saat kita akan diuji olehNYA. Tanda2 kita masih dalam perhatianNYA. Bersyukurlah kita, Ahamdulillah. Dalam hidup kita, akan ada perubahan. Mungkin sebab diri sendiri dan mungkin sebab org lain. Kebiasaannya disebabkan sesuatu kita akan berubah. Tidak kira perubahan tersebut dari yg baik kepada yg jahat. Atau dari yg jahat kepada yg baik. Dari yg tidak amik tahu, sekarang sudah amik port.

Contohnya dalam hidup ni Allah ciptakan manusia ini berpasang-pasangan. Dari seorang kepada berdua. Sedikit sebanyak perlu ada perubahan dlm hidup, utk jadikan pasangan kita selesa bersama2 dgn kita. Untuk buatkan kita lebih fahami pasangan kita sebaik2 nya.

Mendapat pekerjaan setelah menamatkan pengajian.Segalanya fresh. Bermula dengan ilmu yg cetek. So, dari situ kita bergerak, utk cedok sebanyak mana mungkin ilmu yg boleh menfaat bersama di kemudian hari.

Baby... membesar menjadi seorang anak kecil mengenal huruf ABC, Alif ba ta, satu dua tiga.. masuk tadika, then ke sekolah rendah, sek men, kolej or universiti..dan  seterusnya.. Semuanya memerlukan perubahan. Perubahan utk kebaikan.

Sepatutnya perubahan demi perubahan ini, buatkan kita lebih bersyukur kepada our Pencipta, Allah yg Maha Esa.. Berkerjalah kamu seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun lagi, Beribadahlah kamu seolah-olah kamu akan mati pada hari esok.

Pssssttttt: :) banyak ke aku dah wat perubahan dlm idup aku erk?