Monday, December 27, 2010

Kuatkan semangat aku Ya Allah…

Latest news yang aku terima.. Cerita pasal aku, hampir semua staff dah tau. Takder dah privacy antara staff n boss n HR. Yup camana2 pun aku kena terima. Mulut boss yg tuuut tu , memang lagak bagai tempayan yg takder penutup.. One day Allah akan balas apa yang dier dah buat kat aku… huuuuh! Yup! Idup kena terus. Ada rezeki memana aku chow… insyaAllah, kena yakin dgn rezeki Allah bagi..kuatkan semangat aku untuk aku terus tempuh semua ni ya Allah..

Wednesday, December 22, 2010

Jawab yop jgn ko tak jawab…

Some Tricky Interview Questions:
  • Tell me about yourself… [name, origin city, study, ..]
  • What do you expect from this company?
  • Why should I hire you?
  • Tell me what you know about this company.
  • Why do you want to work here?
  • What will you do if you don’t get this job?
  • What do you find interesting about this job?
  • Where do you see yourself in five years?
  • Why did you leave your last job?
  • What accomplishment are you most proud of?
  • How did you handle your most challenging experience in your previous job?
  • What are your salary expectations?
  • Finally, do you have any questions to ask me? [benefit, how soon to start if offered]
Note: Answer: “Errrrr…errr…errrr…” baik tak yah buang masa, buang duit, buang ayer liu’q utk ckp errr err errr. Toksah la pi interview… stay jer la situ selagi khidmat hangpa diperlukan… hihihihihihi & selagi hangpa rasa hangpa leh wat tebai telinga, tebai ati nak dok renung masa depan kat old company yang sudah tidak berapa ada dalam hati tu… Renung-renungkanlah yerrr :) – get ready, sentiasa focus, be confident! weehuuuu..chaiyoo!! Chaiyooo!!! Mai sesama start engine to vrooooooom vroooooommm, sampai di hentian yang selesa utk kita parking, berhentilah utk park di situ pula. Member aku baru pi interview POS m’sia—hohohoho kritikal jugak soalan dia. Siap ada sessi berdebat la pulak. Nasib ada seorang pendamai. Huuuuh!

Thursday, December 16, 2010

My new device terminal

WinCETerminal
Yeaaah! Gadget gabak baru sudah berada kekal atas meja aku. China made. OS: Win CE. More on mobile system. Sekang ni tgh berdeket-deket mendekati ilmu dot net. VB.net…Even dulu pernah sentuh, taaaapi ahahha.. sudah lama aku dok play around dgn C language. Simple punyer solution pun dah boleh buat aku confius, asyik nak buat C codes jer [terror kerrrr? tak jugak… tapi alah bisa tegal biasa la kan]. So same with this environment. Kena selalu buat la. Cahaiyoo chaiyooo!!

Tuesday, December 14, 2010

Bau kepam

 
Hidung aku ni cepat je tangkap bau-bauan, tak kiralah bau-bauan yang menyenangkan ke, OR bau-bauan yang tidak menyenangkan. Dipendekkan cerita, kali ni bau ni betul2 wat aku pening pala- bau kepam, semacam baju yang dah lama tak dibasuh. Eiiiiiiyyyyyyyeeeee.. Suspect kejadian belum aku dapat kenal pasti… Tak suka betoi laaa. Dah la duduk dekat laluan antarabangsa. Tiap kali buka tutup pintu depan aku ni, for sure bau tu menusuk kalbu lubang idung haku.
charcoal_cartoon_01
Psttt.. tak ke suspect kejadian nii, terasa dier BUSUUUUUUUUKKK!!!?????.. Hiiiyyyyyyeeeeee..Sesak pernafasan haku. Orang gila takkan mengaku dia gila, macam tu jugak orang busuk takkan mengaku dia busuk.

Monday, December 13, 2010

Kakngah dapat baby boy :)

Alhamdulillah.. Tanggal 11 Dec 2010- 5 Muharram 1432Hijrah, kakngah selamat bersalin anak lelaki; 2.59kg. HOhohohoh.. Dapat sorang lagik anak sedara. Yeeehuuuu. Sukernyer aku. Alhamdulillah atas kurnian Yang Maha Esa…Alhamdulillah.

Happy aleeyah & ateerah dapat adik baru. Kakngah n A ngah pun seronok -dedua selamat, alhamdulillah. Masuk labour room pukul 8am. Dalam pukul 8.43 am camtu kakngah dah selamat bersalin. Kalau ikutkan hati, memang aku tak sabar nak pi jenguk kakngah dan dan tu jugak. Hehe. Yerla dapat anak sedara baru, pastu nak la jenguk kakanda sendiri yang dah berhempas pulas melahirkan baby. Apa2 pun alhamdulillah. InsyaAllah this weekend aku balik kampung- rindu benar dengan budak 2 orang tu. Tambah lagi seorang. Syiok woooo! Ni baru anak sedara, anak sendiri lagi rasa epi sesakan sakannya tak? ..InsyaAllah moga Allah permudahkan rezeki kami suami isteri untuk dapatkan cahaya mata ..insyaAllah :) wink wink..

Tanya a ngah aku, nak letak nama apalah utk baby boy baru tu? Minta suggestion aku..hoho terus satu kereta (kebetulan aku otw ke penang bersama family mertua) dok suggest letak nama yang nama-nama drama kat tv3 tu – asmara lah, ayoub lah, hahah satu lagik ahmad durrah. Sapa tengok drama tu, tau la. Kalau tak mesti confius, takdak nama best lagik kaaa nak suggest? Huhu..[Kebetulan pulak nama anak-anak kakngah & a ngah semuanya start form ‘A’.
NI gambar dak comey yg baru lahir ituuuu…… [balik ni mau aku gomoi puas2] hehehe..



