Sunday, February 28, 2010

satu hb tiga dua ribu sepuluh

1/3/2010 :

1.45pm:
kaki mcm lagi rasa bengkak. Camner nak balik nanti?.. tawakkaltualAllah jer laa..
Bawak kereta mcm dah ilang fokus.
Dah bank in cek.
Tengok cuaca kat luar panas, aku decide makan kat dlm tesco.
Balik opis, terasa badan mcm nak demam. Mata pun panas.. Ya Allah kuatkanlah semangat aku ya Allah..

1.50pm:
Teringat smlm mimpi pasal kematian..
3 org meninggal, 2 org tu aku kenal. Seorang aku tak kenal, tapi yg tu yg aku nampak.
Tak nampak muka, tapi aku nampak sekujur tubuh jenazah yg dah dikapankan..perempuan...
Apa maknanya? Peringatan utk aku la tu.. 2-3kali hampir2 miss solat subuh. n 2 kali miss solat subuh. Teruk sangat2.

2.00pM:
Got a mis kol time aku keluar tadik [Kes tak bawak enset time keluar].
No ni dah 2 kali naik sebagai mis kol kat tepon aku.
Perasan sebab no dier start ngan 017.. membe2 or sedara mara aku xdok rasanya pakai no starting ngan no tu.
Tapi tak pernah tinggalkan any msg. Ntah siapa ntah.
Aku malas nak kol balik.

Perubahan diri

Aku tak pasti apa yg dah jadi dlm diri aku. Badan panas tak kira masa. Pagi ni, even dlm aircond opis, aku tetap gak rasa panas. Rasa bahang, panas mata, panas dlm badan.. Mlm tadik lagi laa. Tertido terjaga dlm keadaan aku tak selesa. Dari atas katil, turun bawah. pastu naik, pastu dok luar jap, dok bawah balik.. Rasa nak nangis pun ada [dah nangis dah.. pelik ngan diri sendiri]. Aku maybe dah buat suami aku tak selesa. Maafkan ayg hubby. Please maafkan ayg.Rasa nak tido dlm bilik air jer. Sib tingat tempat tu, tempat setan..

Kesian hubby aku. Bila badan dah start panas, n panas tu yg sampai boleh rimaskan aku, buat aku tak tau nak pk aper. Tak tau nak ckp aper. Rasa nak dok sendiri2. Rasa nak senyum pun satu mender yg payah aku nak buat. Kalau dok dlm air sejuk, rasa boleh tukarkan air yg sejuk jadi panas gaknyer.

Sblm ni, aku bukanlah jenis yg sikit2 panas, cam manja jerrr. Nak ngadu panas, per laa. Rimas jugak ble aku sendiri dah tak dpt tahan panas tu. Org lain panas jugak, tapi awat depa ok jer, menten jer. Pastu akan attack kepala. Risau jugak org akan bosan dgn aku. Sblm org bosan, baik aku dok sendiri2 dlm bilik, buat laa aper pun asal dpt ilang rasa panas tu, baring @ tido utk aku ilangkan sat mender2 ni seme.

Pagi ni kaki aku bengkak. Dari betis sampai ke paha. Sakit nak berjalan, tapi kuatkan jugak hati nak pergi opis. Bengkak mcm berlari pecut beria2 tanpa stamina. Aku rasa dulu aku main basikal ngna hubby kat putrajaya pun tak seteruk ni. Biler ngadu kat hubby, "Dok pulun sangat kot naik tangga smlm".. manjerrr kerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr aku?... rimasss betol dgn diri sendiri. Hmmmm ntahlah. Rasanya aku naik tangga mcm org lain naik tangga jugak. Tak tau nak ckp. Berjalan2 kat dataran bukit jalil, ada jom heboh nyer event pun leh buat kaki aku hampir cramp.. jalan macam pakai kimono.. rimas tau, bile kita dah tak mcm diri kita sendiri.

