Dah lama aku rasa nak bertanya pada HR aka bhgn finance aku tu. Tut tut.. ringan jer buntut aku nak bangun, ringan jer tapak kaki menuju ke meja dia.
aku: "Meng, tanya sket utk company ni MC dier kasik berapa?"
Meng: "Dlm 2 thn , 14 days. 3-4thn, 16days. 5thn ke atas dlm 20-22days. Range dier mcm tu laa. Nak tepat, saya kena check labor law balik."
aku: "ooo... Dah tu mc saya dah lebih sangat2 la thn ni. [dlm hati: huuu.. banyak laa gaji aku kena deduct camni"
Meng: "Yup. Dah cecah 22 hari. Tapi tu termasuk hospitalized hari tu.Setakat ni pun bos ada tanya. Tapi tak ada apa2 arahan yg diterima"
aku: "Kena potong gaji laa erk. Kalau dah banyak mcm tu? Kalau potong gaji la, management, hmm you akan kasi tau kan? ..[dalam hati.. huuh pasrahhhh]
Meng : "A'ah. Sepatutnya ikut law dier mcm tu. Tapi takder arahan lagi. Apa2 hal nanti I akan let you know laah"
aku: "ok. Hmmm pasal cuti. [huuuhh berdebosss aku, dup dap dup dap.. berapa laa minus hari yg tinggal utk cuti aku tuu]. Cuti saya ada baki lagi ker?"
Meng: [sambil senyum]... ada lagi 5 hari..
aku: [muker heraaannnnnnnn sesangat, sambil nak bercahaya-cahaya..kalau betoi! weehuu]
Meng : eh eh.. silap tengok.. sori. tinggal setengah hari.
aku: [aiyoooo yooo!!!!] ok laa meng. thanks yer.
uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!...SADISSSS NYERRRR
No comments:
Post a Comment