Baby boy
Ahmad Zaquan diberi nama.. dah ada nama dak comey niii :)

Thursday, December 9, 2010

Setiap yang hidup pasti mati

KEMATIAN
Itulah hakikat sebenar yang setiap manusia akan tempuhi. Benar yang sangat-sangt benar. Baru tadi aku dapat berita cousin hubby, telah meninggal dunia. Kalau tak silap aku penyakit kanser tahap 4 (kalau silap nanti aku perbetulkan). Even aku tak pernah jumpa arwah, tapi melalui penceritaan suami aku, arwah seorang ustaz yg memang ramai anak muridnya. Kiranya, baru dlm bulan lepas or last 2 months suami aku ada menjenguk arwah di PPUM. Tapi kalau tengok sendiri keadaan arwah, memang tahap yg membimbangkan. Kalau atok sedara aku pernah cakap, bila saat-saat macam ni, jangan ditinggalkan berseorangan. Nak tau kenapa? Sebab setidak-tidaknya, semasa arwah nak menghembuskan nafas yg terakhir ada seseorang yang dapat mengajarnya mengucap.
Sebak hubby & family, tengok anak-anak kecil arwah memanggil manggil ayah nya. Kejutkan ayahnya, suruh bangun. Ramai yang datang menziarah. Tak syak kan, seorang mua'lim yang dihormati, disegani oleh anak-anak muridnya- alhamdulillah ramai yang mengingatinya, ramai yang menziarahinya, sekurang-kurangnya di sedekahkan al fatihah kepada arwah. Moga arwah tenang bersama golongan mereka mereka yang diredhai Allah, dan di tempatkan bersama golongan-golongna yang beriman. Amiiinn..
Innalillahiwainnailaihirajiu'n. Setiap yang hidup pasti mati. Itu ketetapan yang setiap manusia akan lalui. Cukupkah bekalan amalan kita? Tepuk dada tanya...??..IMAN.....

Wednesday, December 8, 2010

Edisi rescue 911

Taraaaaaaa…. kuaci penyelamat aku dari aku tersembam kat atas meja lagik. Huhu.. Kan ke payah tahan mata dari tido. Penyakit berjangkit yang memang seksa nak tahan kalau dah terkena bahana nya.

Pening aku deal dengan vendor dari cino neh. Nak kata aku terror english idok ler. Tapi kalau part biasa2 boleh laa. Hoho. Mamat ni, memang (maybe) terror dlm windows CE neh. Tapi part ayat, hohoho..Kadang2 jurus bonar bunyi ayatnyer. Kadang2 terpaksa aku re translate semula, utk fahamkan aperkemendernya mamat ni nak cuba sampaikan. Baik ckp pendek2daripada bercakap panjang dgn dia ni. Last2 sekali dier salah faham apa yg aku nak sampaikan.

Bos nak mintak aku peningkan kepala mamat ni, sebab spec tak kena dgn kami nyer kat sini. Tanya panjang berjela pun, sepatah je dia jawab. Tu pun kalau betoi. Kalau tak betoi,kena la aku reka lagik ayat yg paling dot dot dot.. Dm pala aku dahterbayang, bukan mamat ni yg pening, aku jugak yg pening. Sebab mamat ni, haha, bolayan jer aper yg aku ckp. Aku hantar email CC to boss pun, dier wat derk jer. Chaaaattting jer kijernyer… Nak tak nak , kalau aku ada soklan, ev to go to chat room laaa. Caitttttt…..Dah tak faham, bolayan jer la apa yg aku nak sampaikan. haiyooooooo..yoooo…

Tuesday, December 7, 2010

Nak jimat rm16, rm50 yang melayang

Teringat dedulu nyer alkisahhhh...

Warning to all!!!!! Alkisah Copy Credit Card

Kalau pergi bank, org bank mintak copy card credit, ckp tak bawak. WOOOKEEEEYYYYY!

huuuuhhh!!! dah kena kat aku. Memulanya pergi kat personal banker @ customer service tu, nak mintak bank statement jer. alih2 dier buat system barter dgn aku. No charge, tapi aku kena apply cred card ngan debit card dgn dier, mcm ala2 tolong jer laa utk dier dpt comission. dah la 2-3 hari ni, aku tak berapa boleh berpk secara waras sangat.dek sebab keadaan aku mcm tu, tak pk panjang, aku kasik laa (actually tak kasik pun takper). dier siap copy depan n blkg cred card aku tu. uwaaaaaaaa!!! pastu aku tingat kat cvv @ pin  tu.. aku ckp mcm mana u nak buat. Cvv no tu ada kat blkg kad.Dier ckp dier ada prosedur how to padam mender tu. Then aku tengok jer la. mcm org bodo. Nak tau dier padam ngan aper? Dier just scratch wat line ngan marker pen. So, citer abisy kat situ jer la. Sebab pastu aku nak gerak gi rhb laks, ada hal lain. fikiran aku nak cepat to settle keje aku utk ari tu.

Arini aku sajer jer main ngan marker pen aku tu. Wat line atas perkataan. alaaaaaaaaaamaaakkk!!! cissss!!! aku ingat ok jer laa tak nampak . nampak jelassss sangat!!.
maaakkk.Wat should i do maaa? Semalam tu nampak rupernyer. tak terlintas nak amik semula yg diwat oleh org bank tu semlam..  huuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuhuhuhu!!!!


terus amik no telefon cred card bank aku tu, n call them. Then citer2. Boleh laa aku tukar. tapi to issued new card, aku ev to pay. kecuali kad tu memang expired ke aper kan.. so kad tu memang auto cancel, n ev to pay rm50 to get new cards. huuuhhhh!!! ni laa kan. dari nak safe smtin dah rugi some amount yg berkali2 ganda bnyknyer.