Satu lagi, aku rasa aku cepat rasa sensitif. Sensitif sangat2.. Terlampau sensitif. Tersasul ckp, dah boleh buat aku seorang yg pendiam sangat2.. sangat2 pendiam.. Huuuuuuuuh!! Camana aku nak control mender ni semua? Kadang2 telan dulu, bile dok sorang2 akan startla gerimis mengundang. Tetiba rasa nak keluarkan air mata. Macam murah sangat air mata tu sekarang. Bila dah jadik camtu, akan teresak2 sampai tertido..

Ya Allah bimbinglah aku. Janganlah jadikan aku terabai dlm aku mengerjakan suruhanMU ya Allah. .. Jadikanlah aku seorang isteris yg mampu buatkan suamiku bahagia dengan kehadiran aku. Rahmatilah keluargaku, Berkatilah kami sebagai suami isteri. Kurniakanlah kebahagiaan kepada kami di dunia mahupun di akhirat. Ya Allah yg Maha Agung lagi Maha Mengetahui..Permudahkanlah urusanku, permudahkanlah urusan kami. ampunkanlah dosaku. Ampunkanlah dosaku yaAllah..Ampunkanlah dosaku yaAllah. Ampunkanlah dosa suamiku. Lembutkanlah hatiku yaAllah.. Jika ini dugaan utkku aku terima ya Allah, aku redha. Tunjukkanlah jalan utk ku ya Allah, Jalan keredhaanMU ya Allah. Aku mohon petunjuk dariMU ya Allah..amin amin.. amin ya Rabbal A'lamin....

Thursday, February 25, 2010

Tarikh Lahir: Tahun Hijrah Tahun Masihi

Aku- 27 Julai 1980 = 15 Ramadan 1400HijrahHubby- 10 Jan 1981 = 5 RabiulAwal 1401 Hijrah

Dlm setahun ada 2 hari jadi tuuuuu..
Tarikh hari ni: 25 Feb 2010 ; 11 Rabiulawal 1431 Hijrah

Wednesday, February 24, 2010

Sama ker?

Taknak pk sangat, tapi since aku dah download satu software ni, tiap kali on laptop, utk startup tu, mesti ada reminder pasal ovulation.



Tak pasti betul ke tak nih. Sebab aku try ovulation kit, nampak mcm LH (hormon yg tunjukkan aku subur) tak muncul2 tandanya.

Hari ni, aku dah start sakit bawah perut bhgn tengah. Dah start sakit pinggang. Dunno apa tandanya tu...

Dpt dari satu website http://www.yourdays.com/ovulation-basics.htm

Can I feel ovulation?

You may experience lower abdominal discomfort, a slight rise in body temperature, and changes in cervical mucus during ovulation. Prior to ovulation, your cervical mucus is cloudy and thicker, and a few days before ovulation it becomes clear, slippery, and stretchy like raw egg whites. Immediately following ovulation, your body temperature can increase by 0.4 to 1.0 degrees Fahrenheit. About 20% of women feel discomfort or pain in their lower abdomen as the egg leaves the ovary. This condition is known as 'mittelschmerz', and it usually lasts from a few minutes to several hours.

Monday, February 22, 2010

Macam sarung nangka

Terasa malu pulak aku pakai seluar jeans hari ni.

Ngaper pakai, kan dah tau sendat? Wuuupss.

Nak tau? Kes bangun lambat.

Bila lambat bangun, preparation utk ke ofis pun tak sempat la.

Ngaper tak buat mlm tadik? Hmmm den bantai tido sepanjang malam.

Pagi tadik tak terasa kesendatannya n kemampatannya. Laa ni baru rasa, naknyer bila aku kena bangun, keluar ke toilet, biler aku pi lunch tadik.

Huhuhu. Malunyerr... Malam ni, ngantuk pun ngantuk la. Yg penting, aku nak iron dulu seluar2 n baju2 aku n hubby.