Decision ni aku wat pun pas dok kira2.. org smlm yg buat tu org bank. laaagi pandai nak wat mender2 gini. dari aku dok tak tenang, aku tukar jer laaa... uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!! wa lugi lima ploh linggit wooooooooooooooooo!!

I’m a sleepy driver

Betul-betul rasa mengantuk. Satu tahap aku rasakan mata aku kuyu dan kuyu, akhirnya tertutup rapat. Bila berhenti dekat traffic light, lagi rasakan badan nak menyandar betul-betul di kerusi, hampir-hampir menyorot ke bawah. Ya Allah! Mengapalah macam niiii? Uhhhhhhh!

sleepy-driverBerperang dengan kehendak nafsu tidur, jadi tidak la sangat aku melayan kereta-kereta yang lambat, perlahan atau yang suka mencilok sesuka hati. Huarrrrghhh! Very very sleepy….

catSleep

Tuesday, November 30, 2010

Summons Megasales

Berdenyut pala aku, tengok list saman yg aku kena. Gulppppppp! Tak pernah dapat surat dari PDRM pun, tapi dlm MyEg list, naper sman aku ada 3- 2 speeding, another one traffic obstruction.
Rasa naik darah aku kali neh. Kalau check bp ni mau tinggi bacaan meter tu. Terus laju jer tangan dok sms kan kat hubby aku. Selama ni dier jer penyumbang tetap kat PDRM tu. Mak ait kali ni aku join sekali ker? Nak tau tahun biler polis dok saman aku tu....TAHUN 2007!!!! Bulan April 2007 - speeding. Utk kesalahan traffic, February 2009. No surat, tapi record still in. Aiyoooohhhh!!!!
Huhuhuhuhuhuhu.. Swap lagik la aku... Tgh dok settlekan dah letak secure code peseme, tup tup... The Connection Has Time Out... Dooooooooooohhhh At wits end… Alamaaaaak! Transaction Suscces ke Failed? Terus call bank, tanyakan jayo ker gagal. “BERJAYA..” Adoiiiii.. Caner nak wat neh. After sekian2 hb baru aku leh report kalau belah sana claim tak jayo- sebab duit kat bank dah keluar utk pembayaran. Masuk balik MyEg, Nampak successfull, TAPI tak leh print, system dah semacam congested sesangat. Tekan Print link tu pun dah tak function. Huhuhuhuhuhuuhu.. Adoiiiiii… BP tgh naik.. makin denyut pala aku…

Monday, November 29, 2010

Hangin hotak haku

Mood sekang… Crying
mad berasap marahgilos
Sungguh hangin biler nak connect ke host. AiyoooH!!!!! Hangin hotak haku nak pk kan solution yang nak kena pakai. BIla tak jumpa formula penyelesaiian camni laaaa....HANGIN SATU BADAN!!
Time out

Thursday, November 25, 2010

Potong..potong..potong...

Potong..potong..potong...

Weeehuuu!!... Meh nyanyi ramai2, lagu Potong tuuu..

Yeaaaaaaaaaaaah!! Seme org yg dpt elaun bulanan telefon telah dipotong.. iyaaaaaaaaaahhh..

Time to go? hohoohohohohohohoh.....Fikir2kan...This is just da beginning... Take action cepat2..

Wednesday, November 24, 2010

Zombie tu dah datang..

Apa nak buat bila hati dah malas nak buat kerja? Hahaha. Sekarang ni, inilah mood aku di tempat kerja. Semacam teringat dulu2 pernah jadi, utk previous job. Sekang mender ni menghantui hidup aku balik.

Yeaaaaahhh!! Tak selesanya. Seakan demotivated pun ada. Why why... n why erk? Tepuk diri tanya diri sendiri laa.

Hari ni dgn langkah longlai terus ke ofis. Harungi jem mcm biasa (even dah lambat keluar, still jem- teruk dok KL ni). Samapi biler nak jadik mcm ni erk? Tunggu dpt new job? Nanti satu thp jadi lagi mcm ni? aiyooo!!! bidang ni tak sesuai dgn aku gaknyer. Dgn umur mcm ni, tak rasa nak ber coding dah peseme. Tak rasa banyak sifat utk m'explore, or try n error utk smtin yg baru..Dah tahap rasa nak berundur dari bidang ini....

Elp elp...elp..elpp...

Tuesday, November 23, 2010

Saat2 itu…

‘Sesuatu’ jer tajuk tu kan… hhehehehhe..
luv1 Luv2
luv
Layan pic anniversary kami hari tu….



Monday, November 22, 2010

Our first anniversary...

Tanggal 21 Nov 2010, genap setahun aku dan suami melayari alam rumah tangga dengan bahagia. Aku doa, moga kami kekal bahagia hingga akhir hayat kami, selamat dunia n akhirat, insyaAllah... Ayg luv u soooooo muchhhh syg....

Naili's Restaurant- tampat kami dinner berdua2 an aka celebrate anniversary kami... Ini lah masanya kami spent masa berdua sahaja, since adik ipar aku dah pulang ke penang- habiskan cuti semesternya. Tempat ni memang dipilih oleh hubby- mulanya nak mensuprisekan aku kat mana tempatnya. Dan dan tu, aku dok asyik bertanya, bocorlah rahsia. Even dah bocor rahsia, tak dpt aku bayangkan tempat nya, cantiiiik... Bak kata org, diluar bayangannya rumah flat, tapi di dalamnya kondo. hohohohoho. Rasa dok kat alam spongebob plak. Dgn lighting nya. Dengan suasana semacam di pantai / or mcm dok dlm laut [Ober la plop imigination aku neh]..

Lepas maghrib, kami gerak pi baker's cottage beli cake ulangtahun utk kami. Yeaaah!! celebrate sendiri lorrr. Totap mantaaaaaap! Dek sebab cekelat jugak pilihan hati, maka cake cekelat jugaklah yg menjadi pilihannya. Yg penting sodappp! Kami sampai around pukul 9mlm (lau tak silap aku).. Suasana kat tepi, hmmm masih ada org jual lemang tuuu. Berasaaap. Nampak dari luar, semacam deretan kedai2 mkn kat bangi tu laaa. Setapak kaki dah jejak kat dalam.. oooohhh! cantiknyer deco dlm. Tak pi cop meja pun, pergi terus ke belakang, terpesona sat ngan deco simple, tapi meriah dgn hmm aku rasa tema kedai ni memang laut laaaaa. Ada tingkat atas, ada yg leh layan tv, ada yg leh dok dlm boat, ada yg leh dok mcm tempat karok tu, ada jugak families yg amik kesempatan wat style buffet kat satu corner tu. belah blkg mcm ala2 bali. Aku n suami pilih meja tgh2, agak berhadapan dgn dj [aku tak pasan mula2 tu]. Woohooo ada DJ tuuuu. Tempat2 kat situ, tak der laaa org nak buat mender tak senonoh. Masih terjaga. Hubby aku ckp owner restaurant tu, Islam. So no worry la , n kompem halalan toiiyiba..

Okeh.. So port kami baek punyer... Meja besar (leh muat dlm 4-5 org) . Tapi staff situ ckp leh dok situ, even berdua, so.. apo lai.. dok jer laaaaa. Belah blkg aku org dok layan bola, skrin tv bosar punyer- tapi tak kacau kami pooong. Sebelah depan aku, cashier [tapi tak nampak mcm tempat cashier laaa- dek sebab keunikan deco2 kat situ].  Tepi belah tenggara sket, ada kolam aquarium, besar gilos ikan talapia. Hoohohohoh.. dua tapak tgn aku tak sama lagi saiz ikan tu, besar lagik beb. Belah kanan aku tempat dj, cute plak aku tengok patung MJ dok nari2 [sian MJ, dah takdok tapi ada lagik yg buat patung dier]... Dok situ, layan lagu maher zain, lagu cino ado, lagu antarabangsa yg lain ado, india pun ado..melayu lagi2 ado laaa...

Hubby dok menyetup kamera, get ready utk tangkap gambar. Dan2 tu, DJ tu datang, tanya bersday ke? Hubby ckp, first anniversary, then dier datang bawak kertas, suh tulis aper2 kat situ. Bukak jer kek, nak potong, dj tu pun kasik wish epi 1st anniversary, nak tau kasik lagu aper..? Hohohoho.. CT .. hohohoho.. Dedua punyer muker, lor siti ker.. takpolaaa... ada lirik dier yg cinta atas kertas..camtu laa, aku tak ingat tajuk dier. Layan kan ajo...

Order sampai agak cepat, even ramai customer kat situ. Or mungkin kitaorg yg rasa cepat, sebab amik masa sket dok sakan amik gambo. Air dier special sket la. Mknn ok laaa, sedap.Tapi ada yg satu air pelangi tu, tooo sweat. Memang tak abisssss. Dah abis makan, tangkap gambo lagik, layan cake.

Mmmm.. so dah abis makan, dah abis say cheeeeeeese, masa utk pulang. So layankan picture nanti k...adios

Psssttttt:
Sedikit info pasal Naili's Place:
Nama: Naili's Place
Theme kedai: Ala2 alam spongebob gitu..hehhe tak laa- Tempat ni mcm style village, garden
Location : Sentul - ada lagi branch naili's yg lain - cth ampang
Harga mknn & minuman : Agak bnyk laa RM yg dikeluarkan
Mknn? : Aku mkn chickn chop ngan ayor rainbow tu - Suami aku mkn sama, minum ayor lime special sket(campuran soda) . Part mkn ok2 jer la. Air aku manissss sesangat. ayor satu lagik.. ok la. tapi manis gaksss...

Saper yg nak rasa suasana tu, boleh la ke sini. Tapi lau ari2 bankrup laaa...



Thursday, November 18, 2010

Mood Yillek

Uwaaaaaaaaaaah! Takdak mood nyer nak continue dgn kerja2 opis ni. Keje ada, memang ada, banyaaaaaaaaaaaaaaaak. Smartcard module yg aku siapkan masih ternanti2 laaa, biler la aku nak completekan. Dah mula langkah?

Udaaaaaahh.. Tapinya, huuuuuuuuuuuh..lesu.. lemau rasanya.

Kalau ikutkan sepanjang perjalanan balik ke KL ni, aku dok tido jer. Kes migrain yg menyerang semalam, masih lagik bersisa.. Worst rasanya... sket lagik memang uweeeeeek arrr, tu bantai tido, dari menyusahkan ramai lagik org [termasuk diri sendiri]. Dah la memang sepanjang hari semalam, mulut aku tak benti menyuap makanan. Mak mertua & tok sebelah suami aku poongg udah perasan, aku dah geeeeeeeeemooooooook.. Hohohoho. tak payah makan weight gain. Sekang makin membesar dgn sihat.