Teruk betul bila tak buat kerja rumah ni. Rasa serabai bila bangun pagi. Sebab semuanya tak ready. Kena kuat semangat, lawan ngantuk ubat...chaiyoo chaiyooo!!

Pssttttttt.. baru ku sedar, pahaku udah mengembaaaaaaaaaaaaanggggg. uhuuuukks

Ngantuk punyer cerita

Wajah2 aku hari ini....

ooh! kurasakan berat badan ku semakin berat.. huuuu lalok nyer..
Naper berjalan mcm terhuyung hayang neeh..

ngantuknyer...huaaaarghhh!!!KROOOOOOOHHH.. KROOOOOOOOHH..KROOOOOOOHHH

Sunday, February 21, 2010

Mission Accomplished

20 Feb 2010: bergerak ke perak, selepas solat asar.

21 Feb 2010.. Seri Iskandar MTB challenge.
Sib pagi tu tak terkantoi subuh, tak terlewat pergi ke tapak permulaan. Dah siap semuanya, terus bergerak ke SIDEC, tapak permulaan berkumpulnya pengayuh-pengayuh tegar. [Tegar ke tuu? ada yg basikal tegar tapi pengayuhnya..heheh cenyyum jer laaa..]



Suasana pagi: pengayuh2 tegar ngah dup dap dup dap.. :)

Time ngah tunggu hubby sampai, tiap kali nampak truck ngangkut org, dlm ati, jgn laa ada hubby aku kuar dari situ. Malu tuuu.. Berila hubby kekuatan, utk habiskan jugak kayuhan ke destinasi penamat. Biar hubby leh rasa syiiokknyerr leh habis, even amik masa lama. Buat suatu mender yg hubby enjoy. Tapi lau ada huby aku terselit dlm tu, dlm hati tetap ada taman.

JENG JENG JENGGGGGGG.....................................

Pssssst.. tengok gambar. Psiko jer kan..
Dialog dlm hati ada taman : "Aku kena habiskan jugak.. Jalan pun jalan laa. chaiyoo! chaiyooo!"

At last....
Bravo braaaaaavooo!!! Yeeeey! Yeeeeeeeeey!! Happeniiiiiiinggggg
Hubby berjaya habiskan tournament, n terbukti dah tercop ke lima2 check point. Yeeeeeeeeeeeaaahhh!! Well done.. well done baby!

Thursday, February 18, 2010

Cuti paksa?

Syiook tak dpt cuti dari company?
Of course seronoook kaaan. Tapi kalu cuti tu tolak dari cuti tahunan kita, syiok ke gitu? Huhuhu..
Idok ler syioookk.. So arini dah jatuh ari khamis. 2-3 hari lepas berisi jugakla. Dengan kedatangan mak ayah mertua aku. So menghadapi rumahku diserang, ok lorrr. Aku ngan slumber aku jer la. Readykan apa yang mampu aku readykan. So far, so good. Iyeeeeaaaaah!!

Smlm aku pi buat check up tiroid. Result nya, next week. Dunno aper resultnya. Cuba nak guess.. hmm tak taulah. Kita serah pada yg Maha Esa, OKEY.. :)...

Pagi tadi, pergi mengurut. Ringan rasa badan. Ok la. Sebulan sekali, aku rasa ok jer wat sebulan sekali. Tengok masa. Malam pun aku boleh pergi sebenarnya. Just make a call, then kalau kakak tu free, so leh slot in, pi time dier free tuu.

Nak masak aper erk arini? Aku no idea nak masak aper. Nak masak aper erk? Hubby aku tak lik lunch ni. Utk malam kang.. hmmmm...idea...idea....

Friday, February 12, 2010

Matu ku udah juuuling

Rasanya dah setahun aku berteleku kat program ni. Not in da same modules. Ada perubahan n penambahan dari masa ke masa.

Tapi betul la. Tengok coding org, nak alter coding org yg dah buat, tak semudah yg disangka. Even itulah cara yg paling senang bagi sipembuatnya. Dgn kata lain, maybe logik thinking aku tak setinggi mana kan. Setidak2nya, aku nampak apa yg aku buat. n pada aku org lain takyah susah2 nak pk, ble aku dah wat camtu [hehehe sama je siituasinya ..tengok coding org erk].

Fuuuhh.. Bosan sebenarnya. Rasa nak muntah tengok codes yg sama.

Hari ni, mood bercuti makin terasa. Dari pagi, aku on kan keje aku, tengok part maner yg perlu diubah. Hmm tak ley jalan. Try debug satu persatu [..mak aitt.. lau 250000Byte, cuba bayangkanlaaa]. Algo yg dipakai pun tak berapa nak betul sebenarnya.

Sangkut tang mane laa tuu... huuuuuuuh


Tak paham aku. Kalau aku baca 50Byte from 250K Bytes, n process algo sikit2, tak ok kat byte 'A'. Kalau aku baca semua sekaligus, tapi still process algo sikit2, ok laa plak byte 'A' tu. Fuuuuhhh!..menguji kesabaran betul. Aku rasa sikit lagik kot, yg buat mata aku tak nampak tang mana yg salah. Naik juling bijik mata biler file2 ni dlm bentuk bit.. huhuuh.. Senak dah mato den maak oiii..

Thursday, February 11, 2010

Dapat hadiah kawen lagi

Dah nak masuk bulan ke-3 aku kawen. Still ada yg nak post kan hadiah kawen utk kami. Alhamdulillah...
Baru terima 2 accessories utk deco rumah. Simple, but nice :). Thanks kak roy.

Cermin

Home sweet home

Malunya

Pagi tadi budget nak pakai shirt ofis. Opss sedar2 takder dlm almari. Aiseyman! Dah nak cepat, takdernya aku suka nak pi iron aper seme. Aku capai jer baju yg memang tersedia dlm almari, baju biasala. Ala2 baju santai gitu. Baju kait, so, memang takyah nak digosok pooongg.

Dek sebab tak pegang kunci, hari ni saja jer aku dtg lewat[...alasaaan!!].
Around 9am baru keluar rumah. Doa termakbul kot. Nak sangat datang lambat, Allah kasik aku lagik lambat. Traffic light yg tempat' u-turn baek' tu rosak. Dek sebab aku ada amal dasar2 malas hari ni, jadiknya aku malas nak pusing dah. Ngan kepala aku yg agak bergelegak, berdenyut2, tak larat aku nak pk "Patut ke aku u-turn semula, lalu ikut yg mudah sikit?" Aku layan kan jer jalan dah penuh ngan kete, akibat jem sebab lampu traffic rosak.

Sampai opis, cam biasa, ada supervisor aku jer. Pastu aku layankan keje aku laa.

Lunch time, aku keluar. Alang2 keluar, aku pi cari barang rumah sikit. Terasa nak beli buah limau, tapi kat situ tak baper elok. Hmmm, pendamkan jer niat tu dulu. "Nantilaa.. sok ar aku gi cari lain.. " pujuk hati sendiri. Nak sangat pun, bukan aku mengidam pun. Terasa sangat nak makan buah jer.

Aku makan roti jer time keluar tadik. Tekak rasa tak nak terima mknn lain. Panas betul kat luar. Balik pekena aircond opis. Pasang, dier nyer blow tu, mcm nak process ketul ice dah. huuhuh.. Dah cool tu, aku dok lik kat kusi, nak ngadap keje semula. Tup tup mata aku tertumpu kat satu kawasan baju yg aku pakai. Hmm... design baju ni memang camni ker? Aku belek lagik.. ooooooooooooooooooohh tidaaaaak!! Malu beb!..
AKU PAKAI BAJU TERBALIK!!!..

Huhuhuhu. Dah round satu donia baru aku perasan baju aku terbalik.
Dan dan tu, pi toilet terus tukar kasik ok.

Wednesday, February 10, 2010

Maafkan ayg...