Cerita pasal raya.. So amacam beraya dgn family mertua?.... :) ...

Sblm tu, meh imbas dulu traffic otw ke parit buntar. MUAHAHAHAHAHA!! TERUK! Kami 4 beradik - hubby, aku, naim, n adik, gerak dlm pukul 9.30 camtu. Lalu ikut LDP, terus masuk ke exit Hospital Sg Buluh [Dah lepas 2 toll]. Dari exit tu, dah nampak merah jerrr.. Yoooo!! Colour your life with red color okeeeeyyy.. Tak  payah pasang pelita bagai. Banyak betoi kete atas jalan..

Dimulakan dengan perlahan jer. Tengok meter kete hanya gerak 60-80...kat highway tu beb.ada hampir 250 & ++km utk sampai ..hehhehe.. Ado sampai pagi rayo neh. Adakah keadaan berulang kembali? Teeeeeeeeeet!! Terus aku tingat, sebelum gerak tadik, aku dok pulun minum ayor.. Hohohoh.. Oh tidaaaaaaaaaaak!!! [Ada bad experience pasal mender nih- Adik aku ckp,Biarlah LPT highway je yg menjadi saksi.. Jgn ada North South h.way plak  jadi the next saksi.. Hehehhehe.. Kes nak buang ayor kocil laaaaaa.....huhuhu.. mintak2 tak rasa]. Perjalanan kete, kejap laju, lama pelan.. laju balik.. pastu pelan...
Tension betoi. Sib aku tak drive. Sian hubby..Hehehehe..

Sampai kat RnR yg pertama.. Terus seme turun [aku sebenarnyer], membuang dulu. Risau nanti jem teruk lagik, ado yg terkucil dlm kete..hohohoho...Sampai kat kaki bukit iipoh tu, tengok semacam flow dah ok..Kat kaki bukit? Start dah slow seselow selowwnyer..Boleh ckp tak bergerak la kete. Boleh keluar dari kete, berlari sampai atas bukit tu, Mungkin akan sampai dulu dari kereta.

Yg wat jem jem besi sepanjang jalan mendaki before terowong tu, rupanya ada pembaik pulihan jalan-opposite site-heading to south. So, jalan yg heading to utara, dah di curik lane nyer- satu lane. n satu lagik, org dok nengok apa jadik, biler nampak kren di opposite jalan tuu..huhuhu.. idup rakyat mesia... penuh dgn sifat caring.. caring is sharing erk..

Lepas dah masuk terowong tu, takdak laa dah jem nyer.Traffic flow ok. Sib tak beraya kat highway..Sampai rumah tok kat parit buntar dlm pukul 3am. Seperti biasa... seme org akan bangun sambut anak2 n cucu2 balik. Sian depa neeehh... Pastu langsung dah tak tidonya, terus bersiap2 masak kat dapur, utk hari esok. Aku tak tolong.. ngantuk beb. mau aku jadik zombie kalau aku gi tolong.. huhuhuhu selfish nyer aku. huhuhuhuhuhuhuhuh.....


Raya... Pagi tu semayang raya.. pastu cafe tok bukak 24hours.. So aku telah menjadi pemakan yg berjaya, sampai ku rasa, kental jugak laa perut ku. Sket lagik mau meletop. Tghari sket tu, kitaorg pergi shopping kat Hari2 nyer kedai.. Hehehehhehe..
Back to my mood.. Hmmm...Moood ooooo mooodd.. dimana dikau..? Yosssssssssssssssh! Buhsannya nak habiskan masa kat opis ni, dgn keadaan mcm ni.....Ada aku layan movie kang.. hehehhehe..Adiosssssss
Pssssssssssstt: Gambar raya? Hmmm ...yillleeeekkkk maaa

Monday, November 15, 2010

Shortest OR Recommended?? Aaaa..haaaa

Cerita hari ni.. Sempena Aidil Adha nak menjelang esok neh, aku ada tempah blueberry cheesetart kat sorang blogger dlm list makan-makan aku - Maklang Azie bake @ home . Hehehe. Terasa aku yg sebenarnya yg memang berkeinginan utk makan cheesetart tu.. Muahahhaha. Sharing is caring maaa. Teeeeeeeeettt..[Bagus pe, share kan apa yg kita suker ngan org lain kan..kan.. teeeeeeeet lagik sekalik]

Disebabkan jalan yg bakal aku nak kunjungi tu memang aku tak familiar langsung... Solutionnya gunalah GPS. GPS suami aku la, aku maner der..ahakss.. Tapi macam2 mana pun, "Reta suami, reta ku jua.." Hohohohooho. Mlm tadi dah siap fully charged GPS tu, dek kerna car charger utk GPS dah out. Aku pun dah siap set tempat mana aku nak pergi - Jalan Samudera Selatan 7 (kat gombak). Siap set kan option route - SHORTEST tuuu..[masak la aku kalau dier lalu ikut jalan2 kg nanti]

Tiba masa utk lunch. Dari pagi tadi, dok berkira2, sejam jer masa rehat aku nih. Sempat tak? Lantak laaa. Esok raya. Camana2 pun, aku kena amik jugak order yg dah aku buat tu. Tepat 12.30 tghari, aku terus chow dari opis, berbekalkan smart tag (kot lalu tol duke - guna gps ni who knows route yg dier dah set, &  juga GPS -problem route solver [Yer kerrrr?].

Wokies..time to gooooo..

Baca doa siap2..weng wengg wengg...Lembap jer rasanya kete berjalan. Sebab terlampau dok tengok screen gps tu. Inilah lagak pemandu motokar yg memang tak biasa dgn teknologi penunjuk jalan inih.