I need u syg..really need u!!!!!!!
Apa2 yg ayg dah buat, yg dah sakitkan hati syg, plz maafkan ayg...
takder niat nak sakitkan hati syg..

Ayg cuma perlukan abg ... sebagai suami ayg...

p/s: sure hari ni rasa tak best sepanjang hari... huuuuhuu ngan kepala yg sakit..
sakit kepala.. sat belah kiri sat belah kanan.. fuhh denyut tu rasa macam leh gerak2 pala..cam tgh hanging banging pun ada. Nak cuti, baru jer amik EL smlm.. bolayan kan ajo laah.

Tuesday, February 9, 2010

Pagi yg hening...

Seperti biasa mlm tadi aku tido lewat sikit, slps habis berkemas rumah, carakan kain aper semua, kemas dapur. Dgn niat "Esok pagi aku nak bangun awal, hehe seawal jam 5 pagi. Mandi awal pagi sblm subuh, bessstt!".. [tuuuuuuuuuutt..boleh ke tu dek non oitt!].

Aku tertido, tenggelam dlm alunan2 ayat quran, rasa tenang jer. Pagi tu, alarm dah bunyi. Macam2 jenis zikir dah bunyi. Sebelah mata je leh bukak. Mengantuk campur2 badan yg masih rasa penat.

"Tido jap lagi lah, penatnya rasa." [teeeeeeeeet, kan den dah kato..kuikuikuikui..setan banyak toooll]

Last sekali dengar azan, yg memang aku dah setkan dlm tepon.
[App azan yg tak baper best sgt nak guna. Tak boleh nak auto run. Bila dah runkan this app, tak boleh la plak nak guna function2 telefon yg lain..]

Time's up! Bangun, terus mandi. Nampak something. huhuhu.. tak de rezeki lagi kot. Cuba bawak2 bertenang, peaceee.. Solat, doa banyak2. Pi wat breakfast.

Tapi mender tu, still dok ada lagi main2 dlm kepala, "Hmm apesal dtgnya mcm secoet sangat. Pastu datang tak berterusan? Dtg bulankaaah? Tapi kaler nya tak menunjukkan seperti biasa yg keluar. Ntah, seconfident aku, itu bukan. wait n see, tengok tghhari ni cano. Ada tanda2 utk rutin bulanan aku tu. Tapi aku wat derk jer laa k.

Share with hubby. "Takpe, takder rezeki lagi. Jgn dok pk2 sangat. Jgn stress.Jgn frust ke aper. Lau ada, ada la k. Jgn mengharap sgt. Nanti frust. "Nasihat, ada sendu cket.

Aku ke yg ada sendu tu.. hehehe. Cane2 tenang nyer aku, masih ada cikit2 laa rasanya tu. Tipu laa lau aku tak rasa aper2. Just rasa berbesar hati ada partner hidup aku, yg boleh aku sharekan smtin. Yup time gembira dia ada. Time sedih dia ada.. Siapa dia? My hubby cyg. My kesayangan. Ayg luv u syg. Really luv u...Cuuuup cuuuupp..hug cket..Mmmmmmmmmuuuuaaahhh!!

p/s: rasa cam saaat sangat aku jumpa my syg pagi ni....Rindu nak lik ptg ni, nak hug hubby erat2..

p/s: Dah check.. takder rezeki lagi la syg...

Monday, February 8, 2010

Yg wat aku huhu


"Dear All Staff,

For your information, Company will be closed from 13th Feb to 21st Feb. The official public CNY holiday is on 14th, 15th and 16th Feb. For the rest of the days 17th, 18th and 19th are the compulsory leave taken by all staff.

Thanks.

Yours sincerely,

The Management"


UWAAAAAAAAAAAAAAAA!!!! aku sorang jer cuti kat rumah, hubby keje. Nak wat aper sorang2...?? Seminggu tuuu...

yg wat aku tersenyum

luving couple .. :)
hehehe of course!!! insyaAllah sampai biler2..

got another pic.. ada kat rumah.. nanti aku upload lain.. :).
hmm balik ni nak cari cd kawen aku. maner pi ntah pas aku pas kat hubby aku.

Okeh. dah dapat gambar ni.. Caaaaaaaaayang hubby kita tau.

Ni la dikatakan dalam hati ada taman. Taman apa? Taman bunga.. Bunga apa?
Bunga2 CINTAAAA.. yeeehuuuu.

p/s: bestnya rasa bila dlm hati ada bunga2 cinta.. kikikikiki..
teeeeeeeeeeeeeett.. bila aida berjiwang.. aaaaaaaawwww.

Sunday, February 7, 2010

Buat Isteri ku yang ku kasihi


Salam buat buah hati abg Isteri ku Haizatul Aida yang abg sayangi

Abg harap syg bersabar dengan dugaan yang Allah Taala berikan. Kuatkan semangat mu wahai Isteri ku. Insyallah rezeki kita senantiasa ada.. Cuma lambat dengan cepat jer.. yang pasti rezeki tu adaa.... jangan syg abg frust2 tau.. kena senyum dan bersyukur atas segala pemberian yang Allah Taala berikan.. dari kita hidup single.. Allah dah perkenan doa kita untuk membina rumahtangga bersama..hidup berdua itu menunjukkan Allah Taala merestui berkati kita untuk hidup bersama… dan abg pasti Allah taala tu maha pengasih.. abg yakin Allah Taala mempunyai perancangan buat kita berdua. So kita kena senantiasa berdoa mohon padaNya

Yang penting sayang kena kuatkan semangat.. kena redha dgn apa yang terjadi..anggaplah ini semua dugaan buat abg dan syg. Banyak dah dugaan dan halangan yang kita telah sama2 tempuhi. Kan.. Insyallah abg senantiasa berada disisi syg .. kita harungi bersama k.

Abg nak syg tahu yang Abg terlalu mencintai syg.. terlalu menyayangi Isteri abg.. Abg selalu bersyukur kerana dipertemukan dijodohkan bersama syg.. Abg loves you soooo muchhh…

Stay Strong my syg.. Chaiyok chaiyoookkk

Your Hubby that always love you.
Afrezal Karim

[thanks my dear hubby syg.. alwiz alwiz luv u hubby..really luv u]

Silap schedule

Aku dah sampai opis dah nak dekat 40++ minit. Tup tup mata aku dok cari satu mender kat board cubical ku, tempat aku tampal2 reminder2 utk aku. hmm tu diaaa, schedule belajar adik ipar aku. UITTTT!!! start 10.30 kerr.. hohohoho.

Hmmm beria2 bonar den bergegas bersiap. Siap pakai seluar poket tuu. Macam bukan nak pergi kerja. Aku capai jer mana yg sempat aku capai. Sib aku tak capai seluar boxer suami aku. Ada beraaani?? Jgn cari pasaaaaii :D.

Silap baca schedule adik ipar aku la plak. Aku ingat 8.30am dier nyer kelas. Ghoper2nyer 10.30am.. So aku ngan wat tak gheti jer la gerak kul 7.30 ar tadi [+- kul 8] sebab condiifent jer aku ngan schedule dak tu. hohoho.. [tirulah santa claus gelak biler hati digeletek rasa sadissnyerrr..leh titonn lebey lagik tadik kikiikikkiik opss..hohoohohohoo]

Saturday, February 6, 2010

Bosan

Arini tak buat lunch pun. Nasi goreng pagi tadi masih bersisa. Pastu, tadi aku masakkan mee goreng ngan ayam masak kicap. hmmm.. dah siap semua..

Hubby ngan adik ipar keluar. Lamanya laaa. Bosannya dok kat umah.. Kat luar ujan, tapi baru je reda. Plan kami nak pi A famosa melaka, tak jadik. n tak jadik jugak nak pergi shah alam nyer water park. hmmmmm...

Layan game bejeweled.. huhuuhuhuh..