Aiseyman, gps ni.. awatnyer lalu heading ke bukit bintang neh? aik ke jalan sultan ismail.. Aku ingat dier masuk jalan tun razak, then masuk bulatan pahang. upsss.. hiiiiiisyyyy...Ikut sajer la labu.. Kang kalau terasa asing sgt tempat tu, aku ikut instinct aku la, utk masuk ke bulatan pahang.

Betoi agakan aku.. huhuhuh.. Laluan yg penuh liku.. laluan yg penuh lampu.. hahhahaha. padan muko oden. Tu la set lagik shortest distance.. around 1.30 tghari baru aku sampai kat destinasi. Memang tak sesat.. tapi.. huhuhuhu.. Sejam tuuuu...Masak, garing, sket lagik kalau panjang lagik masa.. rentung.. hohohohohoho..
Casing GPS
Jadik time balik, apo lai. Terus nampak MRR2, berdesup ikut jalan tu la. Even gps tu suh aku pusing balik.. Malas aku nak layan, terus off, then simpan bebaik dlm bekas cantik ituu...Thnks GPS .. yg penting aku sampai, n tak sesat meraban ntah ke mana :) [& also kpd tuan GPS jugak.. ahakss]

Sampai opis. Uwaaahh! Beza setengah jam. Dari umah kak azie ke opis, hanyalah 30 minit maaa. Dari opis ke umah k.Azie, lalu ikut jalan tuuuuuuuuuuut, SEJAM!! hohohoh horlick sungguh. So gang sekelian... shortest ke... recommended? Jawablah dgn tenang.....

Ni la ruper tart yg dah hampir tunggang langgang dlm kotak tu
Kepada semua kaum muslimin dan muslimat.. Selamat Menyambut A'idil Adha. Even kita raya di tgh bulan & di tgh minggu- hari rabu, & negeri2 kita ni amik cuti hanyalah sehari sahaja utk a'idil adha ni, & korang tak dapat cuti jugak macam aku [yg memang dah negatip], berayalah dengan tenang2 yerr. Sesaper yg balik jauh tu, hati2 drive. Nak weng weng boleh. Tapi kena smart. Jgn gelojoh di jalan raya, for sure buruk padahnya. Aku doakan perjalanan korang (& aku n da gang jugak) selamat pergi dan balik. Jaga diri okeeehhh... Salam A'idilAdha...

Psssssssssssssstttt.................
Akibat keadaan susunan tart yg dah tunggang langgang tu, terus ku susun2 kembali tart2 itu.. WOOOOpsss... semacam tidak muat...apo lai...dgn lafaz basmallah, terus NGAPPP la jang oit. Sodaaaaaaaaaaapppp!!! REZEKI kepada diri sendiri, yg memang teringin sangat2, sejak dari tadik.

House to Rent in Penang - Gambier Heights Apartment

STATUS TERKINI: NOT AVAILABLE

Location:  Gambier Heights Bukit Gambier, Gelugor Penang


FAMILY / STUDENTS ARE WELCOME 



Facilities:  
Swimming pool,Gymnasium,Tennis court,Mini market,Covered parking, Playground, Jogging track, 24 hour security,Balcony/Patio,Cable TV,Internet broadband

Furnished:  
Partially furnished- fan for each room, sofa, television + rack, dinner table, kitchen rack, gas rack, also got hot shower in master bedroom.

Floor: High floor unit 17th floor - Corner lot
Bedrooms: 3 rooms
Size: 900 sq.ft.

Parking: 1 covered car park

Monthly rent: RM850
Availability : OCCUPIED

Facilities nearby:
  • Pelita Nasi Kandar, Mary brown Poliklinik, 7Eleven, Stationary shop, Petronas - Petrol Station, Bus stop
  • 5 minutes walking distance to USM and 10 minutes  driving distance to Green Lane

INTERESTED ? Please contact Mr Afrezal at 013-4350324


CURRENT STATUS: OCCUPIED

Monday, November 8, 2010

Omelan aku

Dah lama tak tepon rumah. Lama ke? Biasa kerap tepon kg, tepon mak, tepon abah, tak pun kakngah. Kali ni senyap sket lepas last week, mmm kalau tak silap aku hari rabu lepas mak ada kol aku. Pas tu esoknyer kakngah pulak kol. Pastu sunyi sepi...

Rutin harian aku berjalan makin singkat, disebabkan aku memang terus goal lepas solat isyak [kalau tak tahan ngantuk, lepas solat maghrib dah goal]. Jadik timing tido memang dah terlebey banyak. Tak tau aper tak kena. Ubat? Maybe la.. memang aku kuat tido.. ahaksss.. ada la sket2. Tapi lepas dah tak duk membujang neh, takdak la itu pe'el nyer. Yg pasti sekang jam 9mlm itu adalah time yg paling lewat aku tido...

Amacam sakit? Sakit tempat check dah beransur pulih. Esok perlu pergi check up lagik. Check up ibu mengandung.. ??? hahahah. Tidak.. tidak.. Ramai yg sebelah famili suami aku ingat aku pi wat check up part tu. Blom ada rezeki lagik part tu. Doakanlah kami jugak yer, moga dikurniakan cahaya mata yg sihat, baik, comel, insyaAllah..[sentiasa kena bersangka baik dgn Allah]

Ok back to prev topic..Cano aku nak buat erk. hohohohoho.. antibiotik masih ada, mampuih gi juper doctor tu, kena bebel, sebab ubat antibiotik tak abis lagik. Nih gara2 masa tido aku yg memang dah terlebey ar ni. Aku ar, suker no tido sekang nih. Badan semacam tak larat sesangat. Tido ar! hahahhahahahaha- tido memang best!!!!