Dalam hati teeeeeeetap ada taman bunga heheheheheh

Thursday, February 4, 2010

Turun lagi

49 kg ...
back to normal weight...

Wednesday, February 3, 2010

Turun

Baru je lagi timbang.
Dah turun ke 50kg..
Hari ni hari yg paling tak berselera.
Tekak rasa nak muntah jer.
Tapi aku diamkan je. Aku taknak org dok sebut part tu.
Kalau ada, adalah.. Tanya perasaan aku, hmmm ntahlah.. jerawat dah banayk lik kat muker.
Syukur dgn apa yg Allah dah kurniakan kat aku, dah anugerahkan kat aku..
alhamdulillah.. aku kena banyak2 bersyukur..

Tuesday, February 2, 2010

makin berat? yer keeeeer?

Smlm dok kemas2 rumah, kemas sket bhgn hubby park bicycle dia. Hmmm.. ada 3 jenis alat utk senaman. Aku jer yg tak guna.

1- mender angkat berat neh..


2- alat getah utk kuatkan tangan n kaki.. stretching stretching gitu..

3- alat nak kuatkan kaki [i guess soo lorr.. aku tak pernah guna nehh]. stretching stretching jugak la.

4- yg last ni bukan alat utk senaman, tapi hasik result dari senaman, khusus utk org yg nak kelihatan kurus..jeng jeng jeng... scale penimbang berat badan.


Jadi, yg ni jer yg aku berminat nak guna mlm tadi. Takder harapan aper2 sebab aku dah lama dok takuk 49kg. Tak naik tak turun. Teeeeeeett..

Nak tau berapa? Yeeeeyyyyyyy!! dah naik 2 kg lagik.

51kg.. yessss. rasa senyum sampai ke telinga.

Terus share kan berita gumbira neh ngan hubby..
Nak tau respond dier aper.. "Hahah seriyees...Syukur alhamdulillah... Sekurangnya tahu jugak, abg cukup bagi makan kat isteri abg ni" hohoohoh.. ado ko, ke situ laa plak..

Alhamdulillah, dah naik 2 kg.

Balik pagi tadi, my syg bergurau...

"Abg tengok muka syg makin chubby". Yo oo jo, dah kasik tau naik 2kg, terus fokus kat muka..

[dalam hati.. ]
"wife abg gak taaaaaaaaaaaau :).. Luv u hubby. Really luv u. Luv u sooooooo mucccccchhh!"

Papadom


Baru aku faham rupanya filem ni combination from 'papa' n 'dom' ... Seoranga papa yg bernama sa'adom.

Ngalir jugak la air mata. Hehe.. bila part mak ayah ni, sensitip cket. hohohohooho.. leh nangisss tuu.. member sebelah nampak kot, tapi wat tak nampak jer. dier tau aku melayan movie.

Takder keje ke? ada, tapi ada tersimpul lagik. Aku ngantuk, aku layan movie dulu.

Best cerita ni. Simple, tapi menarik utk ditonton. Yesss!! mata dah cerah, hasil aliran air mata aku tadik gaknyer.

Pas ni apa lagi yg afdlin shauki nak wat. Tip topp!! i LIKEEEEE

Sempoi

tiap pagi aku akan hantar adik ipar aku pi kolej dia. n akan lalu la ikut jalan area maluri tu, belah blkg2..

hari ni awal jugak. Rasa rileks sket bila sampai awal mcm ni, tak berkejar2. Yg tu akan buat aku tenang, even aku akan redah jem 3 kali, sblm sampai ke destinasi.

Arini, lalu jer kat area public bank maluri, tengok ramai yg berpusu2 utk bekerja, utk ke kolej. Ramai laa yg pakai baju rasmi, shirt kolej hari ni. Maybe hari Kokurikulum gamaknya.

Tengah aku bersantai mata, tengok aksi orang sekeliling, tup tup.. hehehe. senyum jer aku. Ada auntie india tu. Kerjanya menyapu sampah. SEMPOI tuuu!! Biasa org pakai seluar kasik selesa sket. Auntie ni pakai kain tu. Yg lebey special lagik, yg aku taaaaaaaaaaaaabikk ar, pakai kain batik tuu. huuuh 1 Malaysia sungguh. Tengok betapa selesanya kain batik, timengah keje kat bandar besar ni, boleh jer pakai kain batik. Just let say, anything happened kat auntie tuu.., cekci laa cketkan... :D

wokies adios

Monday, February 1, 2010

hasil tangan aleeya...


Aleeya : "Ni mak de n ayah de".."Sebelah ayahde n makde tu anak makde"
Aku: "Makde ingatkan aleeya kasik ayahde jer. Makde tengok jer tadik"
Aleeya: [Sambil senyum..] "Semua org dapat, atok, wan, cik na, mama, abah..seme dapat"
Aku: "Pandai aleeya lukis..Mekasih.. :) "
Aleeya:"Sebelah ayahde ni anak makde tau"
Aku: "Makde mana ade anak lagik kan"
Aleeya: "hehe..Takla.. ni org lain, tgh dok main".."Sebelah makde ni baby makde, ok :)"
Aku: [Cenyum jer..Nak jugak dier nambah..insyaAllah bakal ada.. nak anak baik2, comel2 mcm aleeya.. mcm ateerah. Dengar cakap.. amiin]
Aku: [dlm hati... bertuahnya aku ada anak sedara mcm ni... luv u aleeya.. n miss u ]

hasil tangan aleeya aku dah tampal letak kat opis...
rinduu nak balik kg lagik...

Story dari kg

hari sabtu, tunggu my syg balik dari opis, kemas2 rumah ready kan apa2 yg patut utk balik kg. yeeeeeeeeeeey!! gumbira rasa hati nak balik BESERAH. WEEEEEEEEEEEEhuuuuuuuu!!

alhamdulillah tolak tambah jam, jam 5ptg ++ aku n hubby sampai kat umah mak abah. disambut oleh mak, abah, anak2 sedara kaklong kakngah n a ngah. Kesian tengok ruper anak2 buah aku, sememek tunggu lama sangat mak de dier nak sampai. Nak buat mcm mana buah hatiku syg, ayahde kene bekerja.

hari sabtu tu takder bnyk mender dibuat. aktiviti di dalam rumah je.

hari esoknya.. Ahad, 31 Jan 2010..
Pagi2, tolong mak kat dapur. Hubby ku tolong abah sembelih ayam kampung. Hehehehhe.. Suker dier.. Yer la selama ni tengok org sembelih je. kali ni, dah diperturunkan ilmu oleh abah aku, so practical time :D. Lulus laa. takdak laa ayam yg disembelih tu tak putus urat mereh. Alhamdulillah dapat satu lagi ilmu di dada. Wit da tip maaaaaaaa..

Ptg tu ke rumah makcik umi. takder pe sangat borak2, pi jalan sat kat pantai berdekatan dgn rumah mak sedara aku tu.

Hari senin, 1 Feb 2010.. [fuuuh dah masuk bulan februari daaahh].. 2bulan 12 hari dah kawen..
pagi tu carakan pokok2 yg nak dibawak balik ke rumah kat KL. banyak laa jugak. aku rasa sure nanti dlm kete dah macam taman dah gayanya. :) syiookkk wat balik banyak2 ni.. syiok tengok banyak pokok kat sekeliling rumah.

Dah settle yg tu, pi kuar sat ngan my hubby. ada gambar, tapi mcm gelap sket laa.. Around kul 11.30 camtu balik rumah, makan2. kul 2 lebey bertolak balik ke kl. sempat gak aku juper anak2 buah aku tu. Depa baru balik dari taman asuhan, n sekolah.. rasa nak balik cepat2 lagi bulan depan.. rasanya lulus tak, lau aku mintak hubby aku cuti time maulidur rasul?...