Sekang pun bagai nak dipam2 rasanya ketembaman haku ni. Ada gak la baju jalan2 aku, yg memang langsung tak muat [Memang kena let go kpd sesiapa yg berbadan kurus] Hohohoho..Kebesaran n kegemokan haku yg memang terserlah. Sekang aku memang kuat makan. Makan sket, tapi kerap...[lebey kerap dari hari2 yg lepas]. Risau aku tak larat heret badan jer nanti. Giloss!!!! Makan biar berpada. Ni la akibat selalu ckp kat suami sendiri [bukan cakap bukan2, bukan ckp yg teruk2.. tapi nak motivate suami bagi turun sket airbag nyer. SEeeeee.. sekang haku dah gemoooookkkk...aida dah kena TULAH..huhu.

Psssssssttt: Cano nak menten slim neh?.. Hehehehe..Se'eh (bahasa pantai timur) betoi rasa..

Wednesday, November 3, 2010

Pulun yeop pulun..

11 biji sehari. Hohoho.. Tu la jumlah biji ubat yg harus haku telan setiap hari selama seminggu. Hohohohohoho.. horlickk nyer rasa.. huhuhuhu. Sib baek seminggu. Memang culas bab bab makan ubat neh. Tapi dek sebab nak baik baeeeek punyerrr , kena la patuh arahan kali ni. No more hospitalized nyer citer, no more operation, tapi kalau nak no more pain, itulah yg perlu aku buat, menelan 11 biji ubat sehari.

Hari semalam mc. Info dari doc agak menyenangkan hati, tiada penyakit yg kronik yg didapati menjadi penghuni tetap badan, alhamdulillah [memang mintak sangat dijauhkan]... Tapi kalau nak lebih senang ati lagik, rules no 1 - habiskan uubbbbbbattt2 itu. yewwwwwwww! Next week ada lagik follow up yg menanti. Dr Soeziyani tu dah semacam doc panel dah. Hehehehe..Thanks hubby, mak abah, mama, ayah.. n also mereka2 yg mengenali diri inih, kerana sentiasa mendoakan kesejahteraanku seadanya.

Hari ni, biasa la dah di bawah pengaruh ubat, mata tu dah semacam layu, semakin kuyu. Ngantuk, lemah jer rasa seluruh badan [tgh pulun berlawan kat dalam gaknyer]. Sok deepavali. Cotii2 mesia.. weeehuuuuu. Pi maner? Tak pi maner rasanya. Berehat di rumah saja, since my MIL ngan FIL ada kat rumah. Tak pun berpiknik di rumah maklong suami aku kat serdang. Hari sabtu join rombongan meminang belah FIL suami aku, kat area subang. Ok lah.. Nak adios dulu. Mata makin berat. Mau lelap barang lima seploh minit. chow dulu...

Psttt: baru dpt call from k.ngah..Mak susah ati dengar aku kena lagik cam thn lepas. Sian la plak mak dok pk mender2 cenggini. Isk isk isk..Tapi mlm tadik aku dah kasik tau, seme semacam ok2 saja.Harap mak abah tenang2 sahaja. Yg pasti, aku ok2 jer ni. Amik masa sket laa utk bengkak tu kembali normal... insyaAllah. Kita leave to Allah, apa2 yg didatangkan kat kita, itu yg terbaik utk kita. InsyaAllah..moga Allah permudahkan segala urusan, memberi kesihatan kepada semua ahli famili aku, famili mertua aku, suami n aku n kawan2 sekeliling aku..insyaAllah.

Monday, November 1, 2010

Dah jumper Fossilllllll..Lalalalalala

Udah jumperrr!! Gumbira rasa hati, bila dah jumpa fossill. Ulalal lalala lalalala lallaalaa..

Jeng jeng jeng.. fosil menatang gappo? Ini lah ruper fossil tuu..

ooooh my fossil- reta donia
Hahhaha.. Itulah my jam tangan. Yeaaahhh! setelah berhari2 aku mencari. Ekau muncul juo. Alhamdulillah...

Cinonoet nyer citer? Pehal sayang sangat, reta donia jer neeh [reta akhirat camaner- cukup dah???] ?

Yer laaa.Ni adiah kawen neeh. Dah laa jam yg paling mahal yg pernah aku pakai [even takdak saper pun yg tau, takper penghargaan utk diri sendiri joooo. Itu yg terbaik. Nunjuk2 tak elok dek nonn oittt]..

Harap2 jam ni dpt bertahan lama cam jam aku yg satu lagi tu [dah tak bergerak setelah lebih dari 3 thn berkhidmat- yg tu batteri dia dah yillek]

Tup tup sebut pasal fosil.. Teringat plak aku cerita antara suami aku dgn abah aku.. teng teng teng...
Cerita ni dah lama sebenarnya. Tapi tak kering gusi laa biler aku dengar suami aku dok cerita. Lebih2 lagik, biler dengar telo@slang beserah nyer masih belum menepati slang belah pantai timur.

Hari tu, suami aku tolong abah aku perbaiki pasak (papan yg tahan bawah rumah- utk rumah kg yg dulu2 ada laa) rumah sewa atok aku. Lepas abah aku dah ajar sket sebanyak camaner nak buat, abah aku terus naik atas rumah sewa tu utk settlekan urusan atas rumah tu pulak. Suami aku masih dok di bawah, utk masukkan kayu sebagai pasak (penahan) lantai rumah tu. Dok berkira2 menahan tu, taraaaaaa... mata suami aku nampak smtin..

Hubby: Abahhh.. fosiill niiihh..
Abah: Korok mu.. tulang ikan tuuuu.. fosil ape kebenda nyaaa..
Hubby: ???? hohohohoh.. ingat foosil tadik..

Kalau org utara berckp word of "KOROK" tu mesti pelik ar bunyiknyer.. huhuhuhu.. Cth: Korok kering. Bunyi cam kasar laaa. Tapi mender ni leh guna kpd yg betul2 rapat as guarauan, atau memang betul2 time nak marah. Hahahahah.. Camaner nak beza, camana nak guna... Tak reti gak aku nak explain, how to. Memang kita dpt bezakanlah samada org tu nak marah, atau sekadar gurauan jer.. 


Sunday, October 31, 2010

Bila kanak2 ribena beraksi...

Hehehhe.. Sekian lama aku tak meng exercise kan diri, mlm smlm pi laa wat lawatan muhibbah ke swimming pool kat putrajaya, berdekatan dgn pullman.

Suami aku pun dah lama gantung beskal dier. Gara2 aku tak kasik dier cycle laa gaknyer. Bukan tak kasik, tapi mungkin tak sesuai utk waktu kerja dier yg start jam 3 balik pagi2 buto, around jam 2-3 pagi.. Hohohoh. Bila difikirkan agak bahaya time2 gitu, ini lah jadiknya. Beskal digantung tak bertali....
Trip kali ni, ajak sekali ngan adik ipar aku, si naim. Jadi kami bertiga lah.. Yeaahh!! Let's kecebo2!!.. Even tak laa dlm kategori pandai berenang, tapi aku rasa ni jer time yg aku dpt guna utk buat aktiviti yg bermanfaat & bagus utk kesihatan badan - aktiviti berhemah di ujung minggu.

Sesampai jer kat tepi jalan, dah nampak lampu pool terang benderang. Semacam tak ramai org pun. Yeeeyy!! Idok laa malu, n terasa terkacau sgt..[muehehehhe, dah laa pergi public nyer pool, ada jugak isu terkacau2 neeh.. eeeehhh...sodar diri beeeeeeb!]. Blink2 mata, senyum jer, sebab last trip sesampai2 jer, hohohoho, golap golita. Balik2 tido..Sleeping is da best, pengubat jiwa..hhohohooh

Kali ni, seme menerai baju bundle di pasaraya giant yg baru bukak kat equine tu. hohoohohoh... Nanti la lau ada kesempatan, haku upload gambar itu...Memula posing ditepi pool. hahhaha.. Macam artist la plak..:D .. Tak laaa. Artist2 kan selalunya cekci2 bila dah kat pool, dedah sana dedah sini..huhuh tak kuasa laaa mak nak layan nyahhhh oiiiii. Melayan karenah napsu ober2 ituuu huhuhuh. Mintak2 la dijauhkan dari mender2 cenggitu.
Taraaa..cantik tak?.. berbaloi baloiiii
Pool ni bukak pukul 8 - 10 mlm. Dgn bayaran dua hinggit seorang. Berbaloi la bagi sesaper yg jauh, yg datang beramai2. Size pool ni, katanya semacam size olimpik. Aku tak pernah la plak ukur, n amik kesah. Yg aku tau, kedalaman dia, memang dalam lagi compare dengan Bukit Jalil nyer pool [dah try okeeeyy.. ahakssss- action gilosssss!]. Yg pasti, best sebab dlm ayor pun terang benderang, tak mcm bukit jalil nyer pool, agak malap walaupun kat sana berbumbung. Dek sebab takdak bumbung, kamikaze ni, pi la time malam.

Kali ni, sejurus jer kaki dah sentuh ayor kolam.. huuhuh.. menggigil!!!.. Sejuknyerrrrrr.. Aper lagik, terjun tiruk, selam tiruk, berenang tiruk laaaa. Dah dok dlm pool, saper keesah. Lantak ko laa nak berenang tunggang terbalik pooong. Asalkan hang tak lemaih, tak bullllppp bullppp..bulppp... kenyang minum ayor. Sini memang ada life guard dier, jadi tak la risau mana. Aku pun dah ada life guard aku sendirik..heheehe.. saper lagik, suami aku laa.. Even kat sini strict, kena pakai baju renang, tapi aper jenis renang yg korang ada, korang leh laa present kan kat sini. No hal. Nobody cares. So layaaaaaaaaaannnn...

Kali ni, aku tak lama dok berendam.. Dek sebab kesejuuuukan terlampau-  mau aku nyer saraf semuanya terenjat sok pagi. Ada laks yg mc. Kuuununn nak ber exercise , alih2, mintak cuti.. hohoohohohooh..aper cerita niiii? Dah nak balik tu, suami aku dok menerai letak teponnyer dlm waterproof nyer bag. Hohohoh. Jgn nyesal yooo, kalau jadik aper2 kat tepon tuu. Yer la, barang yg dijual, kena ar test dulu -kalau taknak kena pelangkung ngan customer kan.. Say cheeeeeeeeeseee... BERJAYO, tanpa ada kerosakan, tanpa ada air masuk, walau setitik. LEGAAAAAAAAAAAAA....alhamdulillah, product leh dijual dgn jayo nyo..

Nak tengok produk dier cano... ni dier... taraaaaaaaa
Aku tak tau nama sebenar dier- tapi inilaaa BEG WATERPROOF- boleh isi segala jenis mak nenek gadget, dari product list GEREK GEER..hehehhe... sekiannn..
Pstttt...: Ingat lagik entri ni.. hehehe.. slow lane, chat lane, fast lane...